Hudud: Sketsa Sandiwara PAS Yang Memakan Diri…
August 5, 2012 · 0 Comments
Agak melucukan apabila melihat Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.
Dia sebelum ini, sama ada sebelum berkerusi roda ketika mudanya dan sehinggalah kini terpaksa berkerusi roda ketika tuanya, sudah berkali-kali mengeluarkan kenyataan menolak hudud kepada mereka yang “bebal” seperti para pemimpin PAS.
Kononnya dengan penegasan itu, maka PAS akan faham, mengerti dan akur dengan kehendak golongan kafir harbi yang sememangnya menentang sebarang usaha untuk mengimarahkan Islam di negara ini.
Mungkin Karpal fikir bahawa dengan penegasan tersebut maka PAS, khususnya Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi akan diam tertunduk akur dengan keputusan yang dilakukan oleh “boss” atau “mastermind” Pakatan Haram tersebut.
Dia tidak sedar bahawa puak-puak PAS memang bengap untuk memahaminya…
Namun, DAP perlu tahu bahawa dengan bertanding sebanyak 47 kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti, ia tidak akan menjamin bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh PAS!
Untuk menafikan suara PAS untuk melaksanakan hukum hudud, DAP sebenarnya perlu bertanding lebih dari 90 kerusi Parlimen dan menang semua kerusi-kerusi yang ditandingi itu tanpa kalah pada satu pun kerusi tersebut.
Persoalannya, mampukah DAP berbuat demikian?
Baru-baru ini Nasrudin Tantawi yang kurang matang sedikit tentang “tahaluf siyasi” mendedahkan bahawa biarpun tanpa sokongan DAP, PAS tetap akan meneruskan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud di Malaysia.
Nasrudin sedar, biarpun dia tahu PAS tidak cukup ilmu untuk bermuzakarah dan mengkaji draf hukum Allah dan hanya mampu mencipta draf hudud yang dipenuhi cacat cela, partinya tetap mahu melaksanakan hukum itu.
Dia berhujah bahawa seramai 130 orang Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu beragama Islam dari Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud, sekaligus menafikan suara DAP dan Karpal Singh!
Sekiranya diteliti dari dua kenyataan dari PAS dan DAP ini, kita akan dapat melihat bagaimana PAS tidak ikhlas dan cuba “menipu” DAP dalam sudut “tahaluf siyasi”.
Pada PAS, parti itu kononnya berlakon mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai perlaksanaan hudud dan membiarkan DAP menyalak mengenepikan hukum tersebut bagi memenangi hati kaum bukan Islam pada PRU ke-13 nanti.
Dalam masa yang sama, PAS juga akan mendapat keuntungan dari lakonan tersebut di mana para pengundi bukan Islam akan rela hati mengundi PAS nanti kerana menjangkakan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hudud.
Dan PAS akan berusaha bermati-matian untuk meminta kerusi lebih pada PRU ke-13 nanti bagi menjadikan mereka memiliki majoriti Ahli Parlimen di dalam gabungan Pakatan Haram yang menang bertanding.
Dari itu, PAS dijangka akan menekan dan memaksa DAP untuk tunduk pada kemahuannya bagi melaksanakan hukum hudud. Mungkin itulah perancangan PAS…
Tapi perancangan itu ada kelemahannya di mana PAS perlu mendapatkan sokongan dari beberapa Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam untuk menyokong hukum tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat kelak.
Persoalannya, apakah PKR akan menyokong PAS? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa “telur” Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia “gelap” Ketua Umum PKR itu.
Nampaknya “pi mai pi mai tang tu” juga. PAS takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun kecuali parti itu bergabung dengan BN dan mengkaji perlaksanaan hukum itu sehingga “jaamiq dan maaniq”.
DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus “digenggam telurnya” oleh DAP dan PAS pula akan terus “dikeldaikan” sehina-hinanya. Agak memalukan bagi PAS, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai PAS itu…
SYURGA PAS TAK LAKU BUAT JANJI BARU.
PAS makin terdesak selepas bancian yang dibuat oleh Lujnah Politik mereka maka sekali lagi janji manifesto diolah bagi menarik sokongan orang muda terutama pengundi baru. Jika dulu PAS berani menjanjikan undi PAS dapat pahala, undi PAS dapat keredaan Allah dan berbagai lagi, maka semakin hampir PRU maka mereka semakin menggelabah.
