Wednesday, October 3, 2012

BAJET 2013 : PAS DAH LAMA PUPUS?




Propagandis PAS yang paling tebal jiwa “menghasut”
SAPI punya susu, Lembu yang dapat nama. Itu mungkin ada kebenarannya apabila setiap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan demi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa, para pemimpin pembangkang tetap menyelarnya sebagai langkah buruk kerana ia boleh mengakibatkan negara terpaksa berhutang dengan lebih banyak.

Belum pun berpuas hati dengan penjelasan bahawa nisbah hutang maksima 55 peratus dari keseluruhan KDNK bukanlah satu beban yang besar kerana hingga kini belum pernah ada kesulitan kerajaan untuk menjelaskan hutang menurut jadual. 
Kerajaan sebenarnya terpaksa berhutang bagi menyediakan kemudahan prasarana termasuk sekolah, pengangkutan awam dan pusat-pusat kesihatan berbanding dengan pakatan pembangkang menggunakan peruntukan pembangunan untuk kepentingan politik.
Sebalik sentiasa menagih peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan pusat, pemimpin pembangkang turut memohon agar mereka diberikan kuasa untuk menguruskan wang projek pembangunan kerana ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pernah mereka lakukan mengenai projek-projek kecil penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan jalan kampung.
Pernah ketika memerintah Terengganu, PAS mengarahkan peruntukan kerajaan pusat kepada institusi-institusi latihan dan pendidikan terpaksa melalui Perbendaharaan Negeri. Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Haji Hadi Awang mewajibkan TATI (Terengganu Advance Technical Institute), Maktab Rendah Sains MARA, KUSTEM (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia) dan lain-lainnya supaya “parking” waran peruntukan tersebut yang kemudiannya akan disalurkan semula oleh Perbendaharaan Negeri menurut keputusan Menteri Besar.
Itulah sebabnya kerajaan pusat tidak percayakan kepada PAS untuk menguruskan peruntukan pembangunan dan menyalurkan tanggungjawab itu menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan kerana pemimpi-pemimpin mereka terlalu rakus untuk mendapatkan peluang dan berebut projek menerusi proksinya.
Semua orang tahu siapakah pemimpin PAS berkenaan kerana ramai yang mengenali mereka sejak sekian lama bukanlah merupakan pemimpin yang mewarisi kekayaan daripada keluarga. Tetapi, setelah memasuki politik, berebut dapat projek akhirnya muncul sebagai wakil rakyat yang kaya. Akhirnya kekayaan itu terdedah juga setelah lupa bahawa ada isteri yang diceraikan membuat tuntutan harta sepencarian lebih satu juta ringgit.
Pemimpin PAS sebenarnya bijak menyembunyikan gaya hidup mewah kerana tidak mahu dilihat dalam sekelip mata sudah bergaya korporat. Hipokrasi ini turut berlaku kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun tidak kaya tetapi turut menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat walaupun dianggapnya sebagai “candu.”
Maknanya, Tuan Ibrahim juga adalah seorang “penagih candu” kerana peruntukan setiap tahun adalah untuk kemudahan rakyat. Maknanya, jika Tuan Ibrahim membeli gula beliau juga memperolehi faedahnya kerana harga itu adalah telah disubsidikan.
Kalau beliau guna minyak petrol untuk mebolehkan ke sana ke mari, maknanya, beliau juga adalah “penagih”. Tentunya kalau dah “penagih” cakapnya tidak boleh lagi dikatakan rasional dan bijaksana, semua “laklok” dek “candu yang disediakan.”
Peruntukan kerajaan pusat bagi tahun 2013 menjangkau lebih RM 250 bilion manakala Bajet Pakatan Pembangkang hanya sekadar RM 200 bilion. Bagaimanapun, Bajet Pakatan Pembangkang (BPP) hanyalah janji kosong, tidak berdasarkan kemampuan kewangan yang jelas.
Tidak diketahui dari manakah punca hasil yang diperoleh manakala andaian pertumbuhan ekonomi domestik tidak diperincikan, yang diuar-uarkan ialah ulangi apa yang pernah diperkatakan dalam Buku Jingga, buku yang hanya bersifat retorik sedangkan mekanismenya tidak jelas.
Bagi “penagih candu” itu, sejumlah ganjaran dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Pusat itu bukanlah satu keperluan yang lebih mendesak, kerana yang lebih utama ialah “memilih kerajaan baru”.
Rakyat sudah memahami itu hanyalah gimik pembangkang yang ketandusan isu untuk dibangkitkan kerana sejak memerintah Kelantan, PAS lebih gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebaliknya wakil rakyat mereka asyik berceramah dan mengecam BN sebagai zalim dan tidak adil.
BN bukanlah sebuah kerajaan yang memerintah berdasarkan “politik balas dendam” sebagaimana berlaku dalam diri sesetengah pemimpin PAS yang melihat penyokong UMNO sebagai mereka yang tidak mempunyai kemewahan kerohanian.
Bagi Murysidul Am PAS, bajet 2013 tidak cukup motivasi kerohanian, tetapi, ia adalah lebih baik daripada terlalu banyak nilai kerohanian sehingga nilai itu melangkaui perimbangan kepentingan kepada makanan dan minuman. Rakyat sebenarnya tidak boleh hidup hanya sekadar ditemani oleh nilai kerohanian, kerana rakyat perlukan makanan untuk memberikan tenaga.
Bagaimana rakyat boleh mendirikan sholat sepanjang hari kalau perutnya lapar dan tidak cukup bersih airnya untuk diminum. Rakyat Kelantan sudah lama menderita dengan telunjuk politik PAS yang semakin sehari semakin tidak mempedulikan rakyat walhal para pemimpinnya terus membolot kekayaan dengan membenarkan tanah-tanah kerajaan diterokai oleh pemodal asing, seperti yang berlaku di kawasan tanah tinggi Lojing, di Gua Musang.
Apa sudah jadi dengan Ladang Rakyat, sedangkan tanah-tanah yang diusahakan oleh rakyat sejak bertahun lamanya tidak diberikan pemilikan, mereka ditipu atas nama pembangunan Ladang Rakyat. Rakyat sukar mendapatkan tanah kerana kerajaan negeri lebih berminat memberikan tanah seluas-luasnya kepada pihak tertentu bagi membolehkan dana parti boleh membesar.
Kalau tanah diperuntukkan kepada rakyat, dana parti bukanlah besar bahkan seringkali dipersoalkan ke manakah wang itu dibelanjakan. PAS bukan sahaja tidak pernah mengisytiharkan laporan kewangannya bahkan tidak pernah memberikan peluang kepada rakyat umum membahaskannya. Semuanya ingin disorok daripada pengetahuan umum kerana pemimpin PAS bukanlah mereka yang tahu menguruskan kewangan yang baik, tetapi lebih bijak membuat tuntutan.
Sejak memerintah Kelantan rakyat tidak didedahkan dengan corak pebelanjaan tahunan yang berorientasikan kepentingan rakyat kerana apa yang dibuat oleh mereka perlu dinuansakan dengan kepentingan politik. Jika tidak memberikan insentif politik, maka ia adalah sesuatu yang dilihat membazir dan tidak berfaedah, walaupun ia merupakan kehendak rakyat kebanyakan.
Kalau benar kerajaan PAS jujur dalam pengurusan kewangan, rakyat ingin tahu ke manakah lebih RM 200 juta wang dipinjamkan untuk membekalkan air bersih itu dibelanjakan sedangkan masalah itu belum selesai meskipun sudah lebih 15 tahun berlalu.
Dahulu kita dengar salah seorang pemimpin tertinggi PAS bercadang membangunkan projek ternakan kambing, tetapi, hingga kini masih belum menampakkan sebarang kejayaan projek tersebut. Bahkan ketika melancarkan skim pelaburan emas sebagai alternative penggunaan wang kertas, Kelantan beriya-iya untuk menjadikan dirham dan dinar sebagai kaedah urusniaga.
