Thursday, September 20, 2012

PRU BERASINGAN HELAH PEMBANGKANG.




SERAH DIRI KEPADA PENGUNDI

ADA yang kata November. Tidak kurang juga yang kata bulan Mac atau April tahun depan. Tak kisahlah, bila-bila pun boleh diadakan kerana parti politik semuanya dah bersedia. Cuma ada parti politik yang masih teraba-raba mencari alasan untuk tidak mengadakan PRU dalam tempoh terdekat ini. Mereka salahkan daftar pengundi. Dulu semasa menang empat negeri, daftar pengundi tidak disalahkan.

Inilah mainan politik. Jika Nik Aziz Nik Mat tidak gentar menghadapi PRU pada bila-bila masa tetapi Khalid Ibrahim pula terasa lain macam. Maka dia tidak mahu mengadakan PRU serentak jika diadakan dalam tempoh terdekat. Padahal inilah masanya untuk ‘menyerah diri’ kepada pengundi bagi menjawab segala persoalan yang dilemparkan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PKR pimpinannya.

Jika tidak berupaya menjawab isu Talam, air, lori sampah, cukai pintu, bantuan itu dan ini dan sebagainya eloklah serah kepada pengundi. Biar pengundi menjadi hakim. Memang betul kenyataan Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang berkata, kerajaan negeri yang diperintah PKR sangsi dengan penilaian rakyat terhadap pemerintahan mereka selama ini yang banyak menabur janji kosong daripada menunaikannya.

“Kita kena serah diri kepada rakyat untuk dinilai, bukan menggunakan helah seperti ini (pilihan raya berasingan) untuk menang,’’ katanya semalam.

Jika segala persoalan yang dilontarkan selama ini tidak mampu dijawab, berilah peluang kepada rakyat membuat penilaian. Janganlah dilibatkan soal lain seperti daftar pengundi belum bersih. Ini alasan untuk mewajarkan kekalahan jika tewas, tetapi bagaimana jika kekal perintah Selangor? Dalam isu Talam misalnya, ramai kecewa kerana Khalid gagal memberi jawapan sewajarnya. Beliau juga tidak muncul dalam debat yang diadakan di kawasannya, Bandar Tun Razak. Kenapa Khalid `hilang’ ?

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek sudah bertemu di pentas debat, begitu juga dengan beberapa pemimpin lain. Lebih malang, kain rentang debat melibatkan pemimpin MCA, Chua Tee Yong diconteng. Bertindaklah lebih matang dalam berpolitik. Seperti diselak sebelum ini, enam bulan terakhir ini amat penting untuk parti politik menunaikan janji yang belum tertunai.

Parti politik tentunya tidak mahu segala janji mereka akan bertukar menjadi slogan janji dimungkiri rakyat dibohongi. Masa yang semakin terbatas akan digunakan untuk menutup semua ‘lubang’ atau ‘kebocoran’. Seperti dalam bola sepak, mereka cuba melengah-lengahkan permainan sehingga wisel penamat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]