Betty tentu bengang kenyataan terbaru Ng Phaik Kheng !!
Bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ng Phaik Kheng melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam. Malah, wanita itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.
Menurutnya, adalah lebih sesuai isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sendiri menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo dalam persidangan tersebut.
"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan urusan saya. "Sekiranya soalan tersebut ditujukan kepada Betty, suruh beliau yang jawab. Kenapa tanya saya pula?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Betty yang juga ADUN Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Guan Eng semasa sidang DUN Melaka
No comments:
Post a Comment