AMANAT 1.
PR Mahu Hapuskan Tol - Rasional atau AUTA ?
Selain mahu menghapuskan PTPTN , Pakatan juga berjanji kononnya untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuhraya yang percuma tanpa dikenakan sebarang tol tetapi pada masa sama lebuhraya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama. Adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Namun kerajaan Barisan Nasional berjaya melaksanakan sistem tol pada kadar paling minima dan mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.
Dianggarkan kos untuk mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada di Malaysia ketika ini akan menelan belanja antara RM50 billion hingga RM100 billion. Apa akan tejadi kepada syarikat-syarikat ini jika mereka menggunakan RM 100 bilion untuk mengambil alih kosensi ini dan tidak dibenarkan mengutip tol? Jawapannya mudah sekali - BANGKRAP!
Jika kerajaan membeli kosensi ini bermakna RM 100 bilion akan lebur begitu sahaja. Ini bermakna separuh bajet negara akan dihabiskan untuk dibayar kepada syarikat swasta dan kerajaan tidak mampu memberi bonus, membuat infrastruktur baru dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik.
Jumlah ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan bagi memberikan tol percuma semata-mata. Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada tahun 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga dari jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.
Ini bermakna, jika ia dilaksanakan, defisit negara akan meningkat lebih 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia amat bertentangan dengan fokus Kerajaan Barisan Nasional untuk menurunkan kadar defisit negara kepada kadar 5.4 peratus daripada KDNK sedangkan perancangan Pakatan Rakyat adalah untuk menambahkan kadar defisit.
Kos pengambilalihan konsesi lebuhraya di antara RM50 billion hingga RM100 billion itu juga belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuhraya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin- RM235 juta, kos pentadbiran-RM349 juta, melangsaikan hutang-RM410 juta. Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuhraya akan menelan sekurang-kurangya RM2 billion setahun.
Dalam memperkatakan isu pengambilalihan lebuhraya ini, perlu diingatkan juga bahawa pada tahun lalu kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang mengambil alih lebuhraya PLUS melalui Khazanah Berhad dan KWSP pada harga RM23 billion namun menyemak semula pelan berkenaan bagi mengelakkan kenaikan kadar tol di masa depan.
Justeru, amat jelas membuktikan bahawa janji Pakatan Rakyat dalam hal berkaitan tol ini adalah suatu yang tidak tulen dan bukannya suatu inisiatif baru untuk memenangi hati rakyat. Ia jelas sekadar untuk memanipulasikan fakta sedia ada sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan wang KWSP untuk sebarang tujuan yang konkrit kerana ia adalah wang rakyat khusus untuk simpanan mereka dihari tua.
Walaupun tidak menghapuskan tol secara menyeluruh, Kerajaan Barisan Nasional dari semasa ke semasa sentiasa mengambil kira beban rakyat akibat kadar tol lebuhraya. Justeru, beberapa langkah diambil untuk mengurangkan beban rakyat dan pada masa sama tidak menambah defisit negara. Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan kadar tol di Kampung Medan-Petaling Jaya Selatan daripada RM1.60 kepada RM1.
Kerajaan juga sudah memberi perakuan bahawa tidak akan ada kenaikan tol dalam tempoh lima tahun lagi bagi empat lebuhraya PLUS manakala konsesi tol bagi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak Selatan dan Persilangan Taman Connaught Kuala Lumpur, akan ditamatkan berkuatkuasa Mei 2011.
Berbeza dengan janji pihak pakatan pembangkang, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP dalam manifesto pilihanraya mereka telah berjanji untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang. Namun setelah dapat menubuhkan kerajaan, janji itu tidak dilaksanakan sehingga kini. Sememangnya jelas terbukti bahawa janji mereka itu sekadar janji populis tetapi amat mustahil untuk dilaksanakan. Akibatnya, rakyat yang ditipu.
Cukai pintu pun tak boleh turun, inikan nak hapuskan semua tol. Ha!Ha! Ha!
