Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

PKR BUAT DRAMA SWASTA DI SELANGOR.


LAKONAN ANWAR SELAMATKAN PKR TEWAS DI SELANGOR

Lakonan Anwar selamatkan PKR tewas di Selangor
09:46am, 16 Ogos 2012

Oleh Abdul Rahman Malik

ULASAN: PARTI Keadilan Rakyat (PKR) cuma ada Selangor sahaja untuk dipamerkan sebagai dalil ia mampu memerintah. Sebab itu, tidak kira sama ada baik atau buruk rekod PKR di Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, ia terpaksa ditelan sahaja agar tidak melimpah menjadi kudis di ambang pilihan raya umum ke-13.

Sebab itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor terpaksa berlakon kononnya tidak banyak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran Khalid di Selangor. Walhal, masalah yang dihadapi bertali arus.

Jika tidak, mengapa Selangor perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi? Sudah tentu ini untuk mengizinkannya memberikan input parti dalam urusan Selangor. Ini juga adalah bagi mengendurkan rungutan dan kempen bisik berbisik anti-Khalid yang menular sejak tahun pertama pemerintahannya.

Dalilnya, masuk tahun kedua pentadbirannya, Khalid dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri dalam Kongres Tahunan PKR di Kota Bharu. Jika tidak serius masalah PKR dengan Khalid mengapa Anwar perlu pula mencelah dan menerima jawatan Penasihat Ekonomi Negeri?

Kini, ketika pilihan raya umum semakin dekat, Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendendangkan lagu memuji Khalid. Tujuannya ialah untuk menunjukkan tiada masalah beliau “menyelia dan menasihati” Khalid.

Anwar yang berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tahu banyak yang tidak kena dengan cara Khalid mentadbir Selangor. Isu air digonggong Khalid sejak hari pertama menjadi Menteri Besar. Namun sampai sekarang masih belum selesai.

Lazimnya Anwar sebagai Ketua Umum yang menentukan agenda dan halatuju parti. Namun tidak di Selangor. Khalid sentiasa mahu semua pihak, termasuk PKR, tahu beliau ialah bos mutlak di negeri terkaya di Malaysia itu.

Maka, Khalid pun menebar visi yang muluk dan menabur janji sesuka hati untuk memerintah caranya. Khalid menjanjikan projek berbilion ringgit dari pengurusan Sungai Klang. Kononnya projek itu bukan sahaja mampu merawat air Sungai Klang tetapi akan membuka peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat Selangor. Hingga hari ini habuk pun tak nampak.

Anwar tahu Khalid bermimpi dan diulet wawasan serta egonya sendiri. Namun Anwar tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika melucutkan Khalid dari jawatan Ketua Perhubungan Negeri PKR, Anwar yakin beliau boleh melentur Khalid. Sebab itu Anwar memilih untuk menjadi Penasihat Ekonomi.

Namun semua pemimpin kanan PKR tahu hakikatnya tidak sedemikian. Khalid degil dan mempunyai ego terlalu besar. Untuk meremehkan pantauan PKR ke atasnya, Khalid menggunakan Setiausaha Politiknya Faekah Husin sebagai penghadang kemarahan PKR terhadapnya.

Khalid tahu Faekah wanita istimewa di hati Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar. Jika Faekah jadi jurubicara bagi Khalid, Wan Azizah pasti menerima tanpa banyak cerewet. Maka ahli barisan pimpinan yang tidak setuju dengan cara pengurusan negeri Selangor oleh Khalid terpaksa “makan hati”.

Di sebalik itu, Anwar terpaksa mendiamkan diri daripada membuat komen terbuka tentang gelagat negatif Khalid yang menjengkelkan parti. Hendak diturunkan Khalid daripada jawatan Menteri Besar akan mempamerkan kepincangan kepemimpinan PKR.

