Friday, August 3, 2012

RAFIZI RAMLI JADI "ADIK ANGKAT" KHALID MB?


Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.
A KADIR JASIN
MASA beredar tetapi keadaan tidak semestinya berubah. Kalau berubah pun hanyalah cara.
Ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa, penahanan di bawah akta itu dianggap sebagai “seal of approval” atau tanda pengiktirafan bahawa seseorang itu pejuang tulen.
Malah, dalam DAP pada satu ketika pemimpinnya yang tidak ditahan di bawah ISA dianggap sebagai orang penakut dan tidak layak dianggap pejuang.
Sekarang, dengan ihsan Perdana Menteri dan transformasi, ISA susah dibakulsampahkan. Maka hilanglah tanda niaga yang berharga bagi pembangkang dan penentang kerajaan.
Kini terpaksalah mereka menaikkan taraf undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan dan undang-undang komersial ke taraf ISA supaya mereka terus dianggap sebagai wira dan mangsa apabila ditangkap dan diheret ke mahkamah.
Jadi, tidaklah menghairankan kalau penangkapan dan penuduhan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, pada 1 Ogos di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan pendedahan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) akan menjadi satu lagi “fodder” atau bahan perbahasan.
Rafizi dituduh bersama dengan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, membocorkan rahsia bank. Mereka mengaku tidak bersalah.
Sekalipun tindakan mengheret Rafizi ke mahkamah adalah keputusan Bank Negara yang bertanggungjawab ke atas BAFIA, namun ia akan dijadikan senjata bagi menuduh kerajaan melakukan penindasan politik.
Namun begitu, daripada perspektif yang lebih luas, kita harus mengambil kira bahawa ada dua pihak lain yang telah dihadapkan ke mahkamah pendedahan kes NFCorp.
Pada 12 Mac lalu, pengerusi NFCorp., Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, telah dituduh melakukan pecah amanah melibatkan hampir RM50 juta.
Dalam satu kes lain, perunding Shamsubahrin Ismail dituduh menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran perundingan.
Penuduhan di bawah BAFIA ke atas Rafizi mempunyai implikasi yang luas. Bank Negara berhak dan wajar bertindak tegas ke atas kakitangan bank yang membocorkan rahsia pelanggan.
Kalau kakitangan bank dibiarkan membocorkan rahsia pelanggan sesuka hati, maka hilanglah kewibawaan perbankan di Malaysia dan tidak ada pelanggan akan berasa selamat. Perbuatan seperti itu wajib dibanteras dan pelakunya wajib dihukum.
Saya yakin Rafizi, sebagai seorang politikus yang pintar, tahu mengenai wujudnya BAFIA dan kesalahan membocorkan rahsia pelanggan bank.
Jadi, sama ada beliau melakukannya kerana mahukan pertabatuan politik – political milage – atau kerana mengambil berat kebajikan umum – altruism – undang-undang tetap undang-undang.
MENGAPA RAFIZI LETAK JAWATAN?
Oleh: MSK
Tun Daim Zainuddin berjumpa dengan Dr. Mahathir di US pada tahun 1978 dimana Mahathir memujuk Daim supaya pulang ke Malaysia untuk bertanding didalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Dr. Mahathir juga menawarkan Daim jawatan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
Daim tidak berminat dengan jawatan Pengerusi UDA yang mana dikatakan terlalu besar, terlalu birokratik dan terlibat dalam banyak perkara dalam satu masa. Sebaliknya, Daim mencadangkan supaya UDA menubuhkan satu syarikat induk supaya semua harta syarikat boleh dipindahkan ke syarikat induk.
Peremba diwujudkan sebagai syarikat induk UDA dan Daim menjadi Pengerusi non-eksekutif dan dianggotai oleh beberapa pegawai muda dan bijak untuk membantunya. Diantara yang terpilih ialah Tan Sri Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Samsuddin Abu Hassan, semuanya dikenali sebagai kroni-kroni Umno.
Hari ini, kita akan bercakap tentang Wan Azmi, dan untuk mengenali dengan lebih banyak tentang Wan Azmi, boleh baca disinisini dan sini. Dan mengapa kita mahu bercakap tentang Wan Azmi? Sebab Wan azmi adalah salah seorang daripada jutawan yang membiayai parti-parti pembangkang.
Tak kisah la semua tu. Lagipun, semua orang perlukan wang untuk memenangi pilihanraya., terutamanya Umno dan Barisan Nasional yang akan membelanjakan tidak kurang dari RM1.5 billion dalam PRU akan datang nanti. Oleh itu, Pakatan Rakyat juga memerlukan tauke-tauke Malaysia, Amerika dan juga dari Timur Tengah untuk membantu mereka dalam PRU nanti.