Tetapi kini syarikat tersebut dilanda masalah, masyarakat diberitahu bukan teras perniagaannya dinar dan dirham, ia menjalankan aktibiti perniagaan jual beli emas. Maka, sekali lagi rakyat Kelantan ditipu setelah beberapa tahun lalu ditipu dengan projek berimpak tinggi dengan melabur dalam Koperasi Kohilal.
Tetapi, PAS pandai menutupi kelemahan tersebut. Kerugian ratusan juta dalam pelaburan Koperasi Kohilal didiamkan begitu sahaja manakala setakat ini belum ada pelabur yang sanggup membawa kes tersebut ke mahkamah kerana termakan dengan janji-janji politik, “taka pa rugi sekarang, kerana pahalanya tetap ada bila mati nanti.”
Kehidupan manusia yang terpuji dari sisi Allah SWT bukanlah diukur berdasarkan kekayaan material, tetapi ketakwaan dan keimanan kita. Itulah “penawar” yang sentiasa diberikan kepada penyokongnya apabila berhadapan dengan krisis, dan “penawar” itulah yang melekakan rakyat Kelantan sehingga melangkaui “candu.”
Kalau apa yang diberikan oleh kerajaan pusat itu “candu” maka pemimpin PAS perlulah memberikan pendirian yang jelas, apakah insentif dan bantuan itu sesuatu yang haram? Kalau nak dikatakan sebagai “candu”, secara jelasnya “candu” adalah sejenis dadah yang diharamkan dari segi undang-undang dan termasuk kategori “khamar’.
Maka, Tuan Ibrahim perlu memberikan penjelasan apakah haram anak muda menerima bantuan BR1M, mendapat kemudahan membeli rumah dibawah PR1MA, BB1M RM 250, periksa kesihatan percuma untuk wanita (mammogram), RM 1 bilion untuk baiki sekolah uzur, potongan RM 200 bagi belia membeli telefon pintar, bantuan persekolahan RM 100 seorang pelajar dan kurangkan subsidi 20 sen bagi setiap kilogram gula.
Mungkin ada yang marah bila harga gula jadi sedikit mahal kesan pengurangan subsidi itu, kerana harga gula yang murah sebenarnya menggalakkan penyeludupan yang berlaku di negeri-negeri yang bersempadan, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Eloklah harga gula jadi sedikit mahal kerana sudah ramai rakyat Malaysia mengidah kencing manis kerana manis dalam minuman tetapi kurang manis dalam senyuman.
PAS sebenarnya tidak pernah tersenyum manis apabila mendapat sesuatu yang mengembirakan, kerana ia tetap mengaggap Bajet tahunan sebagai “memancing undi” sejak dua tahun lalu. Tahun lalu, bila BR1M 1.0 diperkenalkan, pakatan pembangkang melihatnya dengan mata yang juling, sedangkan tidak juga berlaku pilihan raya umum ke-13 pada tahun ini.
Kini, mahu tidak mahu, kritikan yang sama diulang semula kerana pakatan pembangkang sebenarnya semakin terdesak, tidak ada yang boleh ditawarkan kepada rakyat hanya janji-janji yang lebih tiga suku tidak boleh dilaksanakan kerana tidak berkemampuan dan hanya mengharapkan orang lain lakukan.
Maka, tahun lalu apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri menerusi Bajet 2012, pakatan pembangkang mendakwa ditiru daripada Bajet PP. Kali ini, BPP buat hal lagi dengan mengitar semula janji-janjinya yang tidak pernah menjadi kenyataan.
Apa kaitannya Laporan Audit dengan “sebuah kerajaan baru.” Itulah keasyikan laklok yang hendak diracuni dalam pemikiran rakyat. Laporan Ketua Audit tidak pernah menyebut atau mencadangkan resolusi “perlunya sebuah kerajaan baru” bagi menerajui masa depan negara.”
Laporan Audit itu sebenarnya merupakan satu keberanian dan reality kerajaan BN untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki sebarang kesilapan yang berlaku, kerana tidak pernah bersembunyi daripada pengetahuan umum. Kenapa PAS begitu takut untuk mengauditkan semua anak syarikat kerajaan negeri, dan laporannya dibentangkan untuk pengetahuan umum?
Biarlah Tuan Ibrahim memulakan terlebih dahulu mengenai jumlah kutipan wang dana pilihanraya.
Perjelaskan senarai penderma yang besar. Berikan butir-butir terperinci jumlah perbelanjaan yang diaudit dan dilakukan. Beritahu kepasa semua siapakah yang terbabit dalam membuat keputusan dan dari mana punca kuasanya? Kalau itu dapat dilaksanakan oleh PAS, rasanya parti itu bolehlah mendakwa ia begitu beramanah sekali. Jangan hanya kata dulang paku serpih, mengata orang tetapi diri sendiri .
Bijaksana sekali Tuan Ibrahim membuat andaian bahawa, “Asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurahkan, tetapi sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.” Apakah PAS mempunyai sistem kawalan perbelanjaan yang berkesan sehingga tidak berlaku sebarang ketirisan?
Seharusnya sebagai seorang yang “beriman”, Tuan Ibrahim perlu mengembangkan kaedah tersebut untuk diketahuai umum dan boleh dijadikan model secara berkesan. Ia bukan hanya tahu cakap, tetapi, kesemuanya tidak boleh diharapkan kerana “kelabu bila lihat wang banyak.”
Seharusnya Tuan Ibrahim perlu sedar, kekuatan ekonomi Malaysia sekarang banyak bergantung kepada kedinamikan ekonomi domestik kerana ekonomi dunia tidak menentu. Bukankah dengan memberikan insentif menerusi “one-off” dalam Bajet 2012 dan diperkemaskan dalam Bajet 2013, akan mencergaskan ekonomi domestik. Inilah yang tidak difahami oleh Tuan Ibrahim. Kalau setiap pelajar yang berjumlah 5.4 juta orang diberikan RM 100, bermakna RM 540 juta berlegar dalam sistem i.ekonom
Tentunya besar jumlah tersebut, kerana sekurang-kurangnya menggerakkan pembelian uniform sekolah. Jika setiap orang pelajar belikan sepasang pakaian sekolah berharga RM 50 bermakna, RM 270 juta diperoleh oleh pembekal dan penjual pakaian sekolah.
Bayangkan, untuk memperoleh hasil sebanyak itu, bereti ribuan orang digajikan. Ribuan orang pula yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan pembungkusan. Ianya kait mengait, termasuk sektor pengilangan yang lain, misalnya pembuat beg plastik dan pembungkusan.
Itulah yang tidak difahami dengan jelas oleh Tun Ibrahim kerana cara berfikirnya adalah begitu cetek, dan terkongkong dengan penghakiman sebelah pihak. Itu adalah perangai yang tidak boleh dikikis oleh pakatan pembangkang. Otaknya lebih dahsyat daripada otak sotong kurita, kerana menganggap apa yang dikeluarkan itu ada kaitannya dengan magika.
Boleh kita perhatikan bagaimana Tuan Ibrahim hubungkan pemberian “one off” sebagai “korup” sedangkan PAS lebih banyak “merasuahkan” rakyat dengan dosa dan pahala, walaupun belum jelas bahawa hanya penyokong dan pendokong parti itu sahajalah yang “beriman” dan “membawa ke syurga.”
Bukankah itu merupakan “ugutan” atas nama agama hanya kerana mahukan pengundi memberikan sokongan kepada PAS, walaupun PAS bukanlah diberikan kebenaran oleh ALLAH SWT untuk berkata demikian.
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa “undi PAS masuk syurga” kerana Allah SWT tidak bermain dadu seperti pemimpin-pemimpin PAS yang kemaruk kuasa dan “menagih candu.”
Kalaulah ia menjadi “candu” maknanya sudah lama PAS pupus kerana yang menikmatinya ialah orang ramai termasuk penyokong PAS yang hanya tahu salahkan orang lain.
Itulah wajah “tok guru” yang “kencing berlari” tetapi, anak murid sudah tahu disiplinkan diri untuk “kencing secara berhemah dan di tempat yang sepatutnya.” Ramai lagi pemimpin PAS yang hanya tahu “kencing di merata-rata” bahkan tepi parit dan longkang.
Mustakim Muhammad,

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]