Maka pilihan yang tinggal bagi Anwar ialah mendiamkan diri daripada melaksanakan tugas hakiki seorang penasihat ekonomi. Isu Talam, Anwar berdiam diri; isu UNISEL, Anwar berpeluk tubuh; isu air, Anwar kelu untuk memberi ulasan kerana kerja mudah sebegitu mengambil masa lebih empat tahun pun belum selesai.

Apa yang Anwar boleh lakukan ialah gunakan taktik psikologi imbal balik (reverse psychology). Jika beliau kerap memuji kepemimpinan Khalid, mungkin itu akan melunturkan sedikit “keras hati” Khalid dan beri peluang Anwar “memberi nasihat” mengenai urusan ekonomi negeri.

Atau, setidak-tidaknya ia akan “menggentarkan” sedikit pengkritik Khalid di kalangan pemimpin parti bahawa jangan cuba mencabar keakraban hubungan beliau dengan bekas tokoh korporat itu.

Ketika semakin ramai pemimpin PKR menjeruk rasa, Anwar berharap ia akan mengalihkan pandangan mereka pada pilihan raya umum dan kurang mengkritik Khalid.

Harapan Anwar dengan memuji Khalid, di mata rakyat Selangor Khalid akan kelihatan seorang tokoh korporat sejati dan memberi PKR peluang mempertahankan satu-satu negeri di bawah pentadbirannya. Selamat berlakon Anwar!

Thursday, February 17, 2011

HADIAH KEPADA RAKYAT SELANGOR : NAJIB KURANGKAN TOL LAGI !

 

 dalam pengumuman terbarunya sempena meraikan perayaan chap goh mei, ds najib umumkan pengurangan kadar tol di PJS taman medan berkuatkuasa malam ini.

sebelum ni kadar yang dikenakan adalah RM1.60 dan dikurangkan menjadi RM 1.

program tadi memang penuh dengan rakyat PJS. nik nazmi tengok konpem terlondeh seluar.

nanti aku keluarkan beberapa foto menarik sepanjang program tadi.

Tuesday, January 25, 2011

CADANGAN PINDAAN DITOLAK, PKR BOLEH DIKEBUMIKAN LEBIH AWAL

Tuesday, January 25, 2011

 



Sebagaimana telah dijangkakan bahawa isu usul pindaan perlembagaan Tubuh Negeri Selangor berhubung soal pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri tidak dapat diluluskan ekoran ketiadaan sokongan dua pertiga daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Selepas ini apa pula wayang dan drama yang akan dipersembahkan MB Selangor kepada rakyat. Kita sama-sama saksikan lakonan dan watak cuba dibawa oleh Khalid setelah tidak dapat nak menggubal undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kalau mengikut daripada sumber yang boleh dipercayai, Khalid akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu, yang mana Kerajaan Pakatan Pembangkang kononnya sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. " Mengapa kita tak buat perubahan..?  Kita cuba jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan Kerajaan Pusat menghalang pembangunan negeri Selangor, kata Menteri Besar Selangor.

Apa yang Khalid ni merepek ni, apa kena-mengena isu pindaaan Tubuh Negeri Selangor dan perlantikan SUK Selangor dengan pembangunan pulak.? Putar alam dan wayang lebih la...!!! Agenda cuma nak memperkasakan kuasa Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adala..!!?


Kalau setakat nak bohongi ahli-ahli Pakatan PR boleh la, tetapi rakyat yang mempunyai akal yang matang dan fikiran yang tak sebenak mereka ni, jangan la nak buat cerita temberang. Tapi tindakan Khalid diibaratkan percubaan wayang dan seni lakonan drama yang cantik la pasal nak cover balik malu. Misal kata tak boleh jawap nanti, rakyat semua tahu la Khalid kaki temberang, mesti dah stanby jawapan nak menjawap bila tak dapat nak pinda meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dah la tu jangan buat wayang lagi, pergi la buat kerja berkhidmat untuk rakyat bukannya nak berpolitik 24 jam. Jalankan amanah yang telah rakyat berikan kepada anda sebagai Mentei Besar, kan lagi baik dan berfaedah tanpa membuang masa kepada rakyat-rakyat Selangor. Asyik nak berpolitik jer....???