AMANAT 2 :
PR tak mampu membalas hujah kelemahan Buku Jingga
BN telah berkali-kali memberi amaran kepada rakyat tentang penipuan yang diedar secara rasmi melalui Buku Jingga. Janji Buku Jingga tidak masuk akal, tidak original dan tidak bertanggungjawab. Ianya dibuat tanpa kajian, tanpa penyelidikan, tanpa pengalaman dan tanpa pengetahuan mengenai pentadbiran negara dan ekonomi.
Janji Buku Jingga akan membangrapkan negara. Dasar Buku Jingga bercanggah dengan dasar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat. Perubahan yang dibentangkan dalam Buku Jingga akan menghancurkan negara. Buku Jingga adalah dokumen yang tidak boleh dipakai sepertimana pemimpin-pemimpin PR juga.
Namun, PR tidak mahu mengalah dan terus cuba membela Buku Jingga mereka. Dalam usaha membela Buku Jingga, Harakah 11-14 April 2011 telah memaparkan tulisan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang cuba untuk menjustifikasikan relevansi Buku Jingga Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.
Ustaz Idris berhujah bahawa PR mampu menguruskan negara mengikut modul Buku Jingga kerana PR telah ada pengalaman menguruskan Kelantan selama 20 tahun!
Katanya, Tok Guru Nik Aziz mampu mentadbir dengan amanah dan takwa sehingga rakyatnya cemerlang dunia dan akhirat. Kononnya, walaupun kerajaan BN menindas dan menyekat projek di Kelantan, tetapi negeri tersebut tetap bernafas segar malah menjadi ‘hambatan’ kerajaan BN.
Ustaz Idris berkata pemimpin UMNO hairan hingga tepu memikir bagaimana Kelantan mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun dengan pendapatan terhad. Ini katanya, menunjukkan yang PR tentu boleh berbuat lebih lagi jika memerintah negara dengan terdapatnya hasil minyak, balak, pasir, bijih, emas, sawit, getah dan mutiara.
Reaksi spontan penulis dan rakan-rakan yang kebetulan sama-sama membaca tulisan Ustaz Idris ialah ketawa terbahak-bahak.
Tertanya-tanya sama ada Ustaz Idris bergurau atau memang benar-benar berada di bawah tempurung? Tidak mungkin dia begitu jahil dan tidak mungkin kulit mukanya begitu tebal sekali sehingga sanggup berhujah dengan sebegitu dangkal. Pastinya dia tahu yang hujahnya dangkal bukan?
Kelantan adalah negeri termundur di Malaysia, itu hakikat yang mana budak yang belum bersekolah juga mampu melihatnya. Bagi menguatkan hujah ini, blogger OutSyedtheBox pernah membuat perbandingan antara Kelantan dengan Melaka, iaitu sebuah negeri yang kecil yang juga tidak mempunyai sumber semulajadi:
Butiran
|
Sumber statistik
|
Melaka
|
Kelantan
|
Kadar Kemiskinan
|
(2009)
|
0.5%
|
4.8%
|
Pendapatan bulanan isi rumah
|
(2009)
|
RM4,184
|
RM2,536
|
Kadar Pengangguran
|
(Suku Ke 3 2010)
|
0.8%
|
3.2%
|
Jumlah Pengangguran
|
(Suku Ke 3 2010)
|
2,400
|
17,700
|
Pertumbuhan KDNK/GDP
|
(2010)
|
7.0%
|
5.1%
|
Nilai KDNK
|
(2010)
|
RM19.43bil
|
RM12.45bil
|
KDNK per kapita
|
(2010)
|
RM25,185
|
RM7,453
|
Hasil Kutipan Jab Kastam
|
(2010)
|
RM1.6 bilion
|
RM37.3 juta
|
Hasil Kutipan Jab Imigresen
|
(2010)
|
RM57.3 juta
|
RM13.2 juta
|
Kelahiran Anak Tak Sah Taraf
|
(2009)
|
1,077
|
1,221
|
Penagih Dadah
|
(2009)
|
327
|
1,902
|
Keseluruhan Jenayah
|
(2010)
|
5,976
|
7,900
|
Penceraian Di Kalangan Muslim
|
(2009)
|
923
|
2,478
|
Perbandingan di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan adalah negeri yang gagal sepenuhnya. Lihat saja bagaimana pendapatan per-kapita Kelantan terlalu amat rendah iaitu sekitar RM7,000 berbanding Melaka RM25,000.
