LAKONAN ANWAR SELAMATKAN PKR TEWAS DI SELANGOR
Lakonan Anwar selamatkan PKR tewas di Selangor
09:46am, 16 Ogos 2012
Oleh Abdul Rahman Malik
ULASAN: PARTI Keadilan Rakyat (PKR) cuma ada Selangor sahaja untuk dipamerkan sebagai dalil ia mampu memerintah. Sebab itu, tidak kira sama ada baik atau buruk rekod PKR di Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, ia terpaksa ditelan sahaja agar tidak melimpah menjadi kudis di ambang pilihan raya umum ke-13.
Sebab itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor terpaksa berlakon kononnya tidak banyak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran Khalid di Selangor. Walhal, masalah yang dihadapi bertali arus.
Jika tidak, mengapa Selangor perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi? Sudah tentu ini untuk mengizinkannya memberikan input parti dalam urusan Selangor. Ini juga adalah bagi mengendurkan rungutan dan kempen bisik berbisik anti-Khalid yang menular sejak tahun pertama pemerintahannya.
Dalilnya, masuk tahun kedua pentadbirannya, Khalid dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri dalam Kongres Tahunan PKR di Kota Bharu. Jika tidak serius masalah PKR dengan Khalid mengapa Anwar perlu pula mencelah dan menerima jawatan Penasihat Ekonomi Negeri?
Kini, ketika pilihan raya umum semakin dekat, Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendendangkan lagu memuji Khalid. Tujuannya ialah untuk menunjukkan tiada masalah beliau “menyelia dan menasihati” Khalid.
Anwar yang berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tahu banyak yang tidak kena dengan cara Khalid mentadbir Selangor. Isu air digonggong Khalid sejak hari pertama menjadi Menteri Besar. Namun sampai sekarang masih belum selesai.
Lazimnya Anwar sebagai Ketua Umum yang menentukan agenda dan halatuju parti. Namun tidak di Selangor. Khalid sentiasa mahu semua pihak, termasuk PKR, tahu beliau ialah bos mutlak di negeri terkaya di Malaysia itu.
Maka, Khalid pun menebar visi yang muluk dan menabur janji sesuka hati untuk memerintah caranya. Khalid menjanjikan projek berbilion ringgit dari pengurusan Sungai Klang. Kononnya projek itu bukan sahaja mampu merawat air Sungai Klang tetapi akan membuka peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat Selangor. Hingga hari ini habuk pun tak nampak.
Anwar tahu Khalid bermimpi dan diulet wawasan serta egonya sendiri. Namun Anwar tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika melucutkan Khalid dari jawatan Ketua Perhubungan Negeri PKR, Anwar yakin beliau boleh melentur Khalid. Sebab itu Anwar memilih untuk menjadi Penasihat Ekonomi.
Namun semua pemimpin kanan PKR tahu hakikatnya tidak sedemikian. Khalid degil dan mempunyai ego terlalu besar. Untuk meremehkan pantauan PKR ke atasnya, Khalid menggunakan Setiausaha Politiknya Faekah Husin sebagai penghadang kemarahan PKR terhadapnya.
Khalid tahu Faekah wanita istimewa di hati Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar. Jika Faekah jadi jurubicara bagi Khalid, Wan Azizah pasti menerima tanpa banyak cerewet. Maka ahli barisan pimpinan yang tidak setuju dengan cara pengurusan negeri Selangor oleh Khalid terpaksa “makan hati”.
Di sebalik itu, Anwar terpaksa mendiamkan diri daripada membuat komen terbuka tentang gelagat negatif Khalid yang menjengkelkan parti. Hendak diturunkan Khalid daripada jawatan Menteri Besar akan mempamerkan kepincangan kepemimpinan PKR.
Maka pilihan yang tinggal bagi Anwar ialah mendiamkan diri daripada melaksanakan tugas hakiki seorang penasihat ekonomi. Isu Talam, Anwar berdiam diri; isu UNISEL, Anwar berpeluk tubuh; isu air, Anwar kelu untuk memberi ulasan kerana kerja mudah sebegitu mengambil masa lebih empat tahun pun belum selesai.
Apa yang Anwar boleh lakukan ialah gunakan taktik psikologi imbal balik (reverse psychology). Jika beliau kerap memuji kepemimpinan Khalid, mungkin itu akan melunturkan sedikit “keras hati” Khalid dan beri peluang Anwar “memberi nasihat” mengenai urusan ekonomi negeri.
Atau, setidak-tidaknya ia akan “menggentarkan” sedikit pengkritik Khalid di kalangan pemimpin parti bahawa jangan cuba mencabar keakraban hubungan beliau dengan bekas tokoh korporat itu.
Ketika semakin ramai pemimpin PKR menjeruk rasa, Anwar berharap ia akan mengalihkan pandangan mereka pada pilihan raya umum dan kurang mengkritik Khalid.
Harapan Anwar dengan memuji Khalid, di mata rakyat Selangor Khalid akan kelihatan seorang tokoh korporat sejati dan memberi PKR peluang mempertahankan satu-satu negeri di bawah pentadbirannya. Selamat berlakon Anwar!

No comments:
Post a Comment