Najib Sudah Tunjukkan Keikhlasan, Mana Yang Lain?
Oleh Chang Loong Yan/ penulis bebas
Pada Rabu malam perdana menteri Najib mengumumkan pihak kerajaan akan mansuhkan akta hasutan 1948, dan digantikan dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional, bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat dan keharmonian dalam keagamaan.
Apabila Memberi Cadangan Paparkan Keikhlasan
Pihak parti pembangkang dan parti pemerintah, orang-orang dibidang undang-undang dan masyarakat pada dasarnya mengalu-alukan serta memberi sokongan kepadap pengumuman Najib. Dalam pada masa yang sama semasa memberi galakan ada sesetengah orang masih rasa tidak puas hati dan masih rasa tidak mencukupi. Setiausaha DAP Lim Guan Eng, penasihat DAP Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh sebulat suara mengatakan jika benar-benar Najib ikhlas untuk lakukan perubahan, pihak kerajaan sepatutnya hapuskan tuduhan kesalahan menghasut yang dikenakan ke atas mereka bertiga.
Tindak balas itu dikatakan seperti tindak balas sebuah robot, sangat mudah untuk dijangkakan. Apabila Najib membuat sesuatu pengumuman yang besar, Lim Kit Siang dan beberapa orangnya mahu pihak kerajaan tunjukkan keikhlasan, perlu buat itu dan buat ini, secara tidak langsung telah memberitahu orang ramai supaya orang ramai menyangkakan; apa yang Najib lakukan itu semua dikatakan taktik sahaja.
Mungkin mereka (DAP) mahu rakyat lupakan penggubal undang-undang itu, tetapi secara realitinya Najib telah paparkan keikhlasannya. Meminta pihak kerajaan mansuhkan akta hasutan yang ada sekarang, adakah mereka bertiga itu mahu memberitahu orang ramai: Najib ada kuasa untuk mengganggu perundangan?
Isu ini tiada kena mengena dengan keikhlasan, jika Najib dengar cakap dan ikut kata pandangan keluarga Lim dua beranak ini, adakah kita rasa risau dimana kita beri Najib kuasa yang begitu kuat dan tinggi itu; sebaliknya saya anggap Lim Kit Siang dan lain-lain serta wakil-wakil rakyat sepatutnya tunjukkan keikhlasan memberi cadangan dan pandangan berkaitan akta yang baru itu, tidak perlu menuding dan mengelirukan orang ramai melalui akhbar dan media.
Demokrasi Tidak Semestinya Maju Ke Hadapan
Dahulunya akta hasutan dan mana-mana akta yang kejam dianggap dan dikritik sebagai alat bagi pihak kerajaan membendung penentang kerajaan, alat untuk menghalang kebebasan-kebebasan suara rakyat. Pada satu tahap mungkin ia ada kebenarannya, sebaliknya kini Najib telah melalui beberapa siri perubahan cuba hapuskan persepsi itu.
Hari ini kita jangan anggap apabila kefahaman dan pandangan politik orang ramai ataupun mana-mana ahli politik apabila akta-akta lama telah dimansuhkan, mereka akan berubah pandangan. Cuba anda lihat NGO-NGO Cina yang ada sekarang ini, mereka paling suka memohon, merayu dan meminta kepada Perdana Menteri, mahu Perdana Menteri campur tangan urusan mereka, hantar memorandum kepada perdana menteri dan sebaliknya bukan hantar memorandum kepada menteri-menteri yang berkaitan.
Kami tidak anggap demokrasi itu semakin maju ke hadapan ataupun sebaliknya mundur ke belakang. Pada saat-saat tertentu apabila tiada undang-undang untuk mengimbangi krisis dan politik demokrasi dalam kebebasan bersuara dan kebebasan-kebebasan yang lain, mungkin anda salahkan pihak kerajaan kerana dikatakan orang-orang itu buat kerja tidak berkesan.
No comments:
Post a Comment