Pilihan Raya Berasingan : Seng Giaw Bidas Anwar
SHAH ALAM 14 Sept - Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw hari ini membidas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengadakan pilihan raya berasingan di Selangor.
Menurutnya, cita-cita PKR untuk mengadakan pilihan raya yang akan datang secara berasingan belum mendapat kata putus oleh Pakatan Rakyat (PR).
"Pilihan raya secara berasingan diadakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan pilihan raya perlu diadakan secara berasingan.
"Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu mengeluarkan kenyataan bahawa bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) masih lagi gagal membersihkan nama-nama dan bentuk-bentuk penipuan di negeri Selangor. DI SINI
Pilihan raya berasingan bukti Kerajaan Selangor takut serah mandat kepada rakyat
13 September 2012
KUALA LUMPUR - Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.
"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.
"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di sini malam ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum.
Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.
Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2. - Bernama
Pilihan Raya Berasingan Meningkatkan Kos Perbelanjaan
KUALA LUMPUR, 14 Sept - Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.
Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.
"Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung Khamis malam.
Wawancara selama sejam, yang bertajuk 'Isu Bubar DUN: Implikasi SPR', dikendalikan oleh Sherkawi Jirim.
Wan Ahmad berkata selain itu, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.
Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali, katanya.
Beliau berkata selain itu, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Sebelum ini empat kerajaan negeri yang di bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)masing-masing.
Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.
-- BERNAMA

Ahli politik lupa kuasa Sultan?
Mengikut kata-kata pakatan pembangkang di Selangor, mereka tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sebagai seorang rakyat Selangor, saya hanya dapat menggeleng kepala melihatkan apabila manusia tamak kuasa dan kebendaan sehingga lupa tertib dan peraturan.
Setahu saya, kuasa membubar DUN terletak di tangan Sultan Selangor dan bukannya di tangan Menteri Besar, apatah lagi Ketua Pembangkang yang tiada kena-mengena pun dengan pengurusan negeri ini.
Sudahlah mereka berulang kali biadab dengan Tuanku Sultan, kini sesuka hati bercakap seolah-olah kuasa mutlak di tangan ahli politik terompah untuk tentukan DUN bubar atau kekal pula.
Inilah jadinya apabila manusia tidak berilmu diangkat menjadi pemimpin, sudahlah tidak faham tertib adab Dewan, bodoh sombong pula tidak mahu belajar dari mereka yang tahu.
Setakat alasan pengundi hantu, kenapa tidak kata pengundi hantu yang memenangkan mereka di negeri ini pada 2008, tetapi kerana takut kalah, boleh pula dipakai alasan lapuk itu kali ini.
Saya selaku rakyat yang setia kepada Tuanku Sultan, khuatir budaya kurang ajar dan dangkal begini terus diterap kepada anak muda seterusnya menjadikan rakyat negeri Selangor hilang budi pekerti dan tata susila yang diwarisi selama ini.
Saya tidak mahu mengajak sesiapa memangkah ahli politik tertentu, tetapi nilailah sendiri individu-individu dalam arena politik negeri ini yang melanggar susila terhadap agama, Sultan dan juga bangsanya sendiri.
Selebihnya, rakyat Selangor sendiri akan tentukan dan terpulanglah kepada mereka memilih manusia jenis apa yang layak duduk dalam DUN sebagai wakil suara rakyat peringkat akar umbi.
No comments:
Post a Comment