Saturday, January 15, 2011

ISU ARAK DI SELANGOR : LAKONAN MURAHAN OLEH PAS DAN SKRIP OLEH DAP

 

Dua exco kerajaan negeri Selangor mempunyai penakrifan berbeza berhubung larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliJika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali (kanan) mempunyai definisi yang berlainan.

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.
NONELiu (kiri) juga semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Namun, menurut Hasan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor , di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras.
Kekang maksiat

“Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut,” katanya.

Hasan berkata kedua-dua peruntukan itu dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam.

NONE“Perlu disebutkan larangan ini terkhusus kepada orang-orang Islam tanpa melibatkan orang-orang yang bukan Islam. Oleh itu tidak perlu ada kebimbangan daripada mana-mana pihak tentang perlaksanaan peraturan-peraturan seperti di atas,” katanya.

Beliau juga berkata penguatkuasasan yang dijalankan oleh MPSJ itu merupakan antara usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berharap semua pihak menerima pendekatan berkenaan dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan isu tersebut.

Friday, January 14, 2011

BAKAL MB SELANGOR ?

Adakah Hasan Ali bakal dilantik MB?


Lain macam aje laporan Utusan Malaysia sini mengenai kenyataan Dato Dr Hasan Ali. Lembut, niat berbaik dan penuh kompromi. Petikan berikut:

Hasan memberitahu, beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin, mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan," jelasnya.

Katanya, Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah, beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.

Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya, pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut, kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.
Adakah Hasan bakal ganti Khalid dan dilantik MB?

