Nasharuddin Mat Isa : Pas Wajar Keluar Dari Pakatan Rakyat
Kenyataan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Buletin Utama TV3 malam tadi telah menimbulkan kegelisahan dan gelabahnya pimpinan PAS baik di peringkat pusat mahupun negeri.YB Ustaz Nasharuddin menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menolak agenda PAS untuk melaksanakan hudud.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merupakan antara yang terawal memberi respon akan kenyataan terbabit dan mengecam tindakan Ahli Parlimen PAS Bachok berkenaan.Mereka turut juga menggesa agar Ustaz Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Ahli PAS dan Ahli Parlimen Bachok sekiranya sudah tidak sehaluan dengan perjuangan parti PAS.
KP ucapkan syabas atas keberanian Ustaz Nasharuddin walaupun tahu akan risiko yang bakal dihadapi beliau daripada pimpinan PAS berikutan kenyataannya itu.Beliau lah antara yang KP boleh kata pemimpin PAS yang sudah sedar dan insaf dan ingin melihat PAS kembali kepada landasan perjuangan sebenar.Gesaan Ustaz Nasharuddin ini mungkin merupakan respon terhadap saranan Presiden JATI,Dato' Dr. Hassan Ali yang menggesa PAS agar segera memikirkan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
Hari ini juga kita boleh lihat bagaimana YB Nasharuddin duduk mengiringi Dato' Seri Najib bersama-sama Ulama-ulama Arab Saudi dalam satu perjumpaan khas di Mekah.Puak-puak PAS memang sangat marah jika melihat pemimpin mereka duduk sekali dengan pemimpin UMNO.Tapi ,bagi Ustaz Nasharuddin,perbezaan dalam politik tidak pernah membezakan untuk duduk sekali dalam satu majlis ,lagi-lagi pertemuan dengan para ulama'
Nampaknya,sudah tiba masanya ulama-ulama di dalam PAS yang melihat PAS sudah terpesong dari landasan Islam untuk bangun dan memperbetulkan PAS secara terang-terangan dari terus berdiam diri demi menjaga jawatan dan pangkat di dalam parti mahupun kerajaan negeri

Pas puji sikap terbuka DAP
14 Ogos 2012
SHAH ALAM – Pas memuji sikap keterbukaan DAP dalam menjawab isu hudud dan mengambil langkah positif untuk bermuzakarah bersama.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas mengalu-alukan sesi dialog bersama DAP dalam membincangkan isu hudud.
“Kesediaan DAP untuk berbincang membuka lembaran baru dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana sudi membuka ruang untuk isu ini.
“Berbeza dengan MCA, mereka secara terang membantah hudud dilaksanakan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bersedia muzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih mendalam kepada ahli DAP tentang Islam, terutamanya hukum hudud.
Mujahid berkata, ia merupakan satu peluang baik kepada Pas kerana sikap terbuka DAP mencerminkan tahap penerimaan mereka khususnya hudud, semakin positif.
“Melalui perbincangan ini, DAP tidak semestinya perlu menerima hudud, tetapi menghalusi perkara itu dari semasa ke semasa.,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut secara tidak langsung dan tiada masalah yang timbul berkaitan hukum itu.
“Sejak dari dulu lagi DAP tidak bersetuju dengan hudud, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerimanya.
“ Pada masa yang sama, saya akan bertemu dengan Zairil Khir berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment