Ini adalah 'facts' atau kenyataan yang telah dgn tiba-tiba dijadikan isu semata-mata untuk menghangatkan suasana dalam konteks keagamaan dalam negara kita Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama ini.
Juga ini bukan untuk mengaibkan seseorang atau orang lain, cuma untuk memberi suatu kejutan kepada pihak berkenaan agar apakah tindakan sewajarnya yang sepatutnya harus diambil untuk memberi pengertian dan pengetahuan yang lebih terperinci pada mereka yang kurang arif akan persoalan yang mereka timbulkan hingga tercetus kontroversi.
Ini pula kemudiannya menempelak ke muka sendiri dan dengan sendirinya memalukan kita semua sebagai bangsa Melayu sendiri di negara sendiri dan juga dimata dunia.
Dalam Islam, jika Imam membuat sesuatu kesilapan dalam mengimamkan solat berjumaah, pihak makmum harus menegurnya dengan melafazkan "Subhanallah" dan seterusnya memperbetulkan apa yang dibacanya yang tersilap itu. Imam disini adalah sebagai pemimpin dalam mengimamkan sebilangan para makmum yang dipimpinnya dalam sesuatu solat berjumaah.
Begitu jugalah jika pemimpin baik menteri atau Perdana Menteri (Imam Islam Hadhari lagi) sekalipun jika didapati tersilap atau membuat sesuatu yang bercanggah, maka pihak ulama atau yang lebih arif dan bertanggungjawab seharusnya menegur dan menasihati mereka-mereka yang tersilap itu tanpa rasa takut, segan dan malu.

Jika tidak, seluruh masyarakat kita yang berbangsa Melayu (Muslim) akan menerima malu yg begitu besar sekali, jika pihak yg berwajib maseh diam membisu. Malu juga sama ertinya dgn aib - jadi isu ini juga melibatkan mengaibkan bukannya seorang malah seluruh umat Islam khasnya Melayu yg juga Muslim di Malaysia ini.
Adakah kita harus membiarkan agama dan bangsa kita keseluruhannya diaibkan begitu sahaja tanpa membuat sebarang tindakan pembetulan? Tidak gunalah berforum sana berforum sini tentang memperkasakan Islam sedangkan perkara-perkara yg membawa keAIBan menyentuh Agama Islam dan bangsa Melayu sendiri dibiarkan berlalu begitu saja? Aib! Aib!
Jangan anggap teguran dalam niat untuk memperbetulkan apa yang tak betul tu akan mengaibkan seseorang individu atau dua, padahal jika tanpa memberi nasihat atau teguran untuk memperbetulkan kekhilafan tersebut, dengan cara diam membisu akan menambah lagi keaiban kepada seluruh bangsa kita - Melayu Malaysia yg beragama Islam sebagaimana Islam ajaran Nabi kita Muhammad S.A.W.
Sila renung dan amati serta buat sesuatu yg bermanfaat untuk semua - demi agama, bangsa dan nusa.

No comments:
Post a Comment