Hakikat politik tawar-menawar

Hakikat politik tawar-menawar

SAYA ingin melihat episod pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang penuh kontroversi seminggu dua yang lalu itu, dari sudut pandangan “tawar-menawar politik” (political bargaining) dan dari sudut pandangan “politik pentadbiran” (administrative politics).
Dan saya juga ingin berhujah bahawa peranan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri yang baru (jika dimanfaatkan dengan bijaksana dan tanpa prasangka oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan dapat memperkuat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dalam konteks “politik tawar-menawar” sesama parti-parti rakan kongsi pakatan pembangkang, terutama antara PKR vis-a-vis DAP.
Begitu juga dalam konteks “politik pentadbiran”, jika Abdul Khalid dapat mengetepikan sikap prasangka (prejudice) dan sekali gus dapat “memenangi hati” Mohammed Khusrin (yang telah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Putrajaya dan telah mendapat perkenan dan restu daripada Baginda Sultan di Istana Bukit Kayangan), saya percaya, urusan Menteri Besar itu dengan Kerajaan Pusat akan menjadi lebih lancar dan produktif manakala hubungannya dengan Baginda Sultan akan menjadi lebih mesra.
Dengan terjalinnya hubungan yang sedemikian antara Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan Mohammed Khusrin sebagai SUK, saya percaya, beliau akan mempunyai kedudukan yang lebih kuat menghadapi Teresa Kok dan Ronnie Liu dalam konteks “politik tawar-menawar” antara PKR dan DAP di Selangor.
Dan lebih daripada itu, beliau juga akan mempunyai hubungan yang lebih produktif dengan KSN Tan Sri Sidek Hassan dan Kerajaan Pusat di Putrajaya. Jika semuanya terjadi tentu kita dapat membayangkan betapa Abdul Khalid akan menjadi seorang Menteri Besar Selangor yang “hebat”, sukar digugat oleh Azmin Ali atau sukar diperlekeh oleh Dr. Khir Toyo. Dan sukar pula “ditundukkan” oleh Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Tetapi untuk menjadi Menteri Besar yang “hebat” seperti itu, Abdul Khalid mestilah benar-benar memahami hakikat “politik tawar-menawar” pada satu tahap dan pada satu tahap yang lain memahami pula “politik pentadbiran”. Beliau mestilah bijak “memilih musuh” dan mesti waspada pula “mengawal kawan”.
Barangkali kerana kurang arif membaca yang “tersirat” itulah yang menyebabkan Abdul Khalid telah tersilap dalam “memilih musuh” (mengurangkan musuh) sehingga SUK yang sepatutnya disambut dan diraikan sebagai kawan telah dianggap dan dilayan sebagai “musuh”. Dan pada masa yang sama dia “menumpang kasih” kepada rakan-rakannya pimpinan DAP tanpa menyedari bahawa antara PKR dan DAP terdapat dua jenis hubungan yang berselang seli antara “bekerjasama” dan “bersaingan”. (berselang seli antara dua bentuk hubungan yang bersifat cooperative dan competitive).
Ertinya, dalam konteks coalition politics (politik gabungan parti-parti), sebagai rakan kongsi dalam pakatan pembangkang, antara PKR dan DAP sewajarnya terdapat hubungan yang bersifat bekerjasama untuk menghadapi atau berlawan dengan Barisan Nasional .
Tetapi dilihat dari satu dimensi yang lain (konteks dalaman pakatan pembangkang sendiri) antara PKR dan DAP terdapat hubungan yang bersifat persaingan. Ini adalah kerana masing-masing PKR dan DAP mempunyai sumber sokongan dan pengikut (constituents) yang berlainan dari segi kaum, agama dan latar belakang sosioekonomi, dan oleh kerana itu masing-masing mempunyai hasrat, keinginan dan kepentingan yang berbeza-beza, yang adakalanya bertembung dan bercanggah.
Perbezaan dan percanggahan hasrat antara PKR dan DAP ini sebenarnya bukanlah rahsia dan bukanlah perkara baru. Jika kita susur galur asal-usul masing-masing parti, perbezaan tersebut akan semakin ketara.
DAP seperti diketahui ramai adalah kelahiran kembali (peninggalan) People Action Parti (PAP) yang diwariskan oleh Lee Kuan Yew bila Singapura keluar dari Malaysia. Slogan “Malaysian Malaysia” peninggalan Kuan Yew memang menyakitkan hati orang Melayu dan menyebabkan meningginya suhu politik negara ini tidak lama selepas Malaysia terbentuk hingga akhirnya pulau kecil itu terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Sebagaimana melihat PAP, imej anti-Melayu DAP itu sukar dipisahkan daripada tanggapan bangsa Melayu.
Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara am dapat dianggap sebagai parti serpihan UMNO yang didirikan dan didukung oleh beberapa orang tokoh yang kecewa dengan UMNO kerana pelbagai sebab. Erinya, walaupun turut dianggotai oleh beberapa orang tokoh bekas Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebahagian besar penyokong PKR, dalam hati kecil masing-masing masih setia kepada perjuangan (atau ideologi) UMNO yang menurut anggapan sesetengah pihak tercemar oleh sikap angkuh dan perbuatan korup beberapa individu tertentu.
Dengan kata lain antara PKR dan DAP terdapat perbezaan yang menjolok dan hakiki sifatnya. Walaupun pada zahirnya terdapat kerjasama melalui pakatan pembangkang, pada hakikatnya kedua-dua parti adalah bersaingan kerana masing-masing mempunyai matlamat yang berlainan, memperjuangkan kepentingan dan hasrat yang bukan sahaja berbedza malah bercanggah.
Untuk memenuhi hasrat dan kepentingan konstituen atau pengikut yang berbeza-beza dan kadang-kadang bercanggah itu, maka antara pimpinan PKR (Abdul Khalid) dan pimpinan DAP (Teresa Kok, Ronnie Liu dan yang lain-lain) dari semasa ke semasa berlakulah proses tawar-menawar dalam pelbagai situasi termasuk (terutama) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dalam proses tawar-menawar sedemikian, saya percaya, kedudukan Abdul Khalid akan lelbih kukuh dengan kehadiran Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri jika antara keduanya terbina persefahaman dan silaturahim serta persamaan matlamat dan persepsi tentang perkara-perkara yang asasi.
Dengan demikian akan berkuranglah tuduhan dan prasangka bahawa Menteri Besar “dikepung” (atau “terkepung”) oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mempunyai agenda yang berbeza.
Akhirulkalam, pada hemat saya, Abdul Khalid, sewajarnyalah kembali ke pangkal jalan dan memahami serta menghayati hakikat “politik tawar-menawar” dan “politik pentadbiran” (terutama dalam konteks hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat) yang dalam konteks Malaysia tidak dapat dipisahkan daripada payung panji Raja Berperlembagaan yang masih berdaulat.
Senator Datuk Dr. Firdaus ABdullah
ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

