DAP meroyan gambar skandal Guan Eng di muka depan Utusan !
Lima Ahli ADUN DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bertindak keluar Dewan sewaktu persidangan hendak bermula hari ini kerana membantah penyiaran gambar isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng bersama seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya yang disiarkan dalam muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Tindakan ADUN DAP keluar dewan itu dilaporkan Antarapos hari ini.
Bernama turut melaporkan 5 ADUN DAP yang keluar dewan itu adalah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang).
Semalam Antarapos turut melaporkan isu ‘wanita itu’ turut dibangkitkan dalam DUN oleh Datuk Gan Tian Loo dari MCA.
Gan bertanyakan ADUN Kota Laksamana, Betty Chew yang juga adalah isteri kepada Lim Guan Eng adakah beliau mengenali ‘wanita berkenaan’ yang dikatakan pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Saya perlu tanya perkara ini sebab ramai orang tanya saya dan suruh saya bawa dalam dewan ini, adakah YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini.
“Saya percaya ramai nak tahu perkara ini termasuk mereka dari DAP sendiri sebab banyak di blog -blog tempatan memaparkan isu ini,” katanya pada sidang semalam.
Namun Betty Chew enggan menjawab pertanyaan Gan itu.
Isu skandal Lim Guan Eng dengan ‘wanita itu’ telah banyak diperkatakan di internet, terutamanya, di http://stopthelies.my. Sila klik di sini, sini dan sini
Menurut stopthelies, Phaik Kheng mula bekerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang selepas tahun 2008, di mana dia dilantik sebagai salah seorang daripada 20 orang pegawi khas Guan Eng.
Guan Eng dan Phaik Kheng didakwa menjalinkan hubungan cinta dan skandal mereka diketahui oleh isteri Guan Eng, Betty Chew.
“Puan Ketua Menteri (Betty Chew) dapat mengesan naluri yang dialami antara kedua-duanya itu dan menghentikannya. Itulah sebab bagaimana dia (Guan Eng) mendapat plaster yang lebih di dahi dan gadis Rainbow berakhir dengan hati yang patah. Dia (Phaik Kheng ) kehilangan kerja dan kembali mengajar sebagai guru”, dedah stopthelies.
Pendedahan itu menarik perhatian seorang lagi blogger, Helen Ang yang menulis secara sinis dalam artikelnya bertajuk “Guan Eng’s special officers and their very special duties”
Helen Ang juga memuatkan rakaman video jawapan Guan Eng ketika ditanya wartawan berkenaan skandal itu.
Ketika menjawab, Guan Eng kedengaran tidak selesa dengan pertanyaan itu dan membuat andaian semua dakwaan itu adalah propaganda UMNO.
“Akhbar mana yang cetak, saya akan dakwa kerana saya tidak mempunyai pilihan. Perkara yang sama telah berlaku ke atas anak saya, saya akan memfailkan tindakan guaman. Anda semua cetak lah. (Jika) Anda semua mencetak, anda lihat apa yang saya akan lakukan. Saya akan saman .
“(Khabar angin) Ini bukan perkara baru. Ia telah bertiup selama enam bulan, sembilan bulan “kata Guan Eng.
sumber : AIDC
No comments:
Post a Comment