Wakil rakyat Umno, wakil rakyat lama
PETALING JAYA: Menjelang pilihanraya umum 13, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin ramai senarai menteri serta ahli parlimen yang sudah empat penggal atau hampir 20 tahun memegang jawatan.
Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.
Mendahului senarai tersebut tidak lain tidak bukan ialah Najib sendiri yang menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 32 tahun pada 1982 hingga 1986. Beliau sudah tujuh penggal menajdi wakil rakyat Umno.
Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lapan penggal sejak ahli Parlimen Pagoh pada 1978.
Tetapi wakil rakyat Umno paling lama yang masih berkhidmat ialah Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 1969 lagi.
Pemimpin kedua paling lama Umno ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mula menjadi ahli Parlimen Samarahan pada 1970.
Beberapa menteri sekarang juga boleh dianggap cukup lama terutama Datuk Seri Rais Yatim yang menjadi menjadi kabinet semasa Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.
Selain beliau, termasuk dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian), dan Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tidak terkecuali dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
`Kereta Mercedes’
Manakala bekas menteri yang masing menjadi ahli parlimen Umno ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Seri Shahrir Samad (Johor Baru).
Ini tidak termasuk senarai Adun di seluruh negara yang lebih 20 tahun memegang jawatan itu.
Mengulas perkara tersebut, tokoh politik veteran politik Umno, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, Umno memerlukan 60 hingga 70 muka baru yang berumur bawah 50 tahun bertanding dalam PRU 13.
“Tidak boleh meletakkan orang muda seratus peratus, biar 30 peratus orang lama. Ini gandingan terbaik Umno,” katanya yang menjadi wakil rakyat Umno selama tujuh penggal atau 30 tahun.
Mengenai perlukah Umno terus mencalonkan pemimpin veteran, Tengku Mahmud yang pernah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata, pertimbangan perlu dibuat mengikut pertimbangan semasa.
“Jika rakyat masih memerlukan mereka, beliau perlu bertanding. Dalam politik usia tidak menjadi ukuran sebaliknya prestasi dan kemampuan.
“Orang lama itu seperti kereta Mercedes. Walaupun sudah antik tetapi tetap disukai orang,” katanya.
Depa Kata Taib Mahmud Dah Lama Jadi Pemimpin Dan CM
Lamanya Taib Mahmud jadi Ketua Menteri Sarawak, betullah lama sangat tetapi kalau banding dengan Nik Aziz ..... sape lebih lama jadi wakil rakyat .... Isu yang dimainkan pembangkang di Sarawak tak habis-habis melainkan usia Taib Mahmud jadi wakil rakyat dan Ketua Menteri Sarawak tanpa melihat sendiri pada wajah dan diri mereka.....
Apa mereka tak sedar, merekalah yang merupakan parti paling ramai pemimpin sudah melepasi tarikh lupus tetapi masih tidak ada tanda-tanda mahu meletakkan jawatan.
Masih mahu berpaut dengan gelaran YB sampai mati walaupun sumbangan kepada rakyat kian merosot.
Lihat sahaja umur Kit Siang. Kit Siang berpindah randah demi mencari tempat selamat untuk terus kekal bergelar YB, bermula seawal 1969 di Kota Tinggi, kini Kit Siang sudah 42 tahun jadi wakil rakyat!
Begitu juga Karpal Singh, peguam berkerusi roda yang terlalu sibuk dengan firma guamannya tetapi masih tidak mahu melepaskan jawatan YB. Karpal dah berusia 71 tahun. Dia jadi wakil rakyat seawal 1974 di kerusi Alor Setar! Dah 37 tahun dalam politik.
Sebagaimana yang aku katakan awal-awal lagi, bagaimana dengan Nik Aziz. Nak bergayut sampai mati dengan gelaran YB dan jawatan MB Kelantan, itulah Nik Aziz Nik Mat.
Melepasi 80 tahun usianya, selalu sakit dan masuk keluar hospital. Dipilih sebagai YB Pengkalan Chepa pada 1967. Maknanya dah 44 tahun jadi YB. Lamanya sangat tuuu! Bagilah ruang dan peluang pada muka baru.
Hadi Awang pula berusia 64 tahun. Dipilih sebagai YB di Marang pada 1982. Dah hampir 30 tahun.
Akhirnya Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai YB Permatang Pauh pada 1981, sudah 30 tahun dalam politik. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, air ludah jatuh ke muka sendiri.
No comments:
Post a Comment