AKIBAT MENGIKUT TELUNJUK DAP......

SIDANG DERHAKA!

(Ketegasan & sikap non-partisan Tuanku Sultan Selangor telah diputarbelit dan dipolitikkan oleh Pakatan Syaitan - penggantungan darjah kebesaran kepada bekas MB Selangor Khir Toyo semalam bukti jelas Tuanku bertindak bebas dan tanpa memihak)

Salam 2 all.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim membuat kenyataan bahawa satu sidang tergempar DUN Selangor akan diadakan pada hari Isnin 19 Safar 1432 bersamaan 24 Januari 2011 selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan. Tujuan utama sidang tergempar itu kononnya "untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri".

Politik Cakap Tak Serupa Bikin

Pertama pada teman ini adalah satu lagi bukti "politik cakap tak serupa bikin" Pakatan pembangkang. Mereka komplen konon perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi dibuat tanpa konsultasi dan rujukan kepada Menteri Besar Selangor, walaupun sebenarnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor & Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan perlantikan (dan pemecatan) seseorang SUK Negeri adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kalau konsultasi dan rujukan dibuat pun tidak ada apa yang boleh dibuat oleh Menteri Besar, beliau tidak boleh menerima atau menolak sebarang perlantikan. Kalau nak rujuk pun, bak kata orang Melayu, sekadar memberi penghormatan sahaja. Omputeh kata "just for courtesy sake". Tapi dari segi undang-undang, peruntukkan jelas.

Tapi yang kelakarnya, dalam dok komplen mereka tidak dirujuk atau dibuat konsultansi semasa perlantikan Datuk Khusrin, tetapi dalam memanggil sidang tergempar DUN Selangor, itulah yang mereka buat pun. Mereka langsung tidak merujuk atau membuat konsultansi dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sedangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor jelas memperuntukkan perkenan Tuanku mesti diperolehi dahulu sebelum satu sidang boleh diadakan Jangankan perkenan, jumpa Tuanku pun tak. Ini bukan lagi kurang ajar dan biadap, tetapi satu penderhakaan jelas terhadap Tuanku Sultan Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Double Penderhakaan

Mereka berbuat seolah-olah Negeri Selangor Darul Ehsan ini negeri yang tiada Sultan yang memerintah. Atau apakah ini bukti jelas sikap dan belang sebenar mereka khususnya parti cauvinis dan rasis DAP, memang mereka langsung tidak menghormati dan mengiktiraf Kesultanan Melayu dalam negara ini.

Pada teman, ini satu penderhakaan yang melampau. Double-derhaka! Sudahlah mereka menderhaka tidak mengiktiraf perlantikan seorang pegawai kerajaan yang bukan sahaja sah dibuat mengikut undang-undang, malah sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan. Kini mereka meneruskan kebiadapan dan penderhakaan mereka dengan memanggil sidang tergempar DUN Selangor tanpa mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Tuanku. Teman ingin merafak sembah dan mencadangkan kepada Tuanku supaya memecat segera Menteri Besar derhaka ini. Teman juga mencadangkan kepada Tuankun Selangor supaya melucutkan sebarang gelaran dan anugerah kebesaran negeri yang telah diberi kepada penderhaka-penderhaka ini!

