Monday, August 27, 2012

BILA MCA BERCAKAP MENGENAI HUDUD!


MCA dikafir harbikan oleh Pakatan atas pegangan anti-hududnya

Sila juga rujuk silang Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) seperti yang terkandung dalam jadual, termasuk hukuman untuk kesalahan mencuri kereta, mencuri harta tuan, mencuri dengan melakukan kekerasan dsb.Hukuman ke atas kesalahan mencuri yang diperincikan mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah seperti dalam Seksyen 379 di bawah.
Kanun Keseksaan
Kanun Prosedur Jenayah
Sekiranya undang-undang persekutuan sudah menetapkan hukuman-hukuman yang disebutkan di atas bagi kesalahan mencuri, maka undang-undang negeri yang mengkehendaki tangan seorang pencuri dipotong adalah bercanggah.
Berikut ialah huraian Prof. Shad Saleem Faruqi:
Syariah Courts Criminal Jurisdiction Act 1965
“The powers of State Assemblies to legislate for crimes is a limited and derived power. It is not inherent.  The Constitution in Schedule 9, List II, Item 1 says that syariah courts “shall not have jurisdiction in respect of offencesexcept in so far as conferred by federal law”.
.
“The relevant federal law is the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965. It confines jurisdiction to such offences as are punishable with maximum three years jail, RM5,000 fine and six lashes. Any state law like the hudud laws of Terrengganu and Kelantan imposing larger penalties would be ultra vires and unconstitutional.”
– sumber: laman Majlis Peguam
Prof Shad Saleem mengulas dengan lebih lanjut tentang Senarai Persekutuan (Federal List):
“A look at List I indicates that the 27 paragraphs in this List cover 110 or more items. The Constitution has allocated the most important legislative matters like defence, finance and internal security to the federal Parliament. Two controversial areas within federal jurisdiction deserve special mention.”
.
(i)  Islamic Law(ii) Criminal Law
.
Almost the entire field of criminal law is allocated to the central government.
.
“Extradition, fugitive offenders, alien enemies and enemy aliens, police, criminal investigation, registration of criminals, public order, prisons, reformatories, places of detention, probation of offenders, juvenile offenders, criminal law and procedure, corrupt practices, “creation of offences in respect of any of the matters included in the Federal List or dealt with by federal law”, betting and lotteries are all matters of federal jurisdiction even though there are Islamic laws on many of these points.
.
“In Che Omar Che Soh v. PP [1998] 2 MLJ 55, a federal law against drug trafficking was unsuccessfully challenged as unIslamic.  It was held that the declaration in Article 3 that ‘Islam is the religion of the federation’ does not impose fetters on the power of Parliament to legislate on matters assigned to it by the Constitution.
.
“From the above it follows that the assertion that all Islamic civil and criminal law is within State jurisdiction has no constitutional basis. On many areas of Islamic law, the federal Parliament is the authorised legislative authority..
.
Intipatinya undang-undang persekutuan tidak meluluskan Kelantan dan Terengganu untuk memotong tangan dan kaki seorang pencuri.

Hudud memberi impak kepada semua

Dr Chua Soi Lek betul untuk berkata dua hari lepas (Sabtu) bahawa hudud akan memberi kesan kepada seluruh negara dan ke atas semua orang.
Sekiranya hudud mahu dibolehkan di negeri-negeri bawah pemerintahan PAS, maka undang-undang persekutuan akan terpaksa dipinda serentak.
Sekiranya undang-undang persekutuan sudah dipinda, maka ini bermakna hudud boleh dijalankan di umpamanya Selangor, Perak dsb sekiranya DUN meluluskan rang undang-undang yang bersesuaian.
Prof. Chandra Muzaffar pernah berkata tidak ada satu negara pun di dunia mengamalkan hudud yang boleh menjadi teladan bagi kita.
Tambah beliau lagi, dengan adanya hudud, keadaan persekitaran hidup kita akan menjurus kepada suasana senantiasa takut kepada hukuman dan larangan (pendekatan kaedah “punish and prohibit”).

