Showing posts with label DEBAT. Show all posts
Showing posts with label DEBAT. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

RUMUSAN DEBAT POLITIK : ANTARA LIM DAN CHUA


JIKALAU rakyat Malaysia peduli atau faham mentaliti serta psikologi politik rakan bangsa Cina mereka, mereka pasti tidak memandang remeh siri debat umum antara Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pada pandangan saya, perkara-perkara berikut perlu disedari, difahami dan dianalisis sedalam-dalamnya dalam konteks politik pelbagai bangsa Malaysia:-
1. Debat tersebut membuktikan yang pembesar politik MCA dan DAP berani bersemuka secara terbuka. Mereka tidak berdolak-dalik macam Umno dan Pas dalam hal muzakarah;
2. Walaupun orang Cina berbeza pandangan dan afiliasi politik, namun mereka sepakat mengenai keperluan mencari jalan terbaik bagi memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka di segi politik dan ekonomi;
3. Bagi orang Cina, afiliasi mereka dengan parti-parti politik adalah praktikal dan realistik iaitu mengenal pasti parti dan pemimpin mana yang lebih komited dan berupaya memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka;
4. Debat DAP-MCA tidak memecahbelahkan orang Cina kerana mereka tetap sekata dan sepakat dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bangsa mereka;
5. Kecuali segelintir pemuka dan aktivis tegar parti, taat setia majoriti orang Cina bukan kepada parti-parti politik tetapi kepada kedudukan dan kepentingan kolektif bangsa mereka. Yang berubah hanyalah pilihan mereka ketika pilihan raya;
6. Cara orang Cina mengundi adalah jauh lebih strategik daripada orang Melayu. Orang Cina mengutamakan janji dan ikrar jangka panjang berkaitan perkara pokok seperti penguasaan ekonomi dan kedaulatan bahasa, budaya dan pendidikan Cina. Majoriti pengundi Melayu/Bumiputera masih terpengaruh dengan bantuan, sumbangan dan janji-janji jangka pendek seperti Bantuan 1 Malaysia, saham, dividen, pencen polis dan tentera dan skim baru perkhidmatan awam;
7. Bagi orang Cina, debat terbuka Chua-Lim bukan sangat mengenai MCA atau DAP dan bukan juga mengenai Chua atau Lim, tetapi mengenai gabungan mana – Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang lebih berpotensi menganjakkan kepentingan orang Cina ke tahap yang lebih tinggi; dan
8. Kepemimpinan politik Cina mungkin lebih bersedia daripada kepemimpinan Melayu/Bumiputera untuk mengorbankan diri dan politik mereka seperti mitos burung phoenix yang membakar dirinya menjadi abu dan daripada abu itu bangun semula dengan lebih gagah untuk hidup seribu tahun lagi.

Tuesday, February 22, 2011

DEBAT MAYA : PAS VS BN

Monday, 21 February 2011
Tongkat Sakti di Merlimau
Monday, February 21, 2011 Admin

Di Merlimau keadaan sungguh berbeza, Umno memang nak sangat menang sampaikan sanggup buat apa saja, Majidin sanggup jalan kaki, sakit di Tenang masih lagi terasa di hati Majidin, banjir menghanyutkan apa saja. Balik naik trak polis kerana kerana kelajuan air banjir naik mendadak. Sakit sungguh Majidin di Tenang, nak dapat undi majoriti 5 ribu, tapi dapat 3 ribu lebih. Kali ini Majidin nak pastikan berapa pula di Merlimau.

PPUBJ : Ni menunjukkan bahawa BN ada sasaran yang nak dituju demi kebaikan rakyat bukan macam PAS tak ada target. Mula-mula kata tak nak bertanding, tiba-tiba lain cerita....agaknya PAS belajar cakap putar belit dari siapa?

Di Merlimau Majidin sanggup makan di mana jua, hatta belakang lorong. Terdesak sungguh Umno nak mempertahankan kubu kuat mereka. Cakap bukan main hebat.

Merlimau indah sekali sekarang, sibuk dari biasa. Malam malam pun masih sibuk, tak seperti biasa, kelab dangdut pun makin banyak buka sampai pagi untuk customer yang baru balik bekerja meratakan jalan, membaiki lubang, membaiki parit dan longkang tersumbat. Kontraktor tak menang tangan, anak pokok naga laku gila. Anak pokok limau pun laku.

PPUBJ : BEGITU JUGA DENGAN PAS BILA NEGERI MEREKA ADA PRK. CUMA SEBAB TAK ADA DUIT , JADI TAK DAPAT BUAT SEPERTI BN. DUIT YANG ADA PUN PENINGGALAN BN....

Orang Pas bersin pun ada yang tanya nak pi klinik ke. Kalau demam mesti ada yang sanggup pi hantar Klinik 1 Malaysia. Kalau orang Pas cakap rasa nak makan ikan je, ada yang sudi hantar ke dapur rumah. Begitulah Merlimau sekarang, hidup ibarat syurga. Untung jadi orang Merlimau, rugi jadi orang bukan rakyat Merlimau.

PPUBJ : INI MENUNJUKKAN BAHAWA BN TAK PERNAH SISIHKAN PENGIKUT PAS BILA MEREKA DIBERI MANDAT. TAK MACAM PAS HABIS SEMUA NAK DIROBOHNYA.... BUDAK-BUDAK BELAJAR DI SEKOLAH TADIKA PUN DIHALAU BELAJAR BAWAH POKOK...NAK BUAT MACAM KERAJAAN PERAK DULU BERMESYUARAT DI BAWAH POKOK.

Yang hebatnya penyokong Umno tak diperdulikan. Kasihan sebab Umno tahu mereka tetap sokong Umno. Kalau dah penyokong Umno, kasihan sungguh tak ada yang ambil peduli. Kalau bersungut nak makan kepala ikan bilis pun belum tentu orang cari sebab Umno tahu penyokong umno tak berani derhaka.

PPUBJ : SEJAK BILA PULAK PARTI HAM PAS JADI PERIHATIN KEPADA ORANG UMNO NI, DULU TUDUH UMNO JAHILLIYAH, KAFIR DAN MACAM-MACAM BILA TIBA PRK JADI BAIK PULAK, DAH BUANG TENIAT KE PUAK-PUAK HAM PAS NIE....

Bantuan basikal, bantuan baju sekolah, bantuan orang miskin, bantuan orang tak berapa miskin, hamper, baucer, kepala paip, batang paip, cakap sahaja semua boleh. Sekolah pun boleh dibina dalam masa sehari, cakap sahaja sekolah apa, sekolah tamil, pasir dan simen dah mula masuk ke sekolah. Bina ke tidak ntah le. Sekurang-kurangnya dapat dah beli jiwa pengundi. Sekolah nak beli kain rentang, nak berarak maulud pun ada orang sponsor. Batang bemban pun ada orang mari hantar, ada gak yang berselawat bersama budak tadika. Tak apa sekurang - kurangnya tunjuk baik masa PRK.

PPUBJ ; PARTI HAM PAS PUN BAGI JUGA......CUMA TAK CAKAP AJE... HE..HE.. OPP SILAP PAS MASIH LAGI KE TADAH KAIN BILA ADA CERAMAH..

Kalau boleh seluruh bandar Merlimau hendak dicat baru; warna limau lambang Umno sebagai tanda Umno dah menang sejak sebelum PRK bermula. Segala menteri dah turun; menteri streamyx, menteri labu labi, menteri mee siam, menteri gila gila pun ada. Kalau boleh nak diadakan mesyuarat jemaah menteri di Merlimau. Bagimana Pas nak menang di Merlimau, rasuah ditanda logo halal dah. Apa lagi isu nak kempen? Kempen apa lagi? Rasuah tak buruk pun, ok je. Nak kata apa lagi.

PPUBJ : TUAN GURU SESAT/ KAKI JUBOQ PUN ADA/ DIN PUDU RAYA PUN ADA/ PAS KAN MACAM-MACAM ADA / KHALIFAH SESAT UMAR ABD AJIT PUN ADA/ KAN PAS KAYA DENGAN ISU / SIKIT PUNYA HAL / PAS 4 ALL & HE..HE

Kalaulah ada tongkat sakti di Merlimau ... ketuk je tongkat sakti Pas boleh lahirkan anak sulung di Melaka....

PPUBJ ': HAM PAS CUMA ADA TONGKAT BUROK YANG TAK BOLEH DIGUNA.

Sunday, January 16, 2011

ISU DEBAT...........

Sam Ketot terkencing lagi ... minta Rafizi ganti?

Malaysiakini melaporkan Mohd Nur Manuty berkata:
"Pelawaan asal Anwar selaku ketua umum PKR dan ketua pembangkang adalah kepada (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, PKR menawarkan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli untuk berbahas dengan Khairy," kata ketua penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (kiri) dalam satu kenyataan.
Apa jadi tawaran Sam Ketot untuk berdebat dengan Khairy menggantikan Anwar Ibrahim yang telah mencabar Najib untuk berdebat?

Khairy dan Nazri pula menawarkan diri untuk berdebat untuk memberi implikasi Anwar tidak layak untuk berdebat dengan Najib. Dia pun hanya graduan Pengajian Melayu.

Dalam debatnya dengan Shabery Chik mengenai minyak, asas pemahaman ekonominya pun nampak kelamkabut. Dia dilihat menang hanya atas kepandaian debat tapi lemah dari segi fakta dan teori ekonomi.

Keputusan Dato Najib untuk tidak melayan ajakan itu tepat sekali kerana tidak ada munafaat yang dapat diperolehi.

Anwar menolak Nazri mahupun Khairy.

Isu yang kita mahu timbulkan kenapa Md Nur Manuty tawarkan Rafizi Ramly.

Sam Ketot tidak bising pun dirinya diketepikan begitu saja. Sebagai Ketua AMK, ini satu mestilah "kemaluan" besar apabila parti mengenep[ikan dia kepada seorang yang mengundur diri melawannya.

Kenapa Sam yang hanya harapkan misai untuk nampak garang tetapi dikenali sebagai penakut dan sering pertama cabut lari bila polis serbut hanya berdiam diri saja?

Adakah Sam Ketot memang rela digantikan dan minta Mohd Manury gantikannya?

Adakah dia sedar dirinya hanya boleh diharapkan untuk buat kecoh di jalanan dan dihadapan kamera dan tv saja?

Bila berhadpaan dengan debat ilmiah dia sebenarnya tiada kekuatan langsung?

Takutlah tu ...

Saturday, January 15, 2011

DEBAT PEMIMPIN : TIDAK BERI KEUNTUNGAN KEPADA SESIAPA...

Perlawaan Anu War untuk berdebat dengan PM DS Najib , telah pun kita ketahui jawapannya. PM menolak. Betul dan tepat tindakan PM tidak melayan publisiti murahan pembangkang untuk terus menimbulkan keraguan dihati pengundi.

Malah lebih baik masa yang ada digunakan untuk mengurus dan mentadbir negara serta menumpukan kepada rakyat jelata. Rakyat di dahulukan api pembangkang lain kerana bagi mereka PUTRA JAYA dan KERUSI PM didahulukan.





KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]