Motif Sebenar Para Penderhaka

Selanjutnya, apa motif sebenar para penderhaka ini? Jika kita andaikan sidang dibuat sah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta mendapat perkenan Tuanku (yang sebenarnya tidak sah malah haram), tetapi tujuan yang disebut kononnya untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Jelas lagi terang bahawa untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, mereka memerlukan majoriti dua pertiga ADUN yang ada. Sudah jelas bahawa mereka tidak ada dan tidak akan mendapat undi majoriti dua pertiga tersebut, tetapi mereka masih mahu meneruskan juga sidang derhaka ini.

Pada teman, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan mempolitikkan isu yang bukan isu ini. Konon nanti akan dicanang kepada kaum bukan Melayu tengok macam mana kerajaan dibawah pengaruh DAP dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan Melayu dan Raja Melayu. Dan mereka mahu menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar mereka kepada institusi orang Melayu termasuk Raja-Raja Melayu, supaya nanti generasi muda mereka juga akan menjadi biadap dan kurang ajar terhadap insitusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan.

Maka akan lahirlah lebih banyak "generasi Namewee", yang begitu biadap dan angkuh terhadap institusi Melayu dan Kerajaan Persekutuan bila kononnya kita bersikap rasis. Tetapi bila kaumnya sendiri bersikap rasis saperti ADUN Komtar, sepatah haram pun tidak keluar dari mulut mereka. Human right konon! Mana human right dan hak asasi kemanusiaan pemilik Restoran Nasi Kandar Allyar? Takde pulak dengar kot Namewee dan yang sewaktu dengannya nak buat lagu memaki hamun dan mencarut terhadap tindakan rasis ADUN Komtar? Mengapa? Ketuk kepala tanya kepala otak masing-masing, kalau masih ada kepala otak!

Sandiwara Syaitan - kembalikan kuasa Sultan?

Selanjutnya, saperti yang teman kupas panjang dalam entri bertajuk "Sandiwara Syaitan: Khinzir disebalik Yong Tau FOO" bertarikh 29 Muharram 1432/ 04 Januari 2011, isu ini hanyalah sandiwara politik para politikus yang dah nak bungkus ni sahaja. Berikut teman ulang semula apa yang teman sebut:

"Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan & Kesultanan Melayu", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Putarbelit Yang Sebenar

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Selanjutnya, tujuan Sidang Derhaka ini mahu dibuat juga adalah kerana mereka mahu mengambil "political mileage" daripadanya. Mereka tahu jika sidang diteruskan pun, cadangan pindaan Perlembagaan itu akan ditolak kerana ketiadaan majoriti 2/3. Maka bila itu berlaku, akan dicanangkan bahawa UMNO/BN menolak usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Bahawa UMNO/BN anti-Raja, anti kuasa Melayu. Maka akan dikompangkan bahawa rakyat perlu memberi majoriti 2/3 kepada para penderhaka ini dalam pilihanraya akan datang supaya mereka boleh memerintah ikut cara dan nafsu mereka. Berhati-hatilah dengan politik putar-belit ini wahai rakyat Malaysia! Kalau kepala dia dah kaki putar dan pembohong, bayangkanlah takat anak buahnya!!

Bercakap mengenai manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini, teman tidak langsung terperanjat dengan kebisuan Dinasti 3A ini. Sebenarnya tindak-tanduk Khalid (dan para pencacainya) hanya sekadar mempercepatkan talqin dibaca untuk mereka, kerana sudah ada calon yang sedang tersenyum meleret menunggu untuk dimahkotakan sebagai MB Selangor yang baru. Sebab itu teman tidak terkejut kalau ada berita wakil rakyat nak letak jawatan. Malah kalau depa terjun Wisma Masalam pun teman tak terkejut! Nasyib ekau lah Khalid & juak-juaknya!

