ANWAR MAHU JADIKAN MALAYASIA SEBAGAI REPUBLIK
Anwar mahu jadikan Malayasia sebagai republik
04:52pm, 05 September 2012
PETALING JAYA: Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh pagi tadi apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Barisan Bersatu Nambikaii (Nambikaii) mengadakan demonstrasi mencabar Ketua Umum PKR menyaman mereka.
Presidennya, Kalai Vanar mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.
NGO itu turut mendakwa Anwar mahu menghapuskan kuasa Sultan.
“Anwar Ibrahim saya percaya dia ada agenda, saya cabar dia buat laporan polis terhadap kami dan bawa ke mahkamah.
“Kita ada bukti dia adalah agen anasir asing kerana dia nak jadikan Malaysia (sebagai sebuah negara) republik, menghancurkan raja-raja dan sultan.
Kalai berkata tindakan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak menjemput serta memaklumkan kepada Sultan berkenaan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 baru-baru ini membuktikan gagasan itu sama sekali meminggirkan institusi kesultanan.
“Kita tengok sambutan kemerdekaan di Selangor, mereka tidak jemput Sultan. Ini adalah satu kes murtad. Ini adalah agenda kerana mereka ingin mewujudkan satu republik dan Anwar Ibrahim kalau dia berani, saya kata depan-depan, agenda dia ialah dia nak jadikan (Malaysia sebuah negara) republik, menghancurkan (kuasa) Sultan dan wujudkan republik.
“Sekarang dia tak mahu Perdana Menteri, dia nak jadi Presiden,” dakwa bekas orang kuat PKR itu.
Nambikaii juga memberikan tempoh seminggu kepada Anwar untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mencabul kedaulatan Jalur Gemilang.
Jika Anwar gagal berbuat demikian beliau berkata kumpulan itu akan berhimpun di hadapan Parlimen untuk mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri itu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
Anwar sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan beberapa individu yang lain yang bertndak mengibarkan sang Saka Malaysia pada malam sambutan kemerdekaan negara.
No comments:
Post a Comment