Kelantan adalah bersempadan dengan Thailand, dan mempunyai banyak peluang untuk menarik pelancong, mahupun menjadi pusat perdagangan jika kerajaan PAS Kelantan punya sedikit kebijaksanaan untuk berfikir dan mentadbir. Namun, peluang ini tidak pernah diteroka oleh kerajaan PAS Kelantan. Kerana apa? Kerana mereka tidak tahu apa-apa.
Oleh itu di mana asasnya hujah Ustaz Idris mengenai kehebatan pencapaian negeri Kelantan? Apa ke jadahnya pemimpin UMNO memikir sehingga tepu untuk ‘menghambat’ apa yang dicapai oleh Kelantan? Sedangkan Kelantan tidak mencapai apa-apa pun dari segi dunia mahupun ke arah akhirat jika dilihat dari statistik penagih dadah, anak luar nikah dan jenayah.
Inilah masalah pemimpin PAS yang tidak tahu membaca statistik. Bagaimana mengharapkan seorang yang buta angka untuk memerintah negara?
Dan ini pula adalah jawapan Ustaz Idris mengenai sumber pendapatan kerajaan PR untuk melaksanakan janji-janji Buku Jingga: 1. Memastikan rasuah tidak berlaku, 2. membatalkan subsidi kepada penjana elektrik dan 3. Menghentikan bayaran kepada APCO
Mudah sekali hujah Ustaz totok ini.
BN telah lama berperang dengan rasuah. Pemimpin BN yang dikenali sebagai Bapa Rasuah Negara pun telah disepak keluar tetapi dikutip pula menjadi Ketua DeFacto PR. BN tidak pernah membela atau menyembunyi kes rasuah pemimpinnya, seperti juga malah ramai yang telah disiasat mahupun dihukum secara adil oleh mahkamah Malaysia atas kesalahan mereka.
Namun, apabila SPRM menyiasat pemimpin DAP berbagai-bagai halangan dilancarkan terhadap SPRM untuk membantut dan menghalang siasatan. SPRM diserang oleh pembangkang dengan gambaran tiada kredibiliti. Apabila SPRM menyiasat kes rasuah berskala besar seperti kastam, sekali lagi pembangkang cuba membela pesalah dan menyerang integriti SPRM.
Apakah ini sikap seorang yang ingin membanteras rasuah? Rasuah di dalam PR juga lebih hebat di mana dalam hanya 3 tahun memerintah begitu ramai pemimpin PR telah menjadi jutawan segera mengalahkan pemimpin BN yang telah lama memegang kuasa.
Jika belum menjadi kerajaan pusat sudah begitu korup, bagaimana agaknya kalau kuasa mutlak ada di tangan PR? Apakah SPRM akan dihapuskan terus agar tidak menyiasat salahlaku mereka?
Ustaz Idris juga percaya, hanya dengan menghentikan bayaran subsidi kepada penjana elektrik maka wang RM19 billion itu mampu menanggung segala janji-janji PR yang lain. Sedangkan menghentikan subsidi kepada syarikat swasta akan menyebabkan mereka menaikkan harga perkhidmatan dan barangan mereka. Jadi, sebenarnya, syarikat tersebut tidak akan terjejas pun, malah pengguna yang akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk perkhidmatan dan barangan keperluan. Ini adalah pelajaran asas ekonomi yang mana kita pasti Ustaz Idrus, mahupun bakal PM PR iaitu Anwar Ibrahim yang berkelulusan pengajian Melayu tidak pernah mempelajarinya.