Rumusan

Oleh itu, teman merumuskan beberapa tindakan yang perlu diambil untuk berdepan dengan para penderhaka yang biadap dan kurang ajar ini:

1. Satu lapuran polis perlu dibuat oleh mana-mana ADUN Selangor terhadap Speaker, Menteri Besar dan Kerajaan pembangkang ini tentang tindakan mereka untuk mengadakan sidang derhaka ini yang jelas melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri;

2. Mana-mana ADUN Selangor perlu menimbang untuk memfailkan prosiding mandamus di Mahkamah Tinggi Malaya untuk memaksa Speaker berhenti daripada meneruskan sidang derhaka ini dan mendapatkan perintah injunksi menghalang sidang derhaka ini daripada diteruskan pada waktu dan tarikh yang ditentukan;

3. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dengan serius menarik balik darjah kebesaran Negeri Selangor yang telah diberikan kepada Menteri Besar, Speaker dan mana-mana ADUN yang terlibat dengan penderhakaan ini;

4. Tuanku Sultan Selangor perlu menimbang dan mengkaji dengan serius untuk memecat Menteri Besar derhaka ini dan menggantikannya dengan YB Dato' Hassan Ali atau mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti kesemua ADUN;

5. Didalam keadaan yang perlu, kemungkinan Tuanku Selangor boleh menimbang membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan mengadakan pilihanraya baru;

6. Jika keadaan makin meruncing sehingga keselamatan negeri Selangor dan negara serta kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya terancam, sekali lagi teman cadangkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor, Kerajaan dan Menteri Besar yang ada hendaklah dipecat, Dewan Undangan Negeri digantung dan Majlis Keselamatan Negeri ditubuhkan untuk mentadbir Selangor sehingga pilihanraya baru negeri Selangor diadakan dan sebuah Kerajaan Negeri yang baru dilantik.

Cabaran bubar DUN

Teman juga mengambil kesempatan untuk mencabar Kerajaan pembangkang supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor kalau mereka benar-benar anak jantan. Serahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan Kerajaan baru yang mereka mahukan. Ini adalah kerana rakyat Selangor khususnya sudah mula sedar bahawa banyak janji-janji pilihanraya dan manifesto yang dikompangkan langsung tidak ditunaikan, malahan dibuat sebaliknya.

Malah ada dikalangan rakyat yang mula rasa tertipu dengan mainan politik melampau pembangkang ini. Lihat sahajalah masyrakat India yang mula merasa tidak puas hati. Jangankan masyarakat India, wakil rakyat berbangsa India dari kalangan mereka sendiri pun berasa teraniaya. Lihat sahaja YB Gobalakrishnan, yang kini menghadapi nasib kemungkinan besar akan dipecat hanya kerana menyuarakan kritikan dan bantahan dalam membela nasib kaum India.

Apa pun, saperti yang teman sebut, sebenarnya isu perlantikan SUK ini sebenarnya adalah satu "Konspirasi Syaitan" untuk satu agenda yang lebih besar yang sedang mereka rancang. Secara halus dan licik mereka sedang merancang, cuma malangnya ada kalangan orang Melayu dan pak jangoat yang sudah lupa diri dan mengkalkatukan diri serta bodoh dan jahil dan termasuk didalam perangkap ini. Insyallah bila tiba masanya teman akan dedahkan apa sebenarnya "Konspirasi Syaitan" ini. Apa pun, sebenarnya tindakan mereka ini mempunyai tujuan lain disebaliknya, pepatah Melayu kata "ada udang sebalik batu", pepatah golongan bapuk pulak kata "ada khinzir disebalik Yong Tau FOO!!".
Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Safar 1432
13 Januari 2011

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]