PAS gementar bilamana sokongan kaum Melayu semakin beralih arah kepada UMNO/BN atas kejayaan tranformasi yang diusahakan oleh DS Najib serta seluruh kepimpinan BN. Dengan menjanjikan 12 pekara dalam manifesto terbaru mereka keluaran Pas Kawasan Shah Alam mereka mula memainkan semula isu keupayaan bangsa, yakni bangsa Melayu yang mula melihat PAS hanyalah kaki temberang.
Tak faham atau sengaja buat bodoh maka PAS mencanagkan “1. Malaysia Baru yang meengangkat Mertabat Kaum Melayu berpaksikan Islam”. Apakah selama ini PAS yang siang malam menketakedarah serta merasa nikmat pembangunan yang dibawa oleh UMNO telah berjaya mengangkat dan memertabatkan kaum melayu serta agama islam di Malaysia. Takkanlah Ir Khalid Samad yang pernah belajar hingga ke universiti bukan dari kaum melayu yang mendapat ihsan dari ihlam serta dasar ekonomi baru. Beliau pernah bertugas di Petronas dan tidakkah itu juga hasil usaha UMNO/BN.
Saya lihat pekara ke 2 dalam janji baru mereka “Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera” memang kelakar. Apa kisahnya Yob, yang dok baring atas jalan dan mengata Raja-Raja Melayu tu bukankah dari kalangan penganut Agama PAS. Yan dok lawan Polis dan serang Polis sampai mati katak pun PAS dok jaja mati syahid sedangkan POLIS yang menjaga keamanan negara dan bernaung dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Tak lawan Raja ka tu?
Rasa malas nak ulas panjang pembohongan siri terbaru puak PAS ni, tapi melihat pekara ke 8 janji mereka mendatangkan rasa loya dan geli geleman. “No 8. Menampilkan Kepimpinan Melayu yang bersih di semua peringkat.”.. Woi, Ir Sengal dan ketua protestan Shah Alam, kepimpinan bersih memang senang nak cakap tapi kepimpinan yang ada dalam PAS serta PR yang lain taklah bersih dan lebih teruk. Kepimpinan yang memasukan anunya kedalam lubang dubur lelaki bersihkah?. Yang mengorat dan projek isteri orang kat Hotel Perdana, di Kuta Bahru tu molek ka?. Yang bagi counseling jam 3pagi ngan isteri orang sampai kantoi bersih sangat ka?. Jawabla Pak Lebai.
Dalam sokong DAP dan PKR di Perak pimpinan PAS kawasan sampai turut berdemo mintak kerajaan Negeri Perak batalkan pembinaan Sekolah Agama Rakyat masih tak Nampak. Takkan Ir Khalid duduk bawah tempurung, jika di Shah Alam nak pertahankan sekolah agama, PAS di Ipoh Perak nak runtuh sekolah agama. Apakah agama islam kat shah alam berlainan kalimah syahadahnya dengan pas kat perak. Janganlah berjanji dan buat manifesto baru yang macam tak cukup akal sebab dikalangan pengundi muda yang ramai mendaftar hari ini telah sedar akan pembohongan PAS, baik PAS shah alam mahupun PAS seluruh Malaysia.
Mereka dapat maklumat melalui internet dan yang masih lagi nak sokong Pas pun kebanyakannya bekas pelajar tadika pasti. Mereka nie dah diasuh dari kecil untuk melihat semua pekara yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN sebagai salah belaka. Hati yang dah kelam dari kecil dan dok makan benda yang tak halal ( sebab kufur nikmat ) maka akan menjadi pengikut totok dan sanggup jadi kaldai asalkan Nik Aziz atau Hadi Awang dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itupun jika menang dan hanya layak untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang jaga adat istiadat dan kebudayaan Melayu sahaja.
Pelawok…pelawok..pelawok.
HUDUD DAN NEGARA ISLAM : ULANG TAYANG PAS..
- Dulu,kini dan selamanya Karpal Singh memang garang.Namun segarang-garang Pengerusi DAP Kebangsaan itu beliau nampak agak terketar suara bila mengakui bab ini.
Apa lagi kalau bukan kontroversi partinya dengan PAS mengenai isu Hudud dan Negara Islam. Katanya DAP-PAS kini masih kekal dalam situasi 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
Dalam bahasa mudah ini bermakna PAS dan DAP tetap dengan pendirian masing-masing yakni PAS mahu meneruskan agenda Negara Islam manakala DAP menentangnya.
Menjawab soalan dalam sidang akhbarnya Sabtu,tokoh veteran DAP itu terpaksa mengakui ' bersetuju untuk tidak bersetuju ' saja tidak cukup.
"Ia harus lebih dari itu,"katanya.
Sekalipun tidak menyebutnya ia jelas bermakna isu itu harus diselesaikan secara muktamad antara kedua parti.
Kenapa Singa DAP itu agak terketar suara bila menyebut ' bersetuju untuk tidak bersetuju' .Rasanya tidak salah untuk membuat andaian mungkin kerana beliau tahu pasti sampai kiamat pun DAP-PAS tidak mungkin ada titik temu dalam isu itu.
Soalnya kalau tidak boleh selesai apa jadi ?
Karpal bimbang ia akan gugat hajat pakatan pembangkang hendak mengintai Putrajaya.
Kenyataan Karpal ini adalah pusingan terbaru ulang tayang drama DAP-PAS bergasak dari masa ke semasa mengenai isu Hudud dan Negara Islam.
Kali ini beliau menangkis hentaman Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Nasrudin Hasan Tantawi yang kata macam-macam padanya kerana tetap dengan pendirian menentang hajat PAS nak teruskan perlaksanaan Negara Islam jika dapat menguasai Putrajaya.
Nasrudin sebelum ini dikatakan malu besar bila dikecam hebat termasuk dalam blog,facebook dan twitter kerana membuat kenyataan dalam debat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya anjuran akhbar Sinar Harian baru-baru ini bahawa DAP sudah lembut hati terhadap isu Hudud.
Entah bagaimana beliau dapat ilham membuat kesimpulan it.Ini kerana baik DAP mahupun PKR tidak tunjuk tanda ia berkompromi.
Bosan memang bosan nak dengar kisah pertelingkahan DAP-PAS mengenai isu ini.
Bodoh sangat kalau tidak dapat menilai ia tidak lebih satu sandiwara politik DAP-PAS untuk meraih undi dari penyokong masing-masing sahaja.
DAP menjerit menentang hajat PAS nak tubuh Negara Islam kerana mahu mengukuhkan pegangannya keatas undi bukan Melayu.
Manakala PAS main isu Negara Islam kerana nak tarik pengundi Melayu.
Kedua-duanya nampak macam mahu 'untung besar' dengan menjaja pendirian masing-masing.
Apapun ada yang sudah anggap PAS jadi 'pak lawak' dalam isu yang serius ini.
Satu dunia tahu bahawa PAS sudah ubah slogannya kepada Negara Berkebajikan.
Jadi kenapa ia masih hendak terus bergayut pada agenda hendak menubuhkan Negara Islam?
Jawabnya mudah.PAS diketahui sudah cukup bimbang ia akan hilang identiti sebagai pejuang Islam tanpa bercakap pasal hukum Hudud dan Negara Islam.
Semua orang tahu slogan Negara Berkebajikan cuma langkah kompromi agar senada dengan PKR dan DAP dalam memburu undi untuk pilihanraya.Ini agar orang bukan Melayu tidak merasa gentar .
Maka jangan hairan kalau mendengar PAS kebelakangan ini lebih gatal mulut nak bercakap pasal hukum Hudud dan Negara Islam berbanding Negara Kebajikan.
Soalnya sekarang apakah PAS dapat mengapai hajatnya itu jika katakan pakatan pembangkang tawan Putrajaya.
Ingat lagi kata-kata Karpal Singh pasal langkah mayatnya.
Beliau tidak pernah ganjak dari pendirian itu.
Dan terbaru Sabtu Karpal kata DAP tidak sekali-kali akan membenarkan soal Negara Islam di masuk dalam manifesto bersama pakatan pembangkang untuk PRU13.
"DAP tidak akan benarkan"tegasnya.
Untuk menguatkan lagi ,beliau juga mengingatkan PAS bahawa DAP tidak akan benarkan ia berlaku.
Tidak cukup setakat ini.Tentu orang-orang PAS berdesing telinga mendengar.
Karpal selamba kata PAS ketinggalan zaman kerana berpegang kepada pendirian itu.
Karpal selamba kata PAS ketinggalan zaman kerana berpegang kepada pendirian itu.
Kalau sudah begitu apa jadi antara DAP-PAS kalau Putrajaya jatuh ke tangan mereka.
Lojik akal kata ada dua kemungkinan.
Satu...dalam suasana mabuk baru dapat kuasa keduanya pura-pura tidak ada hal... pejam mata pekakkan telinga kekalkan kehidupan ' bersetuju untuk terus tidak bersetuju' .