Dan untuk pengetahuan Ustaz Idris dan pemimpin PR keseluruhannya, bayaran untuk APCO hanya berlaku kerana keperluan menjaga nama baik dan imej negara bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari segi pelaburan dan pelancongan memandangkan PR sering mengsabotaj nama negara sendiri di luar negara demi kepentingan peribadi. Perbuatan pemimpin PR yang memburukkan negara sendiri di luar negara adalah perbuatan khianat yang mana mampu menjejaskan ekonomi sekali gus kehidupan rakyat negara ini.
Apapun bayaran kepada APCO sebagai perunding hubungan luar negara, adalah sebenarnya lambang pengkhianatan PR yang keterlaluan. Terbukti kini segala tindakan kerajaan BN termasuk melantik APCO adalah bijak di mana ekonomi negara terus berkembang dan meningkat dengan begitu memberangsangkan.
Buku Jingga menunjukkan yang PR memerlukan RM253.8 billion dalam tahun pertama pemerintahan PR. Apakah dengan menghapuskan subsidi penjana elektrik, menghentikan bayaran APCO serta membanteras rasuah yang belum tentu akan dilakukan mereka akan membolehkan PR menjana pendapatan sebanyak itu?
Dalam masa 5 tahun, jumlah ini akan meningkat selaras dengan kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang dijanjikan oleh PR bagi jangkamasa tersebut. Ini belum dikira variasi bajet yang mungkin berlaku akibat pengambilahan pengurusan tol, penambahan bayaran royalti kepada empat negeri dan lain-lain.
Kepada Ustaz Idris dan PR, mentadbir negara bukannya seperti mentadbir rumahtangga. Sedangkan mentadbir rumahtangga juga pemimpin PR ramai yang caca marba. Siapa tidak tahu yang ramai sekali pemimpin-pemimpin PR hidup dalam skandal termasuk skandal zina dengan isteri rakan, khalwat dengan isteri rakan, cabul anak murid, liwat lelaki jambu, menyimpan perempuan dan lelaki, melanggan pelacur dan sebagainya, maka bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk mentadbir negara?
Namun, walaupun Ustaz Idris begitu ‘megah’ dengan kejayaan Kelantan, ada juga penyokong-penyokong
PAS yang berhujah bahawa kerajaan BN kejam kerana menganaktirikan Kelantan sehingga menjadi negeri paling mundur dan miskin. Justeru, yang mana satu yang benar di mata PAS? Kelantan berjayakah atau gagal?
Justeru, hanya ada satu kesimpulan di sini iaitu PR tidak mampu membela Buku Jingga mereka sendiri.
AMANAT 3 :
Manifesto 2008 VS Buku Jingga
Pelancaran Buku Jingga pakatan rakyat adalah bukti bahawa pembangkang sebenarnya mengalami ‘mati kutu’ atau buntu dalam usaha untuk menonjolkan kredibiliti sendiri. Kita berkata begini kerana Buku Jingga sebenarnya bukanlah satu dokumen rapi dasar parti, tetapi semata-mata merupakan ‘buku janji’ setaraf ‘buku hutang 555’ yang jelas sekali dibuat tanpa kajian menyeluruh dan penyelidikan mendalam.
Percetakan dan pengedarannya dibuat dengan begitu terburu-buru, mungkin kerana terdesak diasak oleh perbuatan sendiri yang sering terlibat dalam pelbagai skandal dan salahlaku.
Menyedari Manifesto 2008 mereka yang masih jauh dari tertunai, Buku Jingga diharapkan sebagai mampu melupuskan janji-janji terdahulu dengan membentangkan janji-janji baru. Namun, tidak semudah itu rakyat diperdaya untuk menerima bulat-bulat segala janji di dalam Buku Jingga.
Bagi menjustifikasi janji-janji Buku Jingga ini eloklah kita bandingkan dengan apa yang terjadi dengan janji-jani Manifesto 2008. Antara Manifesto 2008 Pakatan Rakyat ialah:
Menguatkuasakan perlindungan alam sekitar bagi mengelak bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
Namun, ternyata apa yang berlaku ialah alam sekitar semakin ‘hancur’ di dalam tangan Pakatan Rakyat.
