Sunday, August 5, 2012

MENJELANG PRU 13 : PKR TERSEPIT AGIHAN KERUSI..


anwar-kit-hadi-baruxx

Pendedahan Zamil Ibrahim baru-baru ini pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak puashati pasal agihan kerusi antara pakatan pembangkang masa pilihanraya umum 2008 menarik untuk diperhatikan menjelang PRU13.
Zamil antara pemimpin PKR yang pernah rapat dengan Anwar dalam sidang media dua minggu lalu mendedahkan perihal Ketua Pembangkang itu yang 'tikam belakang' PAS dan DAP.
Beliau dakwa ada bukti rakaman CD pada 9 Januari 2008 Anwar maki serta hentam PAS dan DAP dalam satu mesyuarat PKR kerana tidak puashati soal agihan kerusi.
Anwar dikatakan mempersoalkan kenapa PKR Kedah takut dengan dua parti itu yang bertanding di tempat selamat manakala PKR di tempat mencabar.
Itu cerita sebelum PRU 12 tetapi menjelang PRU 13, Anwar sekali lagi khabarnya turut tertekan soal agihan kerusi antara parti itu dengan PAS dan DAP.
Cakap-cakap sudah berlegar bilangan kerusi yang bakal ditandingi PKR merosot daripada 97 pada pilihanraya 2008 kepada mungkin sekitar 90 kerusi saja dalam PRU 13.
Perkara ini disahkan sendiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas mesyuarat Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu Pejabat PAS, Selasa.
Walaupun PKR kekal mendominasi bilangan kerusi Parlimen tetapi jumlah kerusi PKR dikurangkan sedikit dipercayai untuk menambah kerusi DAP di kawasan majoriti Cina yang ditandingi calon Cina PKR pada pilihan raya umum lalu.
Namun disebalik itu, ada juga maklumat kononnya Anwar terpaksa korbankan beberapa kerusi kepada PAS dan DAP bagi ‘menebus’ beberapa isu kontroversi yang melibatkan peribadinya kebelakangan ini.
Ibarat kata macam coverline untuk tutup mulut.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan dua orang kuat DAP, Teresa Kok dan Tony Phua.
Sudah tentu yang senang hati adalah DAP yang khabarnya akan menambah bilangan kerusi ditandingi daripada 47 (2008) kepada hampir 60 kerusi.
Sebelum ini ada desas desus DAP akan tanding 90 kerusi tetapi ada pemimpin DAP mengakui jumlah itru sebenarnya tidak lebih 60 kerusi.
Apapun itu menunjukkan peningkatan kerana DAP percaya mereka akan menang lebih besar jika ambil kira sokongan pengundi Cina terutama di kawasan bandar yang ‘totok’ menyokong parti itu.
DAP juga turut mensasarkan penambahan  kerusi di Sarawak dan Sabah.
PAS yang sebelum ini digambarkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai parti Islam atau Melayu yang kuat dijangka bertanding antara 75 hingga 80 kerusi dalam PRU 13.
Jumlah ini juga meningkat berbanding 66 kerusi (2008) dan PAS memenangi 23 kerusi.
Mustafa mengakui PAS mungkin menambah kerusi di Sarawak daripada satu (2008) kepada tujuh dalam pilihanraya umum nanti.
Cuma di Sabah, soal agihan kerusi belum ‘clear’ tetapi PAS dijangka mendapat tiga atau lima kerusi.
Satu sebab lain DAP dan PAS menuntut kerusi lebih daripada PKR kerana pada 2008, PKR hanya menang 31 daripada 97 kerusi.
Nisbah kemenangan berbanding jumlah kerusi ditandingi tidak berbaloi dengan kejayaan calon-calon PAS dan DAP padahal bilangan kerusi ditandingi kecil berbanding PKR.
Maka Anwar tiada pilihan lain dan terpaksa mengalah untuk PRU 13 tambahan pula lima wakil rakyat PKR di Parlimen bertindak keluar parti.
Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baharu), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) memilih jadi wakil rakyat Bebas.
Kesimpulannnya pengaruh PKR dalam pakatan pembangkang semakin merudum.
Anwar tiada pilihan lain kerana terlalu banyak ding dong dalam PKR dan beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu menyerahkan kerusi kepada DAP dan PAS bagi memastikan terus dapat sokongan menuju Putrajaya. – 31/7/2012- OLEH ROSLAN BIAN

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]