Thursday, September 6, 2012

ANTARA KEKUATAN INTELEK DAN FIZIKAL.


ATORY: KEKUATAN PEMIMPIN TERLETAK PADA DAYA PEMIKIRAN BUKAN FIZIKAL



Atory: Kekuatan pemimpin terletak pada daya pemikiran bukan fizikal
09:40am, 06 September 2012

Oleh Siti Sofia Md Nasir

SHAH ALAM: Meskipun mengalami masalah kesihatan yang serius, ia tidak menjadi halangan kepada mana-mana pemimpin untuk terus menjalankan tugas, kata Penganalisis politik, Professor Dr Ahmad Atori Hussain.

Malah ujarnya lagi seseorang ahli politik itu hanya memerlukan daya pemikiran yang tajam dan bukannya kekuatan fizikal.

"Pada pandangan saya, pemimpin politik tiada halangan atau peraturan untuk menghalang siapa-siapa dalam parti untuk bertanding asalkan ia disokong oleh parti dan rakyat.

"Dalam politik ini, ianya lebih kepada pemikiran bukan kekuatan fizikal," katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyebabkan beliau gagal menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan negeri itu.

Exconya, Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut menegaskan Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan.

Bagaimanapun, Azizan kembali menjalankan tugas rasminya bermula semalam selepas dua minggu mendapat rawatan kesihatan di Kedah Medical Centre (KMC).

Dalam pada itu, Atori berkata tiada had umur atau jangka masa kepada ahli politik untuk mentadbir asalkan individu tersebut masih mampu untuk berfikir dan boleh diterima masyarakat.

Sambil memberi contoh ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad, Atori menambah, tiada masalah sekiranya pemimpin itu hanya masuk hospital sekali-sekala.

"Dalam politik ini, tiada had umur sebenarnya. Janji dia boleh berfikir, dan fikirannya waras dan boleh diterima pentadbir dan rakyat, selagi itu boleh memegang jawatan.

"Tapi kalau setakat sakit masuk hospital sekejap-sekejap, saya rasa tiada masalah. Tun Mahathir semasa jadi Perdana Menteri pun banyak kali masuk hospital," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]