Kita cukup maklum bahawa setiap negara mempunyai falsafah dan prinsip pentadbiran tertentu. Pada amalan dan kebiasaannya dalam sebuah negara moden ketika ini, apabila merdeka dan mempunyai Perlembagaan, falsafah dan prinsip berkenaan dimaktubkan dalam perlembagaannya. Negara kita tidak terkecuali. Segala falsafah dan prinsip pentadbiran negara terkandung dalam Perlembagaan.
Sebagai sebuah negara merdeka juga kita cukup maklum dengan tanggungjawab ahli dan warga negara. Tanggungjawab berkenaan bukan saja tanggungjawab untuk meneruskan kelangsungan kemerdekaan dan membuat pengisian merdeka yang positif tetapi juga memenuhi tanggungjawab melaksana dan menghormati peruntukan Perlembagaan. Perlembagan menjadi dasar dan juga manifesto negara.

Perlembagaan meletakkan prinsip tertentu dan juga mengandungi perkara yang perlu dipenuhi serta menjadi paksi kepada pemerintahan negara serta sesetengah sistem sosial warga negara. Antara prinsip berkenaan termasuklah demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan, ketinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan Islam sebagai agama bagi negara. Pelbagai prinsip lagi yang dapat kita perhatikan wujud di dalam Perlembagaan termasuklah prinsip berkaitan kesaksamaan, moral serta kedaulatan undang-undang.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai prinsip berkenaan, tetapi saya mahu menumpukan penulisan ini kepada tanggungjawab dalam pelaksanaan prinsip berkenaan.
Secara umumnya, kita lihat kebanyakan prinsip ini adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan. Sebagai contoh, tanggungjawab melaksanakan proses pilihan raya yang menjadi simbol demokrasi berparlimen. Begitu juga dengan tanggungjawab menghormati hak asasi.
Tanggungjawab setiap individu

Bagaimanapun, perlulah ditegaskan tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan Persekutuan, tetapi juga pentadbiran pada semua peringkat, negeri dan juga kerajaan tempatan.
Malah, sekiranya kita pergi lebih jauh, Perlembagaan juga meletakkan tanggungjawab pelaksanaan prinsip yang dimaktubkan ke atas setiap individu. Dalam kata lain, setiap individu mempunyai tanggungjawab melaksana prinsip Perlembagaan tertentu.
Sekiranya kita lihat dalam perbincangan umum, hal ini tidak begitu menyerlah. Ramai menganggap rakyat hanya menjadi pengguna Perlembagaan dan mengharap manfaat daripada pelaksanaan prinsip Perlembagaan oleh pihak kerajaan.
Ramai yang seolah-olah memperlihatkan bahawa tanggungjawab memenuhi prinsip Perlembagaan itu hanya terletak di atas tanggungjawab kerajaan yang memegang dan melaksanakan amanah pentadbiran negara.
Perlembagaan milik semua
Sehingga kini, secara realitinya, banyak mendengar mengenai keluhan mempersoalkan aspek Perlembagaan sesuatu tindakan kerajaan. Jarang sekali kita mendengar kritikan sedemikian ke atas rakyat atau warga yang tidak menepati prinsip dan falsafah Perlembagaan.
Saya tidak nafikan tanggungjawab kerajaan itu. Namun, walaupun benar kerajaan hendaklah sentiasa mematuhi peruntukan Per-lembagaan dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran, perkara yang sama juga perlu diberi perhatian oleh rakyat keseluruhannya. Perlembagaan adalah milik semua. Ia bukan saja milik dan tanggungjawab kerajaan tetapi ia juga milik dan tanggungjawab semua warga negara. Ia juga meletakkan garisan tertentu kepada semua.
Oleh itu, sekiranya kita menerima Perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi negara yang meletakkan garis panduan dan prinsip tertentu, maka ia juga menyatakan tanggungjawab ke atas semua warga untuk melaksanakannya. Terdapat sesetengah negara menjelaskan tanggungjawab rakyat secara nyata di dalam Perlembagaan.
Walaupun peruntukan seumpama itu tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan secara harfiah tetapi ia sesuatu yang menjadi begitu sinonim dengan prinsip ketinggian Perlembagaan. Oleh itu, Perlembagaan meletakkan tanggungjawab kepada rakyat melaksanakan prinsip disebut di dalam Perlembagaan. Ia juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat untuk terus mempertahankan Perlembagaan dan menghormatinya, tidak kira ketika berada di dalam atau di luar negara.

No comments:
Post a Comment