Kerajaan PKR Selangor telah membenarkan perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta. Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri.
Para pekerja lombong haram ini juga seringkali berlagak samseng terhadap penduduk sekitar dan memandang sepi segala kritikan. Ini disyaki kerana mereka mendapat perlindungan dari pihak kerajaan negeri sehingga membolehkan mereka bermaharajalela tanpa segan silu atau takut.
Di Kedah pula, pembalakan tidak bertanggungjawab berleluasa sehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir. Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.
Di dalam Buku Jingga, PR mengulangi janji mengenai Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal.
Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaikan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar?
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman di Selangor sebanyak 20%
Janji ini dilihat sebagai tidak masuk akal kerana ia pasti akan membebankan kerajaan negeri. Seperti yang dijangka, selepas memenangi Pilihanraya, janji ini juga tidak ditunaikan malah lebih buruk, beberapa kawasan seperti Kg. Baru Bt 11 Cheras, Kg Baru Serdang dan Ulu Yam telah menerima notis kenaikan cukai pintu bermula Julai 2010.
Menurut Buku Jingga, PR berjanji akan berlaku adil dan telus serta mengurangkan beban rakyat dengan berbagai cara. Namun bagaimana kerajaan yang terbukti telah mungkir janji malah menipu rakyat boleh berlaku adil?
Dengan kenaikan cukai pintu yang berlaku di Selangor selepas memenangi Pilihanraya walaupun berjanji akan mengurangkannya dalam Manifesto 2008, membuktikan yang janji dalam Buku Jingga juga hanyalah janji kosong belaka.
Bekalan 20 meter padu air percuma di Selangor
Akibatnya, 35% kawasan di daerah Selangor menghadapi masalah bekalan air yang berkarat dan kotor kerana pemberian air percuma telah menjejaskan kos penyelenggaraan serta tidak memungkinkan perkhidmatan sekali gus bekalan air yang sempurna kepada rakyat. Sebahagian besar punca masalah ini ialah ketidakmampuan kerajaan PKR Selangor untuk menggantikan saluran paip baru walaupun mereka telah menelan ratusan juta dari kegiatan haram lain.
Pemberian air percuma ini sebenarnya telah meningkatkan hutang kerajaan negeri Selangor di mana dari tahun 2009 – 2011 sahaja hutang kerajaan negeri akibat subsidi air percuma berjumlah RM142.5 juta.
Di Kedah pula, kerajaan Kedah telah dengan selambanya menaikkan tariff air domestik sehingga 44% atau 10 sen per meter padu.
Pulau Pinang juga telah menaikkan tariff air sebanyak 25% atau 2 sen per meter padu atau RM2-RM5 sebulan) dengan bayaran surcharge sebanyak 24 sen pada 35,000 liter sebulan.
Buku Jingga sekali lagi mengulangi janji manis yang sama mengenai bekalan air dalam Program 100 hari PR. Namun bagaimana rakyat boleh mempercayainya sedangkan setelah hampir 3 tahun memerintah, janji bukan sahaja hanya tinggal janji tetapi perkhidmatan semakin buruk dan harga air juga meningkat secara drastik.
PR berjanji akan menyelamatkan Kg Buah Pala, Pulau Pinang
Ketika kempen PRU 12, Anwar Ibrahim berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Kg. Buah Pala dalam masa 2 minggu sahaja jika Pulau Pinang berjaya ditawan Pakatan Rakyat.
Namun, apa yang terakam dalam sejarah ialah masalah tidak selesai tetapi Kg. Buah Pala pula yang ‘selesai’ di tangan DAP. Penduduk kampung hanya mampu melihat sahaja kampung tersebut dirobohkan tanpa belas kasihan oleh DAP.
Buku Jingga juga berjanji yang PR akan menubuhkan Perbadanan Perumahan, mengatasi masalah setinggan dan peneroka, menyediakan bantuan naik taraf rumah kos rendah dan PPR dan lain-lain lagi.