Wakil Melayu akan mengiyakan hudud

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 diluluskan di DUN sewaktu Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar.
Apabila rang undang-undang tersebut dibentangkan, keempat-empat orang Adun Umno tidak membantah mahupun mereka tidak mengundi ‘Ya’ ketika sidang DUN — masa itu Terengganu mempunyai 27 Adun PAS dan seorang Adun Keadilan.
(Posting ‘warm up’ saya yang semalam sebenarnya bertujuan membuka kalam perbincangan untuk meninjau pendapat para pembaca terlebih dahulu.)

DAP binatang politik sesumpah

Perspektif Cina terhadap hudud berbeza daripada perspektif DAP-Anglophile dan DAP-evangelis.
Contohnya, rencana ‘Is MCA staunchly anti-Islam?‘ oleh Jackson Ng diMalaysiakini (21 Nov 2011) di mana dia menulis:
.
“What a sick joke and a mismatch! The MCA is organising a forum themed ‘Hudud and its implications on non-Muslims’ in Malaysia’ on Dec 4.
.
“And of all people, the adulterer and MCA president Chua Soi Lek, will deliver the keynote address as well as the closing remarks.
.
“In the first place, is Chua a Muslim? Has he converted? Does he really understand hudud? What makes him an authority of hudud? Is the word ‘zina’ in his dictionary?
.
“Of course he is going all out to oppose and insult hudud because, if he had embraced Islam, he would have been stoned to death for cheating on his wife and family.”
.
Jackson – seorang penyokong tegar DAP serta peminat ketokongan Kim (bacasini) menuduh Dr Chua menghina Islam kerana ingin menghalang penerapan hudud di tanahair.
Politikus dan penyokong Pakatan, khususnya DAP, membayangkan bahawa MCA anti-Islam kerana menentang pelaksanaan hudud.
Haris punya ‘excellent candidate’ sokong hudud
Oleh kerana politik, Haris Ibrahim menuduh MCA memomokkan hudud.
Dia mendakwa kekhuatiran MCA sekadar “cheap talk“.
Dia cuba dengan sedaya-upaya untuk memujuk para penyokong pembangkang bahawa PAS tidak mungkin akan dapat berjaya menegakkan hudud kerana tidak cukup kuasa.
Raja Petra Kamarudin pula – dalam komen selaku ‘Super Admin’ Malaysia Today– mengeluarkan teguran berlapik:
.
“For the sake of Pakatan, for the sake of kicking Umno out, for the sake of making sure that Anwar becomes the next Prime Minister, why don’t you all shut the f**k up? Have you all been bought or what? Are you all trying to sabotage Pakatan? HIDUP HUDUD!”
.
Patung Hannah Yeoh

Tokong dan wali DAP bagaimana?

Manakala Tuan Guru Abdullah Saamah memfatwakan DAP sebagai ‘kafir harbi’.
Kenyataan TG Abdullah disokong Mufti Perak Harussani Zakaria yang berkata bahawa Majlis Fatwa tidak akan menegur pengasas Sekolah Pondok Geting itu kerana ia sememangnya fatwa yang selari dengan pandangan syarak.
Mufti Pahang Abdul Rahman Osman pula berkata ia adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
Maksudnya DAP sama “anti-Islam” dan MCA seiring kafir harbi. Pandainya parti Kristian/parti Cina berpolitik, ya? Lantaran semua orang Cina – kecuali yang sokong Hindraf mungkin – adalah musuh ketat orang Melayu-Muslim.
Dalam satu rencana betajuk ‘DAP satu ancaman kepada umat Islam‘ (10 Ogos 2012), akhbar Utusan memetik Mufti Negeri Sembilan Yusof Ahmad sebagai berkata:
“Secara umumnya orang yang menolak Islam tidak boleh dijadikan rakan bukan sahaja dalam politik tetapi dalam apa-apa hal sekalipun.”
Beberapa orang ustaz-ustaz yang lain pun menyetujui pendapat mufti-mufti tersebut.
Apa agaknya apa hukum atas Tokong DAP yang selalu memakai tudung dan ghairah masuk masjid? Lagi berat kerana berciri munafik?
Wali DAP mesti selalu berkhutbah

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]