Sunday, September 16, 2012

PRU 13 : KEPENTINGAN FAKTOR PSOKOLOGI DAN PERSEPSI.


BAHANG pilihan raya umum makin hangat. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak menjanjikan durian runtuh kepada peneroka Felda, hidup mati tawaran am permulaan (IPO) Felda Global Ventures (FGV) akan dilakukan Mei ini dan lawatan Perdana Menteri sehari ke negara China yang dianggap penting bagi mengambil hati pengundi Cina.


Progran Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diuar-uarkan sebagai mengatasi matlamat. Harga petrol tidak dinaikkan dan Mohd Najib berikrar subsidi akan diteruskan.


Idris Jala yang setahun lalu memberi amaran Malaysia akan muflis macam Greece kalau subsidi tidak dihapuskan, kini berkata Kerajaan mampu menanggung kos subsidi dan Malaysia tidak akan muflis macam Greece. Alhamdulillah.


Bantuan 1Malaysia dan bantuan kepada murid-murid sudah diagihkan. Macam-macam peruntukan luar jadual telah diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.


Pendek kata, kecuali Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah menjumpai ibu duit, kewangan negara akan kering dan beliau tidak boleh lagi terus memainkan peranan Father Christmas yang murah hati.


Rakyat jelata pula, ramai daripadanya mudah dan cepat lupa. Jadi, kalau PRU tidak diadakan dalam jangka masa singkat, Mohd Najib mungkin ketandusan wang untuk diagih-agihkan dan rakyat jelata pula lupa yang mereka telah sedikit sebanyak menerima habuan.


IPO FGV Ventures mungkin memberikan kesan durian runtuh sekali seumur hidup kepada peneroka dan menjana keuntungan modal (capital gain) yang lumayan kepada sesiapa saja yang terpilih untuk menerimapink form, tetapi kesannya kepada rakyat jelata lain terhad atau tidak ada langsung.


Begitu juga kemampuan Khazanah Nasional menjual aset-asetnya untuk mengisi dana negara atau keupayaan Kerajaan meminjam daripada EPF juga terhad disebabkan kesuntukan masa dan unjuran prospek ekonomi yang kurang menggalakkan bagi tahun ini.


Tidak Boleh Tunggu Lama


Jadi, kalau Perdana Menteri tidak mengadakan PRU dalam jangka masa beberapa bulan ini, segala kesan positif bantuan kewangan yang beliau berikan akan hilang begitu sahaja dan kesan negatif pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah mungkin akan mula membebankan rakyat jelata, khususnya pemilih.


Taktik melewatkan PRU dengan harapan pembangkang akan bercakaran dan menjadi lemah mungkin tidak berkesan kerana seperti dalam PRU 2008, sebilangan pemilih akan mengundi pembangkang bukan kerana mereka sukakan pembangkang, tetapi kerana mereka lebih tidak sukakan BN. Kedua-dua belah pihak tidak boleh memandang remeh faktor benci dan menyampah ini.


Dalam kolum Other Thots saya dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Mac, saya antara lain menulis (dengan izin):


1. At the level of confidence that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak and his key operators like the Umno Information Chief, Datuk Ahmad Maslan, and the Selangor Barisan Nasional election co-ordinator, Datuk Mohd Zin Mohamed are exuding, the ruling coalition should already be matching words with deeds.


2. I am not talking about not renewing the senatorial term of the beleaguered Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. That, to many observers, was what the Prime Minister should have done months ago. Instead, when the crunch came, it was Shahrizat who herself announced on March 11 that she would resign from the Cabinet when her senatorial term ends in April.


3. I am talking about the Prime Minister naming the so-called winnable candidates, especially for the Menteri Besar post in the states he hopes to wrest from the Pakatan Rakyat (PR) and in the states where his predecessor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, had problems appointing suitable Menteris Besar because of the Rulers’ objections.


4. I am talking about the Prime Minister answering with concrete proof the various charges against him, members of his household and, most importantly, his government.


5. I am talking about making such a bold decision as naming Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin to take on Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in Permatang Pauh, the MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek to challenge the Penang Chief Minister Lim Guan Eng, and MIC President Datuk Seri G Palanivel to wrest the Sungai Siput Parliamentary seat from Parti Sosialis Malaysia (PSM) (corrected). If Khairy hopes to become the ultimate young bull in the Malaysian political arena, he must challenge the ageing bull, and Soi Lek must be brave enough to launch his own Tanjung Project to reinstate MCA’s ownership in the state.


6. And the Prime Minister promising the voters that he will drop all non-performing and problematic Ministers from his Cabinet, in particular, those whose family members and staff have been caught with millions of ringgit in unexplainable wealth.


7. Also, by now, I assume the Prime Minister or his emissaries have already had an audience with all the Malay Rulers to sort out the list of possible Menteri Besar candidates. It’s foolish for the BN, in particular Umno, to pretend that the wishes and opinions of the Rulers do not carry weight in the appointment of Menteris Besar.


8. Aside from ironing out possible problems with the Rulers, the voters too have the right to share the Prime Minister’s confidence, starting with knowing early enough who his winnable candidates are, failing which, they may conclude that there weren’t such candidates and that divisional warlords still called the shots.


Jadi, walaupun media massa arus perdana setiap hari melaungkan keyakinan Perdana Menteri bahawa sokongan pengundi kepada BN semakin pulih dan beliau mahu majoriti dua pertiga dikembalikan, namun laluan ke arah itu mungkin tidak semudah yang diuar-uarkan.


Faktor psikologi, persepsi dan perang saraf mungkin memainkan peranan yang sama kuat atau mungkin juga lebih kuat daripada faktor-faktor sebenar seperti pemberian kewangan dan janji pembangunan.


Pada PRU 2008, prestasi BN merosot teruk kerana persepsi negatif terhadap Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan faktor "benci" atau "meluat" kepada apa yang digelar budak-budak tingkat empat. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib bebas daripada kemelut yang serupa? Wallahualam.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]