Wednesday, September 19, 2012

KEMPEN 2 J - (JANJI DAN JAMIN) PR DI SABAH DAN SARAWAK.


Janji sedap PR untuk Sabah Sarawak tapi tiada isi




Merujuk deklari Kuching yang dilaporkan Sabahkini sini, berikut adalah ikrar mereka dan ini pula jawapan:

Kerjasama bersekutu;
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Ini hanya manifesto yang kemudian hari

Perwakilan yang adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.


Macam mana nak kongsi kuasa jika dalam PKR pun hanya anak beranak saja yang memegang jawatan. Begitu juga dalam DAP.

Apa benda nak kongsi kuasa jika  PKR dan PAS tiada tempat dalam Sabah dan Sarawak?

Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.


Isu PATI isu jelas. Isu kewarganegaraan untuk orang stateless yang perlu dijawab dengan jelas. Isu ini ada di sana sini. Adakah orang Sabah dan Sarawak biarkan rakyat pribumi dan orang berasal Phillipine mahu dijadikan macam orang Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan?

Mereka dah duduk bergenrasi dan anak cucu mereka lahir di Malaysia, kenapa kita tak kasi kewarganegaraan?JIka kewarganegaraan mereka dinafikan, kenapa pula Pakatan rakyat mengembarkan isu kaum India yang sedang diusahakan tapi masih belum dpaat kewarganegaraan?

Masa merdeka ratusan ribu kaum Cina tidak ada dokumen dan tidak layak jadi warganegara dan akhirnya dapat kewarganegaraan tapi sedihnya da mereka yang pulang ke kampung mereka di China dan jual passport. Apa DAP nak ajwab? 

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.


Cakap retorik saja. Ini sedang dan sentaisa diselesaiakan. Kebanyakkannya adalah claim yang tidak ada asas. Namun begitu dah banyak kerajaan negeri mengalah.

Percayalah bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dalah hitam putih dna tidak ada tolak ansur. Mereka lebih mekanikal dalam implementasi polisi.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.


Cakap tak serupa bikin. Kalau boleh itu yang mahu dilakukan untuk Sabah dan Sarawak. Buat apa kerajaan Pusat perlu hantar ramai2 orang Semenanjung jadi polis, askar, jururawatn guru, pensyarah dan lain2. Masalaalhnya rakyat Sabah dan Sarawak tidak cukup kelyakkan minima untuk mengisi jawatan2 asas ini, inikan pula jawatan tinggi.

Harap utamakan pendidikan dan kemajuan sumber insan Sabah dan Sarawak dari tak habis2 berpoliik dan main politik katak yang tak mendatangkan hasil langsung.

Sebenarnya urusan kewangan persekutuan dah diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan apa lagi mereka mahu tawarkan dalam hal kemandirian?

Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.


Cuba mereka ini jelas dalam hal ini..

Ada negeri tidak layak royalti seperti Kelantan mahu diberi royalti 5%. Subsidi minyak nak dinaikkan supaya minyak bertambah murah. Kereta mahu dimurahkan supaya lebih ramai nak pakai pereta.

Sabah dan Sarawak mahu dinaikkan royaklti sedang kerajaan pusat dah naikkan peruntukan ngeri. Habis apa nak jadi kerajaan persekutuan? 


Kalau naikkan royalti, duit dari mana Petronas nak guna untuk labur dalam oil field??

Sabah dan Sarwak naikkan royalti, hibis tu negeri lain mesti nak naikkan juga. 

Tawaran yang menukmbulkan masaalah lain dan taida solution pula pada menyelesaikan masalaah seluruhnya. Janji dapat undi.

Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.


Cakap senang. Baiklah Semenanjung ada hinghway banyak2, Sabah dna Sarawak pun mesti ada hinghway banyak2.

Fikirkah pasal density rakyat yang tidka tinggi untuk highway jadi viable. Kalau adakah highway berdasarkan privaisatin dna tol, mampukah rakyat bayar?

Kos highway di Sarawak sangat mahal dan susah untuk dibangunkan. Tanah Sarawak tanah paya. Hari ini bina besuk hilang kerana dah tenggelam dalam tanah.

Janji memang sedap.

Pakatan boleh janji dan cakap dengan sedap dan merdu tapi apa spesik dalam rancangan mereka. Apa program untuk jadikan? 


Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.   

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching.   Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1.      Kerjasama Bersekutu

2.      Perwakilan Yang Adil

3.      Kewarganegaraan

4.      Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat

5.      Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah

6.      Keadilan Dalam Isu Minyak

7.      Pembangunan Sekata

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.  

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji.   PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.  

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.  

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka.  Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.  

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama ‘undang-undang’ dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat.  Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.  

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih.  Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya. 

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin.  Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius.  Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.   

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain. 

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.  

Contohnya, ‘menolak dan menentang hudud adalah tidak sama’.  Atau ‘bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama’.  Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah ‘manifesto PR bukan janji’.  

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti.   Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.  

Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa ‘Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai'

Deklarasi Kuching PR:  Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]