Tetapi, Wan Azmi adalah orang Daim dan kroni Umno. Dia menjadi kaya melalui Daim dan Umno. Jadi, mengapa dia membantu pembangkang? Adakah dia sudah berubah? Adakah dia sudah bertaubat? Adakah dia sudah sedar bahawa dia telah merompak kekayaan negara dan sekarang mahu mengembalikan duit itu dengan membantu pembangkang? Ataupun…adakah dia Kuda Trojan untuk cuba untuk menghancurkan pembangkang?
Sebenarnya, Wan Azmi bukan saja membiayai pembangkang..khususnya PKR. Orang kanan Wan Azmi, Wong Chen, yang memainnkan peranan besar dalam cubaan Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, sekarang merupakan pakar strategi didalam PKR, bersama dengan Rafizi Ramli yang mendedahkan isu lembu NFC. Seorang lagi didalam team strategi itu ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR yang juga merupakan Setiausaha Politk Khalid Ibraim sebelum Faekah Husin mengambil alih.
Nik Nazmi dan Rafizi merupakan orang kuat Azmin dan juga merupakan “senjata rahsia” untuk menghalang kemaraan Nurul Izzah. Dan semua mereka ini patuh kepada Azmin dan mereka akan memastikan bahawa Nurul Izzah tidak akan menjadi pengganti Anwar.
Rafizi sebenarnya mahu bertanding sebagai Ketua AMK dalam pemilihan parti 2010 dan dia mahukan Nurul Izzah sebagai regunya kerana dia tahu bahawa dia hanya boleh menang sekiranya Nurul Izzah berada dalam team nya. Tetapi Nurul Izzah tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK. Dia mahu bertanding jawatan Naib Presiden. Rafizi tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua AMK.
Khalid Ibrahim tahu bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang Azmin. Lantas dia menggantikan Nik Nazmi dengan Faekah, yang merupakan orang Wan Azizah. Sudah semestinya, orang-orang azmin mencuba untuk menyingkirkan Faekah tetapi setakat ini mereka masih belum berjaya kerana Khalid masih dibelakang Faekah. Dan ini menyebabkan Azmin sakit hati.
Harapan orang-orang Azmin ialah mahukan Nurul Izzah tewas di Lembah Pantai dalam PRU nanti dan akan mematikan karier politiknya.Kemudian, dalam pemilihan parti berikutnya, Azmin akan bertanding jawatan Presiden dan Rafizi sebagai Timbalan manakala Nik Nazmi akan bertanding jawatan Naib Presiden.Dan dengan bantuan Wan Azmi, semua ini mungkin menjadi kenyataan. Wan Azmi malah sanggup menabur puluhan juta ringgit untuk membantu Raja Nong Chik menewaskan Nurul Izzah.
Perletakan jawatan Rafizi baru-baru ini dan serangan terhadap Faekah bukanlah isu terpencil ataupun tidak berkait rapat. Ini adalah perancangan beberapa pihak untuk menghalang cita-cita Azmin, dan Rafizi merupakan mangsa tindakan balas dari pihak-pihak tersebut. Rafizi kecewa kerana Anwar tidak membantunya sebaliknya mengambil sikap lepas tangan. Itulah juga sikap “pecah dan perintah” yang dilakukan oleh Anwar yang menyaksikan Ezam Mohd Nor keluar dari parti atas alasan yang sama.
Anwar tidak berapa suka dengan Khalid yang dilihat sebagai tidak boleh dikawal. Anwar sendiri mengakui hal ini pada tahun 2010 tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan kerana Wan Azizah, melalui orang kuatnya, Faekah, berdiri teguh dibelakang Khalid. Jadi sekarang, ada dua team. Satu team Azmin yang disokong oleh Anwar dan satu lagi team anti-Azmin yang disokong oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Siapa kata politik tidak menarik? Tapi yang lebih menarik ialah: apakah peranan Daim dalam semua ini? Apakah Daim, melalui orangnya Wan Azmi mahu melakukan perubahan dan mahu melihat Umno dikuburkan? Atau Daim lebih berminat untuk melihat PKR terbahagi dua dan melalui Wan Azmi, memastikan bahawa mereka mempunyai wang yang banyak untuk memastikan PKR terkubur?
Apa pun, Dr. Mahathir sekarang merupakan Ketua Umum Umno. Itu semua kita tahu. Apakah tidak boleh kita mengandaikan baahwa Daim, melalui Wan Azmi juga adalah Ketua Umum PKR? Dan oleh kerana Mahathir dan Daim dalam satu team, apakah tidak boleh kita katakan bahawa Mahathir juga adalah Ketua Umum PKR?
Sheeshh….dalam politik kita tidak akan  tahu, siapa kawan atau musuh sebenar.

(Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal, Does Daim now ‘control’ PKR? dari Malaysia Today.)
Kongsi Artikel ini:-


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/04/krisis-pkr-sebab-rafizi-letak-jawatan/

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]