Thursday, September 27, 2012

"MAT SOM" PAS DILANDA TSUNAMI CERCA MERBA?


Selain hukum hudud, isu yang bakal mengalir masuk dan boleh menaikkan darjah kepanasan darah para pemimpin PAS ialah apabila melihat gelagat salah seorang bekas pemimpin tertinggi parti yang dilihat lebih cenderung “masuk UMNO” walaupun dinafikan oleh Nasharudin Mat Isa mengenai spekulasi tersebut.
Setelah tersiarnya gambar di muka depan Utusan Malaysia beberapa hari lalu Nasharudin , bekas Timbalan Presiden PAS bersama Perdana Menteri dalam satu majlis di Mekah, mengesahkan pendapat bahawa beliau sebenarnya sedang bersemangat untuk meninggalkan parti itu kerana melihat terlalu banyak perbezaan.
Salah seorang pemimpin muda PAS, Nasharudin Hassan Tantawi (kemudiannya disebut Tantawi) yang mengepalai sayap pemuda parti tersebut seolah-olah kurang yakin dengan kepentingan perjuangan Nasharudin Mat Isa terhadap Islam kerana yang lebih tepat ialah menerusi PAS dan bukannya UMNO.
Ramai yang melihat kenyataan Tantawi kali ini masih belum matang kerana perjuangan Islam itu sebenarnya tidak semestinya boleh dilaksanakan menerusi parti politik, kerana parti politik hanyalah satu saluran daripada beribu-ribu lagi saluran. Tantawi nampaknya dangkal pemikirannya dalam memahami perjuangan Islam kerana Nabi Muhammad SAW berjaya meletakkan agama ini sehingga tersebar ke seluruh penjuru alam bukanlah atas dasar parti politik.
Penelitian beberapa kajian mengenai pembentukan pemerintahan Islam sama ada menerusi kekuatan penyatuan kabilah di Madinah tidak dijelmakan menerusi apa yang sedang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang menerusi heboh Buku Jingga. Kekuatan yang menyatukan seluruh orang Islam ialah keinginan untuk hidup sempurna dan diredhai oleh Allah SWT kerana apa yang diamalkan semasa hayatnya itulah menjadi bekal untuk akhirat, sama ada diterima sebagai penghuni syurga atau neraka.
Menjadi dan menyokong PAS bukanlah tiket untuk ke syurga, kerana lebih banyak yang dilaksanakan oleh parti itu boleh diironikan sebagai suatu percanggahan besar dengan apa yang mereka sendiri percaya dan yakin dengan ajaran Islam. Misalnya, dalam Islam walau apapun tujuannya, berbohong tetap menjadi kesalahan jenayah dan dosa besar.
Bahkan dalam persoalan penerimaan hukum hudud antara PAS dan DAP, Tantawi sudah melakukan pembohongan besar tetapi setelah sedar berlaku kesilapan pemahaman ikonoklas itu beliau tidak juga memohon maaf secara terbuka. Karpal Singh terus memberikan ingatan bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas sepatutnya boleh mengajar PAS mengenai kedudukan sebenar Malaysia sebagai negara sekular kerana pada tahun 1988, sebelum kontroversi bidang kehakiman berlaku, itulah keputusannya.
Kali ini Tantawi masih mengamalkan prinsip penakulan yang sama dengan ikonoklastik “hukum hudud” dengan melontarkan tanpa PAS, perjuangan Islam tidak bermakna kerana Nasharudin Mat Isa lebih memerlukannya, UMNO tidak mempunyai ruang yang cukup luas. Benarkah pandangan itu boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia melihat kepada reality yang berlaku dan diteropong menerusi teropong sejarah, walaupun seorang daripada pakar sejarah turut mengagung-agungkan sejarah perjuangan puak kiri.
Apakah PAS telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangunkan citra Islam di Malaysia? Buktinya apa dan di mana? Orang tidak boleh memahami niat seseorang yang belum dijadikan realiti itu sebagai kebenaran, kerana kebenaran itu mesti ada tanda dan petunjuknya. Dari segi agama Islam itu sendiri kita menyedari dan memahami bahawa banyak tanda-tanda tentang kebesaran dan kadilan Allah SWT, yang dapat kita lihat menerusi tanda fizikal dan kita rasainya secara sedar.
