AGENDA ANWAR.
Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin. Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa saja pergerakan yang mrlibatkannya. Dia pernah jadi ketua ABIM, juga ketua PPIUM dan juga pemimpin PBMUM ( Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya).
Tapi bila dia menyertai UMNO mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting? Ada muslihatnya. Sebagai orang baru dalam UMNO dia harus bijak bermain politik. Seperti kata perumpamaan Melayu, pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.
Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak dari musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM. Walau pun dia mempunyai pengaruh politik dalam dan luar negara namun dia tidak mahu tunjuk taringnya, seperti kaduk naik junjung.
Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu supaya rakyat akan menjadi penyokong super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cell dalam parti, kerajaan, badan-badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain.
Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk mengusai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Tun Mahathir tahu tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik.
Malangnya Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walau pun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat bahawa Anwar sebagai pengganti namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir bukan rakyat.
Bila dapat kuasa, disintuklimau oleh dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit-jerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu.
Dia seolah-olah merasakan Allah memberi "wahyu" kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya.
Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa ini.
Sejak Tun Ghafar Baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO gara-gara undi mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu.
Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan.
Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk mengkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri. Anwar lempar batu sembunyi tangan.
Anwar boleh baca kilat dalam kilat mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS. Sebenarnya Anwar bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menertai PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Haji Hadi Awang, dan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor.
No comments:
Post a Comment