Mari kita tengok siapa yang kena
21 Jun 2012
Menjelang Pilihan Raya ke-13 (PRU13) ramai yang bercita-cita untuk menjadi Yang Berhormat (YB). Baik kalangan mereka yang bergelar YB sekarang ini atau pun yang belum bergelar YB dan berjinak-jinak serta aktif dalam parti.
Mengikut cerita dan khabarnya dari orang yang boleh dipercayai, nama-nama bakal calon dalam PRU13 sudah berada di peringkat akhir. Bagi calon Barisan Nasional (BN) namanama sudah dikemukakan di peringkat negeri ke peringkat pucuk pimpinan.
Manakala bagi parti Pas, Parti keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga nama-nama calon sudah siap di peringkat akhir.
Manakala bagi parti Pas, Parti keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga nama-nama calon sudah siap di peringkat akhir.
Ada juga kalangan YB yang baru sepenggal mengharapkan mereka dicalonkan lagi bagi penggal kedua, begitu juga mereka yang sudah dua penggal minta dicalonkan bagi penggal ketiga.
Bagi yang sudah tiga penggal menjadi YB adalah bernasib baik sangat jika dicalonkan sekali lagi. Tetapi jika mereka termasuk dalam kategori calon boleh menang kemungkinan akan dicalonkan semula.
Tidak kurang juga ramai yang berdoa dan mengadakan solat hajat untuk memohon kepada ALLAH agar nama mereka dicalonkan semua.
Semuanya sedang berusaha dan berikhtiar untuk menjadi calon. Dan jangan sesekali ada yang pergi berjumpa bomoh atau dukun yang boleh menyebabkan syirik dan menjadi mangsa kepada golongan tersebut.
Bahang dan panasnya PRU13 sudah semakin terasa apabila pemimpin utama BN beberapa kali menjelajah egeri seperti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Itu petanda PRU13 sudah dekat dan orang ramai sudah faham suasana ini terutamanya pengundi. Banyak juga calon yang beralih kawasan iaitu balik negeri. Mari kita tengok siapa yang kena! Banyak juga yang beranganangan untuk menjadi calon dalam
pilihan raya sejak PRU diadakan.
pilihan raya sejak PRU diadakan.
Tetapi nama mereka tak pernah naik dan disebut-sebut pucuk pimpinan. Hal ini menyebabkan ada yang kecewa dan keluar parti.
Janganlah hendaknya perkara ini berulang lagi. Jika nama tidak dicalonkan dan tidak jadi YB jangan kecewa, itu namanya tiada rezeki dan ketentuan ALLAH menetapkan seseorang itu hanya layak menjadi jentera dan pekerja parti.
Jangan pula sampai keluar parti. Berkaitan perasaan kecewa ini, ada juga disebabkan terlalu kecewa akhirnya mensabotaj calon yang bertanding walaupun calon tersebut kawan baik dia dan memang layak berbanding dirinya. Inilah yang menyebabkan berlakunya cah keting yang bermaksud menikam dari belakang.
Jangan pula sampai keluar parti. Berkaitan perasaan kecewa ini, ada juga disebabkan terlalu kecewa akhirnya mensabotaj calon yang bertanding walaupun calon tersebut kawan baik dia dan memang layak berbanding dirinya. Inilah yang menyebabkan berlakunya cah keting yang bermaksud menikam dari belakang.
Di mana-mana kawasan hal ini akan tetap berlaku sama ada kuat atau kurangnya pengaruh mereka yang mensabotaj calon tersebut.
Ada yang menjejaskan calon dan ada juga yang tidak menjejaskan prestasi calon. Jom, mari kita tengok siapa yang kena! Kejayaan seseorang calon sebenarnya terletak daripada sokongan peringkat akar umbi di peringkat cawangan atau ranting lagi.
Sokongannya akan bertambah kuat apabila dibawa ke peringkat bahagian atau ke peringkat atasan. Kelayakan, perwatakan calon yang mudah mesra dan senang didampingi adalah kategori calon yang boleh menang dengan senang.
Sokongannya akan bertambah kuat apabila dibawa ke peringkat bahagian atau ke peringkat atasan. Kelayakan, perwatakan calon yang mudah mesra dan senang didampingi adalah kategori calon yang boleh menang dengan senang.
Semua perkara ini adalah nilai tambah yang perlu ada pada seseorang calon wakil rakyat yang akan bergelar YB. Jika tidak pengundi akan menolaknya walaupun seseorang itu kacak, muda dan bertenaga.
Sementara itu, apabila menang dalam PRU13, seseorang YB itu janganlah pula berlagak sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar masalah rakyat.
Untuk mendapatkan senyuman yang percuma pun payah. Hal inilah yang menyebabkan rakyat dan pengundi akan hilang keyakinan kepada YB baik dari parti mana sekalipun.
*Penulis pengamal media. PhD Persuratan Melayu, UKM.
No comments:
Post a Comment