Bahkan jika nak melihat kebenaran yang lebih kecil sekali pun kita memerlukan bukti, tanpa adanya bukti ia hanyalah sebuah dakwaan, ilusi ataupun mimpi. Kalau ianya berlaku di siang hari maka ia boleh kita namakan sebagai “mimpi siang” tetapi bila berlaku waktu malam ia adalah “igauan ngeri” dan bila kedua-duanya bercantum sehingga membentuk etosnya sendiri, kita boleh maksudkannya sebagai ilusi.
Apabila bekas Timbalan Presiden itu memberikan pandangan yang tidak selari dengan keingin parti yang sudah dikategorikan sebagai “cacamerba” maka ramailah pejuang-pejuang tanpa tombak dan asas penakulan yang baik membuat tafsiran bersalah. Dari satu aspek “mesabitkan” perbezaan pandangan itu sebagai satu kesalahan itu sendiri sudah melampaui konsep “khilaf” yang tidak diharamkan oleh Islam asalkan perbezaan itu tidak membawa kepada keruntuhan keimanan, pemesongan syahadah dan menuju arah syirik dan kemaksiatan.
Apabila beliau membidas Karpal Singh yang menentang pelaksanaan sistem perundangan Islam bukan bermakna bencikan PAS yang semakin tawar hati untuk “berdakwah” kepada bukan Islam agar boleh menerima “sistem perundangan Islam.” Natijahnya ada petunjuk bahawa perjuangan menegakkan “sebuah negara Islam” bukanlah perkara baharu ditimbulkan oleh PAS dalam tempoh sebulan dua ini, kerana perjuangan tersebut sudah termaktub sejak Hizbul Muslimin lagi sebelum ianya diharamkan. Asas itu kemudiannya dimasukkan dalam Parti Islam SeMalaya pada zaman awal penubuhannya pada tahun 1951.
Bagaimanapun, kaedah “menegakkan negara Islam” menurut acuan dan kerangka pemikiran politik PAS masih belum dilihat dengan jelas sehingga menyebabkan pernah dicabar untuk menyatakan modelnya. Apabila cabaran itu tidak disambut, ramailah pemimpin PAS gelagah dan kemudiannya menubuhkan sebuah pasukan untuk mengkaji mengenai model “negara Islam”. Setelah digelidah dan dibahas secara “kurang serius” akhirnya sebuah buku kecil “negara Islam” telah dikeluarkan pada tahun bulan November 2003, yakni hampir sedekad lalu.
Dokumen setebal 32 halaman itu disediakan oleh cerdik pandai dan pemimpin bodoh-sombong PAS yang mengambil masa selama dua tahun dilihat sebagai reaksi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad serta seorang wakil pemuda PAS yang mahukan modelnya dijelaskan dalam muktamar parti ke-49.
PAS melancarkan tuduhan “menyerbu kerajaan” sebagai sekular, taghut, perlembagaan negara adalah perlembagaan jahiliyah, UMNO kafir “berikat” kerana berkawan dengan MCA dan MIC dalam Perikatan dan seterusnya BN, akhirnya panas membara apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1979 dan seterusnya penyertaan Anwar Ibrahim pada tahun 1981, dengan mengeluarkan fatwa keras “bermusuh dengan UMNO” sampai boleh mendapat kesyahidan sekiranya kalah atau mati dalam “perang” itu.
Melihat kepada fatwa mati syahid, jihad dan halal “membunuh orang UMNO” kerana “kafir” sudah membawa maksud PAS sebenarnya sebuah parti yang hanya menggunakan Islam untuk menghalalkan matlamat politiknya. Cuma para pemimpin bijak berselindung di sebalik ayat-ayat tertentu dan kepetahannya berbahasa Arab, mendapat reaksi positif daripada masyarakat Melayu yang hanya lancar menghafal al-Qur’an tetapi tidak mengetahui dengan baik maksudnya.
Membunuh sesame manusia adalah satu kesalahan jenayah tanpa sebab musabab yang kukuh, terutama yang melibatkan hak mempertahankan diri apabila diancam secara tidak beretika dan terkeluar dari norma budaya serta undang-undang. Maknanya, membunuh tetap dibenarkan secara unversalnya seandainya mangsa adalah mereka yang melakukan jenayah, dalam peperangan dan mempertahankan diri dari ancaman.
Dari perspektif ini “membunuh” kerana berbeza pegangan politik atau menjadi ahli parti politik yang lain tetap menjadi tindakan yang haram. Maka, apabila fatwa besar yang dikeluarkan oleh Haji Hadi pada tahun 1981 itu jelas membawa maksud mencaci kesucian Islam yang menghargai nyawa seseorang manusia bahkan memusnahkan hidupan lain pun dimurka kalau tidak dengan kewajarannya. “Membunuh” orang UMN sebagai O dalam konteks Malaysia, (maaf UMNO dan PAS tidak muncul parti politik di lain-lain negara) adalah suatu kesalahan jenayah dan haram.