Dua...perang besar u see.- 5/8/2012
Demam Hudud Makin Reda… Hakikatnya PAS Nganga Sentiasa
Bermula dari tahun 1990, PAS Pusat berusaha menjadikan hudud dan qisas sebagai kempen untuk mendapatkan undi masyarakat Islam, khususnya orang Melayu. Dari semasa ke semasa, PAS sentiasa berjanji yang mereka akan mendaulatkan Hudud dan Qisas menggantikan kanun jenayah sedia ada, kononnya apabila hudud dan qisas diamalkan di negara ini, maka berkahlah negara ini dengan rahmat Allah Taala.
Apabila dikatakan bahawa PAS sebenarnya adalah pembohong besar dalam isu hudud dan qisas yang ingin diwujudkannya, serta-merta hukuman kafir dan menentang perintah Allah Taala serta ayat-ayat al Quran dilabelkan kepada mereka yang membuat pendedahan berkenaan. Bahkan untuk melengkapkan lagi cerita-cerita menarik PAS tentang hudud dan qisas, dikatakan pula UMNO sebenarnya yang menjadi penghalang, bukannya pihak lain atau sistem lain.
Kebanyakan pengikut PAS tolol-tolol belaka. Mereka telah diajar dan dididik agar bertakliq kepada ustaz-ustaz yang mengajar. Kalau ustaz kata, Allah Taala itu berjirim dan berjisim pun, mereka akan mengimaninya dengan bersungguh-sungguh hati sehinggakan mereka akan mula mencari-cari dalil dan nas untuk membenarkannya. Dan sekali lagi kalau dikatakan bahawa iktikad sebegitu adalah sesat dan menyeleweng, mereka akan mengembalikan semula hukum tersebut kepada UMNO dan para penentang mereka.
Atau paling tidak pun, akan menyatakan bahawa UMNO adalah penjahil dan jahiliyah.
Itu perangai orang PAS terutama PAS totok yang mengajinya masih buta huruf, alif dengan alif hamzah pun tidak tahu apa hukum dan bunyinya. Itu perangai orang-orang jahil yang berasa mereka sudah cukup pandai dengan hanya menjadi ahli PAS dan memiliki sijil perakuan keahlian.
Berbalik kepada kisah hudud dan qisas yang ingin ditegakkan oleh PAS, sudah terlalu ramai yang menyatakan bahawa itu semua hanyalah modal pilihanraya PAS semata-mata. PAS tidak mungkin akan dapat menegakkan hudud dan qisas. Bahkan kalau digandingkan PAS dengan UMNO sekalipun, hukum syariah itu tetap akan digagalkan oleh pihak lain.
Sebabnya amat mudah… untuk menggubal akta dan undang-undang baru, maka yang diperlukan adalah 148 kerusi sekurang-kurangnya daripada 222 kerusi Parlimen. PAS tidak pernah bertanding lebih dari 50 kerusi dan tidak pernah menang lebih dari 35 buah kerusi Parlimen. Manakala UMNO pula menangnya di bawah 100 kerusi Parlimen.
Congak mudah ialah, cantumlah kut mana pun kedua-dua parti Melayu tetapi bermodal lain-lain itu, hudud dan qisas hanyalah dongengan di Malaysia!
Malangnya orang-orang PAS yang masih terkesima dengan cerita-cerita pahala, syurga dan bidadari daripada ustaz-ustaz tak bertauliah PAS, terus-terusan mempercayai bahawa PAS mampu mewujudkan hudud dan qisas sebagai kanun utama di negara ini.
Anehnya, rakan baik dan rakan sekutu PAS sendiri iaitu DAP telah berusaha menyedarkan PAS agar tidak terus mengelamun dan mimpi pada siang hari. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri telah memberikan angka-angka yang sangat wajar untuk para pengikut PAS agar tidak terus mentongongkan diri dan otak mereka dengan mimpi-mimpi ustaz-ustaz bahlol PAS.
Namun apa jawapan PAS?
Kata PAS, kalaupun tanpa DAP, PAS akan berusaha sendirian untuk memperjuangkan hudud dan qisas di Malaysia. Justeru, PAS meminta agar sokongan yang lebih besar diberikan kepadanya pada PRU akan datang.
Tak tahulah macam mana daya dan cara berfikir puak-puak PAS ini. Sudahlah tidak berpijak ke bumi nyata, mereka seperti Bani Israel yang tidak berpuas hati dengan perintah agar didatangkan seekor lembu untuk dikorbankan, lantas meminta perincian yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment