Showing posts with label ISU DEBAT. Show all posts
Showing posts with label ISU DEBAT. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

TERKINI ISU DEBAT: ANU WAR KELENTONG LAGI......

Rabu, Januari 19, 2011

"Saya bukan Ajak Perdana Menteri Berdebat, Cuma Berbincang": Anwar




ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi. "Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi .

Wednesday, January 19, 2011

Baca Woi !! Anwar kata, mana ada saya ajak Najib berDEBAT !! memang kaki busuk & kaki spin la hang anwar!!

DEngar woii kawan-kawan, Anwar tak mengaku pulak dah dia ada ajak Najib berdebat pasal Pelan 100 Hari. Walaupun cabaran beliau tertera di akhbar-akhbar rasmi Harakah, keadilan dan tabloid politik 99% pro pembangkang hatta di medium ceramah dihadapan penyokongnya,tetapi pada hari ini, dengan selamber bongoknya beliau tak mengaku pulak.

Bimbang dengan amaran Najib yang akan mendedahkan rahsia sampai terlondeh kain, Anwar yang sudah merasa demam kura-kura terus mengambil U Turn kat Highway Penang Bridge yang sesak menterbalik kan kenyataannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Kata kawan..buat penyokong dan fanatik beliau yang tahap gaban..

1. Kenapa dia takut sangat dengan rahsia terlondeh kain yang Najib cakap tu? Besar sangat ke rahsia tu?

2. Korang yang jadi saksi masa Anwar kutuk Najib pengecut, tak der telor sebab tak nak berdebat dengan nya, apa perasaan korang bila 'anugerah tuhan' korang buat spin pulak. Korang tak pelik ker?

Klik tajuk untuk sumber artikel
       

TERKINI : ISU DEBAT - SELESAIKAN MASALAH SENDIRI DULU....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

najib having lunch"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin.

Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.
"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.
Kes liwat

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai,"katanya.

NONENajib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu,” katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas,” kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

“Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain,” kata Najib.
NONENajib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.
Calon terbaik

"Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya," katanya.

NONESehubungan itu, Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab pengundi di Tenang untuk memastikan mereka memilih calon yang terbaik untuk kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti bagi memastikan kesejahteraan dan keutuhan ekonomi dapat dikekalkan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan ini dan pengundian pada 30 Jan.

Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis telah dinamakan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu manakala pengumuman calon BN akan dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan esok.

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]