Usaha PAS menghalalkan “membunuh” bererti dari segi realitinya PAS bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam kerana keperluan asas manusia untuk hidup tanpa prasangka telah dimatikan menerusi “fatwa jihad”. Maknanya, PAS mengandaikan bahawa semua kelompok yang memimpin parti mereka sebagai “maksum” yakni tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan, ada imuniti. Setiap apa yang dilakukan walaupun “membunuh” ia tetap dinilai sebagai keperluan bagi menjaga perjuangan dogmatik PAS dalam kerangka celupkan tepung Islam.
Ramai juga rakyat Malaysia melihat bagaimana parti itu melayan seseorang yang sudah tidak lagi boleh menyumbang ataupun memutuskan hubungan politik dalam PAS. Dalam tempoh empat tahun terakhir ini, sejak PAS bergabung dengan DAP dan PKR membentuk ideologi sosialisme dalam pakatan pembangkang, semakin ramai tokoh-tokoh mereka bangkit memberikan cabaran kepada kepimpinan baharu yang teramat ketara menyanjung tinggi anwarisme.
Bagi menutupi persoalan tersebut, DAP dan PKR terus memainkan peranan lebih agresif menyerang keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan sebagai “peniruan buku Jingga”, walaupun buku tersebut bukanlah boleh ditafsirkan sehebat program-program pembangunan yang realistic dan ada “roadmapnya” dengan jelas, PAS turut mensenadakan keperluan perjuangan Islam untuk “negara berkebajikan.” Sebenarnya, PAS cuba mengeksploitasikan kerangka dan projek-projek kerajaan persekutuan sebagai reality politik hasil perjuangan mereka sendiri. Bukankah perkara tersebut juga merupakan satu pembohongan?
Baru-baru ini, beberapa hari dalam bulan Ramadhan, seorang wakil rakyat PAS mengadakan Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Semerak di Kuala Lumpur. Menurut seorang rakan yang hadir dalam majlis tersebut, wakil rakyat berkenaan dalam ucapan ringkasnya memerihalkan bahawa hasil perjuangan PAS maka Tok Bali begitu pesat membangun sebagai bandar pendaratan perikanan yang terbesar di Pantai Timur.
Bagi membantu membangunkan Tok Bali sebagai kawasan pertumbuhan, maka beberapa hari sebelumnya dilancarkan pelan pembangunannya yang cuba nak menandingi apa yang menjadi tradisi Kuala Lumpur mempamerkan kepada umum pelan pembangunan jangka sederhana sebagai Pelan Struktur Kuala Lumpur. Bagaimanapun, saya amat mengharapkan cadangan pembangunan Tok Bali sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi dapat dipamerkan secara terbuka untuk mendapat rundingan awam, kerana ramai yang berminat.
Menurut wakil rakyat tersebut, Tok Bali dibangunkan dengan perjuangan PAS maka terbuka satu lagi pembohongan kerana Tok Bali sebelumnya merupakan kawasan tanah beris yang hanya ditumbuhi oleh pokok-pokok gajus, jembal, mengkuang, duri badam, kemunting dan menjadi lubuk “biawak pasir”. Pembangunan Tok Bali sebenarnya bermula apabila kerajaan persekutuan membuat keputusan untuk membangunkan semula lapangan terbang di Gong Kedak sebagai pusat strategik tentera udara, maka penduduk-penduduk di sekitarnya dipindahkan ke Tok Bali.
Pemandangan Tok Bali pada tahun 1970-an dan 1980-an hanyalah menghijau pemandangannya apabila penerokaan penanam-penanam tembakau di luar musim kerana keadaan tanahnya yang poros dan tidak menyerap air yang banyak. Proses penanam tembakau di luar musim tidak mendatangkan hasil yang baik di kawasan-kawasan tanah gambut atau liat, kerana faktor penyerapan air yang banyak boleh menyebabkan takungan air mengambil masa lama untuk kering.
Tun Dr Mahathir sebenarnya telah tertarik dengan keindahan kawasan persekitaran laluannya dari Kota Bahru ke Cherang Ruku menerusi Tok Bali dan menggunakan jambatan kayu selorong pada tahun 1997. Ketibaan Tun Dr Mahathir itu adalah meraikan kemenangan UMNO/BN menentang calon PAS yang pernah dikaitkan dengan skandal pemilikan tanah di Pulau Kambing (kini didirikan sebuah hotel lima Bintang di Kuala Semerak) dan tanah rezab rumah pam Cherang Ruku serta terbabit dengan isteri orang, sebagai simbol perjuangan mengembalikan Kelantan ke pangkuan BN untuk PRU pada tahun 1999.
Secara berseloroh Tun Dr Mahathir seolah-olah memohon pertimbangan khalayak yang hadir pada petang itu, jika boleh menukarkan pemandangan indah sepanjang perjalanan tersebut ditukarkan di Kedah. Maknanya Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Tok Bali mempunyai potensi yang besar walaupun kuala sungai yang menjadi kawasan pendaratan ikan itu sebenarnya buatan, manakala kuala asal berhampiran hotel lima bintang sudah terkambus kemudiannya, hasil pemikiran anak-anak Kelantan sendiri yang berada dalam kerajaan persekutuan.
Kalau sebelumnya pembangunan hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai potensi tanah pertanian seperti yang pernah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh membangun kearah Selatan –yakni Gua Musang dengan memulakan pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dan jalan keselamatan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang. Ini seterusnya membuka peluang membangunkan Kelantan kerana sebelum perhubungan jalan raya untuk sampai ke Kelantan hanyalah menerusi Kuala Lumpur-Kuantan-Kemaman (Kijal) –Dungun-Kuala Terengganu-Jertih-Kota Bahru.
PAS yang memerintah semula Kelantan pada tahun 1990 sebenarnya sudah memperoleh projek-projek tersebut. Soalnya, semua orang tahu sewaktu Kelantan diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 hingga 1973, tidak banyak kemudahan yang berjaya disediakan sebalik, kerajaan dikatakan terpaksa berhutang untuk membayar gaji kakitangannya kerana tidak mempunyai sumber kewanga. Bahkan, turut menjadi isu perbalahan dalam PAS sendiri ialah pemilikan tanah yang begitu luas oleh syarikat asing di Hulu Kelantan.
Sejak BN memerintah Kelantan pada tahun 1974, Kelantan menerima limpahan pembangunan yang besar termasuk pembinaan Kota Darul Naim yang menjadi gelanggang silat politik Mursyidul Am . Sebaik sahaja pembinaan Kota Darul Naim selesai, PAS kembali memerintah Kelantan atas dokongan ahli-ahli UMNO yang kecewa kekalahan Tg Razaleigh lawan Mahathir pada tahun 1987 dalam pemilihan jawatan presiden UMNO. Plihan raya umum 1990, maka PAS bertapak semula sebagai pentadbir, dan sejak itulah PAS terus berbohong dengan slogan “membangun bersama Islam” dan mengisytiharkan Kota Bahru sebagai Bandar Raya Islam.
Setelah slogan membangun bersama Islam dilakarkan, persoalan unik peristiwa rakyat Kelantan masih belum menjelma menjadi sesuatu yang positif yang boleh dikaitkan dengan Islam yang syumul dan bertamadun. Hasil adunan politik panas baran pemimpin-pemimpin PAS, maka setiap tahun menjelang Syawal, bilangan mereka yang menjadi mangsa mercun paling ramai ialah anak-anak Kelantan kerana kerajaan Kelantan sebenarnya tidak berusaha menyekat keburukan.
Kerajaan hanya sekadar berdiam diri dan mengharapkan kerajaan persekutuan yang mengawal kesemuanya, maka kepimpinan PAS sebenarnya melepaskan tanggungjawab menjamin keselamatan dan ketenteraman rakyat. Kita tidak pernah mendengar dengan bahasan yang serius bagaimana pemimpin-pemimpin politik dan ulama politik PAS boleh turun padang bersama polis dan tentera memperkuatkan kesedaran kepada rakyat. Apakah kerajaan PAS sedar, tanggungjawab tersebut turut menjadi keutamaannya, bukan hanya dibahukan kepada polis dan tentera.
Apa kerajaan PAS Kelantan sudah duduk semeja dengan polis untuk memerangi jenayah? Apa yang kerajaan Kelantan laksanakan untuk mengurangkan pengidap HIV /AIDS yang terang-terang diakui oleh salah seorang wakil rakyat PAS, Kelantan mencatatkan perangkaan tertinggi kerana ada potensi yang dekat dengan kegiatan pelacuran negara jiran dan penyalahgunaan dadah. Bahkan, berita pelik dan ajaib juga banyak bermula di Kelantan termasuk remaja melakukan hubungan seks dengan binatang.
Ini membayangkan bahawa PAS sebenarnya telah gagal menjadikan rakyat Kelantan menjadi lebih dekat dan mengamalkan Islam yang betul dan benar. PAS hanya mendidik rakyat Kelantan untuk mempercayai seseorang tok guru sehingga tidak ada cacat-celanya, bahkan semua kata-kata tok guru dilihat seperti “mulut masin” dan penuh kekeramatan.
Tok guru bagaikan seorang yang “maksum” walaupun ada ketikanya, cara tok guru memandang rakyat yang dipimpinnya objek yang mudah lentur menerusi penggunaan beberapa potong ayat al-Qur’an meskipun konteksnya salah, kerana mereka sebenarnya tidak diajar untuk memahami makna. Mereka diajar sejak kecil untuk menghafal. Itulah sebenarnya kekuatan yang ada pada PAS untuk mempertahankan pengaruh politiknya. Ia berjaya melahirkan pemikira jumud dan pemujaan personality.
PAS berjaya membangkitkan kekeliruan minda rakyat mengenai nilai-nilai Islam berbanding nilai-nilai politik kerana keduanya tidak boleh dipisahkan, tetapi dalam masa yang sama, Mursyidul Am PAS memperlihatkan pendirian munafiknya, kerana perbincangan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri hanya boleh berlangsung asal bukan mengenai politik. Maknanya, pemimpin PAS sendiri sudah memisahkan parti politik dan agama sebagaimana dikategorikan sebelumnya sebagai budaya toghut yang berpaksikan nilai-nilai sekular.
Bila bekas Timbalan Presiden PAS dikritik kerana hadir bersama Perdana Menteri membincangkan krisis Syria di Mekah, menjadi satu lagi bukti bahawa PAS sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam, tetapi memperjuangkan budaya taghut dan sekular. Apa tidaknya, keterbukaan dan kewarasan Nasharudin dipertikaikan sehingga ada yang menggesa agar dipercat atau meninggalkan PAS. Maknanya, PAS tidak memerlukan pemimpin yang mempunyai fikiran terbuka. PAS lebih menyanjung pemimpin-pemimpin yang bersifat badut–Mat Sabu, Mahfuz Omar; penjilat tanpa rasionaliti –Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Amar Nik Abdullah; berfikir separuh masak –Husam Musa, Nik Abduh, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusuf; semberono dan t0lol –Mustapha Ali; dan kaki laga (bergaduh).
Realitinya, PAS menganggap dirinya sahajalah yang lebih baik sehingga pemimpin-pemimpin besar mereka mencapai tahap “maksum”. Itulah juga apabila dipersoalkan rakyat mengenai janji-janjinya terdahulu pemimpin PAS mula mencari helah baru untuk tutupkan kes, misalnya bila Jambatan Sungai Kelantan dipersoalkan, ditonjolkan pula Lebuh Raya Kota Bahru –Kuala Krai atas prinsip wakaf, maknya, wakaf itu bukanlah dalam erti sebenar kehendak Islam, tetapi wakaf sebagai politik orang bermain dam dan terup keling ketika menunggu waktu berbuka sepanjang Ramadhan.
PAS sepatutnya sudah menjadi sebuah parti yang matang kerana usianya sudah menjangkau umur persaraan dan tentunya Mursyidul Am PAS yang sudah lebih empat dekad dalam politik ikut bersara secara terhormat, kerana kecenderungan pemimpin-pemimpin Islam semakin lama memerintah dan berkuasa, semakin kuatnya kaitan dengan kaedah kuku besi, korupsi dan salah guna kuasa. Apakah hal tersebut tidak berlaku sepanjang kepimpinan Nik Aziz Nik Mat selama 22 tahu sebagai Menteri Besar. Itulah yang sepatutnya dibahas oleh pemimpin PAS kalau mahukan orang ramai terus hormat dan sayangkan PAS atas dasar keislamannya.
Saya sebenarnya amat bersetuju dengan rencana pengarang Berita Harian 18 Ogos 2012. Biarlah saya petik para terakhir lidah pengarang itu:

PAS patut mencerminkan diri kerana perjuangan Islam tidak sekadar di bumi Kelantan dan beberapa kawasan di utara. Perjuangan Islam bukan sekadar retorik murahan untuk mendapat laungan takbir daripada ahli. Perjuangan Islam melangkaui sempadan politik dan masa. PAS perlu tarbiah diri daripada melihat Nasharudin sebagai ancaman kepada tokoh mereka yang tidak lagi relevan.”


Muhamad Irfan Iskandar

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]