Sunday, April 1, 2012

CALON PROFESIONAL PRU 13 : PRO DAN KONTRA.


Yg. Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad
Bekas Perdana Menteri.

"Apa salahnya jika pucuk pimpinan parti
 mengambil orang luar daripada UMNO
 tetapi berbakat dan tidak tercemar
 dengan rasuah sebagai calon PRU-13"

Saranan dan pandangan Yg Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad di atas mengundang pelbagai reaksi di kalangan pemimpin khasnya malah pengundi juga teruja dengan kenyataan tersebut.

Jawabnya memang tak salah, kerana dalam sesuatu PRU, PRK malah pilihanraya parti , sama ada kerajaan mahu pun pembangkang motifnya untuk menang. Setakat ini rasanya tidak ada bertanding untuk kalah. Bagi penulis sendiri lebih baik hilang sahabat daripada hilang kuasa dan kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa saranan ini bukan baru kepada UMNO dan BN. Sebagai rujukannya Allahyarham Tun Abdul Razak Husin, sendiri pernah membawa masuk Tan Sri Ghazali Shafie sebagai calon dari penjawat awam. Begitu juga semasa Tun Mahathir sendiri menjawat jawatan Perdana Menteri.

Isu yang lebih utama di sini, adalah ketandusan pemimpin yang berkebolehan, yang meletakkan kepentingan parti dan negara melebihi kepentingan sendiri. Malah situasi ini diburukkan lagi dengan masih terdapat segelintir ahli yang tidak memberi peluang kepada orang luar malahan orang dalam sendiri pun ada yang "dipancung".

Nak dikata kekurangan pemimpin pelapis, tidak begitu tepat tetapi yang menjadi mimpi ngeri adalah corak "kepimpinan lama" yang menjadi amalan dan budaya Ketua Bahagian sehingga sangat sukar nak buat transformasi dari segi kaedah dan pendekatan.

Kesannya kebanyakkan golongan profesional muda melayu, mencari platform lain untuk meneruskan niat dan hajat mereka dengan menyertai parti PAS atau pun PKR. Sesuatu yang sukar sangat nak dihindarkan dari minda pemimpin lama. Mungkin "tukar regime" sahaja jawapannya.

Seterusnya jika dilihat pada faktor pengundi, ramai lagi yang tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik. Kata ringkasnya pengundi atas pagar yang disifatkan sebagai penentu kemenangan kepada parti yang bertanding PRU 13.

Nak harapkan ahli-ahli parti sahaja tentunya tidak cukup walau pun nak dapay majoriti mudah. Oleh itu kena harapkan pengundi atas pagar bagi menjamin kemenangan kelak. Jadi tidak hairanlah kedua-dua pihak berebut golongan ini. Lebih-lebih lagi pengundi golongan ini trend pemilihan mereka tidak tetap. Ikut citarasa.

Soal orang luar juga masih boleh diperbincangkan sama ada seratus peratus calon yang tidak menjadi ahli parti atau pun yang setakat jadi ahli tetapi tidak memegang jawatan di cawangan atau pun bahagian. Dari 222 kerusi Dewan Rakyat tidak salahnya jika diberi kepada mereka yang berkelayakan dan dikategorikan calon boleh menang.

Satu lagi faktor adalah pengundi muda yang kali pertama mengundi. Inspirasi mereka adalah soal integriti calon. Oleh kerana pendidikan pengundi muda ini telah meningkat maka mereka ada pandangan tersendiri mengenai calon yang akan mereka pilih pada PRU 13. Dengan meletakkan calon profesional muda maka mungkin dapat menarik perhatian mereka. Namun bagi mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih tiada bedanya.

Perkara seterusnya ada demografi kawasan khususnya kawasan bandar dan pinggir bandar. Kedua-dua kawasan ini dikatakan menjadi simpanan tetap kepada pembangkang semasa PRU 12 2008 . Pengundi dikawasan ini lebih tertarik kepada pembangkang. Meletakkan calon profesional, mungkin dapat menarik perhatian pengundi untuk berbalik menyokong BN pada PRU 13 nanti.

Yang menjadi halangan terbesarnya adalah daripada 222 Ketua UMNO Bahagian, kebanyakkannya berharap terpilih sebagai calon PRU 13. Sudah tentu ini memeningkan kepala Presiden UMNO. Faham-faham sahaja lah bila dah buat persiapan awal untuk jadi calon tiba-tiba nama yang lain pula naik. Mulalah darah tinggi pun datang. Apa pun boleh berlaku bila ini terjadi....

Soal kepimpinan bahagian yang tidak jadi calon bukan sahaja melibatkan individu itu sahaja malah turut terbabit sama adalah orang disekeliling ketua tersebut yang selama ini bergantung nasib diri kepada ketua mereka. Bila  ketua dah tidak berjawatan lagi maka sudah tentu peluang mereka juga terhakis.

Dalam sesuatu PRU, jentera pilihanraya memainkan peranan dan fungsi penting lebih-lebih lagi di peringkat peti undi. Gagal jentera pilihanraya maka peluang pembangkang lebih cerah untuk menang. Tidak dinafikan isu penutupan bilik gerakan sewaktu PRK kesan calon mereka tidak dipilih walau pun tidak besar tetapi jika tidak di bendung buruk padahnya. Semua tahu kekuatan BN/UMNO adalah pada jentera pilihanraya yang tersusun rapi. 


Pandangan penulis apa pun yang terjadi PASTIKAN BN MENANG SELESA PRU 13.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]