Namun dari apa yang berlaku di Pulau Pinang, terutamanya Kg. Buah Pala yang mana janji dilafazkan dengan sumpah, maka seeloknya, Buku Jingga ini dibakar sahaja kerana sudah tentu janji kali ini juga bohong belaka. Silap haribulan, rakyat bukan sahaja akan dihalau dari kampung malah akan dibebankan dengan kos perumahan yang lebih tinggi di bawah Pakatan Rakyat. Ini tidak mustahil apabila melihat di negeri itu di mana setelah kampung-kampung Melayu dan India dihapuskan, kos perumahan di Pulau Pinang pula semakin meningkat. Ini menjadikan pemilikan rumah adalah mustahil bagi rakyat yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya kaum India dan Melayu.
Janji DAP untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang (RM7) dan tol Sg. Nyior (50 sen)
Akhirnya janji tinggal janji, tol tetap di situ dan DAP langsung terlupa yang mereka pernah berjanji sedemikian.
Untuk makluman, Buku Jingga juga menekankan soal penghapusan tol.
Jika persoalan ekonomi dalam Buku Jingga diambil kira iaitu termasuk dengan penghapusan tol, kerajaan pusat akan mengalami defisit dalam belanjawan negara sebanyak RM199.0 billion – RM253.8 billion atau 27.% - 35.1% dalam tahun 2011 sahaja.
Jelas di sini bahawa janji mengenai tol di dalam Manifesto 2008 mahupun Buku Jingga dibuat tanpa menggunakan akal kerana PR langsung tidak berniat untuk menepatinya.
Janji DAP untuk menghapuskan bayaran parkir pada hari Sabtu dan Ahad
Janji ini bukan sahaja tidak ditepati, malah DAP juga telah membebankan lagi rakyat dengan memanjangkan tempoh pembayaran parkir dari waktu asal 8.00 pg - 5.00 ptg kepada 8.00 pg – 12.00 mlm.
Sebenarnya, soalnya di sini bukanlah soal parkir semata-mata tetapi soal ketidakupayaan kerajaan PR untuk menjana ekonomi.
Mereka hanya tahu mencari wang dan bukannya menjana pendapatan negeri. Kerana itulah mereka cuba meraih pendapatan tunai secara langsung melalui rakyat marhaen seperti melalui bayaran parkir.
Senario yang sama boleh dilihat juga dalam kerajaan PAS Kedah yang terang-terangan mengakui tidak tahu cara lain untuk menyelesaikan masalah hutang berkaitan isu air, maka segala kos diletakkan di bahu rakyat Kedah dengan menaikkan kadar tariff air. Begitu juga dengan balak, apabila disoal kenapa ia masih berleluasa, jawapannya ialah kerana ketiadaan sumber ekonomi yang lain.
Sehingga hari ini, hampir 100% pelaburan yang masuk ke negeri-negeri PR adalah hasil titik peluh kerajaan BN Pusat sekarang.
Walaupun terbukti tidak berupaya menjana ekonomi, Buku Jingga bagaimanapun membuat janji-janji yang lebih besar dari segi ekonomi. Antaranya, meningkatkan pendapatan isi rumah, memberi skim bantuan dan kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal, ‘air percuma’ dan berbagai-bagai lagi.
Fikirkanlah, sedangkan janji mudah seperti parkir di dalam Manifesto 2008 juga tidak mampu ditunaikan, bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk menunaikan janji yang jauh lebih besar dalam Buku Jingga ini?
Ini hanyalah sebahagian dari kupasan ringkas mengenai janji dalam Manifesto 2008 jika dibandingkan dengan Buku Jingga. Tetapi sebahagian yang ringkas ini juga sudah cukup untuk membuktikan yang Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak punya nilai langsung. Justeru, adalah disarankan agar kalau tidak dibakar Buku Jingga ini, harus ia dijadikan sampah untuk dikitar semula sahaja. Sekurang-kurangnya dengan cara itu boleh juga memberi faedah kepada rakyat dan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment