Showing posts with label PRK TENANG. Show all posts
Showing posts with label PRK TENANG. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

JAMPI TOK GURU NIK AJIS SEMAKIN TAK MENJADI.....

Tenang dilanda banjir, pemimpin Pas hilang entah ke mana!

Oleh M. HANAFIAH A. SAMAD

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas.' Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah, tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Md Isa turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaik-baiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal, bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapuk yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. 'Buku jingga 100 hari' dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai di hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja.

Tuesday, February 1, 2011

LAGI BUKTI PENGUNDI SENYUM PADA PAS BERI UNDI PADA BN

Tenang: Pengundi ternyata lebih yakin perjuangan Islam BN

"SEDIHLAH tuan, Pas kalah... teruk pulak tu! Satu minggu saya dan isteri tolong kempen sini. Agak-agak apa sebab kami kalah, tuan?"
Seorang lelaki berjaket dengan lambang Pas dari Batu Pahat melontarkan soalan, tidak lama selepas beliau dan isterinya duduk di kerusi kosong dan meja sama dengan penulis di sebuah restoran mamak di Labis semalam.
Beliau berada di Labis untuk membantu jentera Pas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Isterinya yang duduk berhadapan penulis pula memberitahu:
"Saya jumpa orang perempuan di Felda-Felda dan kampung, mereka layan kami baik. Nampak seolah- olah sokong kami, tapi rupa-rupanya tak beri undi."
Penulis sebenarnya lebih awal menjamu sarapan pagi di restoran itu yang penuh sesak dengan pelanggan, malah ramai yang berdiri. Hendak memesan roti canai pun terpaksa berbaris panjang, ambil sendiri daripada penebar roti.
Soalan lelaki dikenali sebagai 'Abang Mat' bekerja sebagai peniaga itu diajukan selepas perbualan singkat dengan penulis yang membawa kepada perkenalan kami. Malah beliau sempat meminjam dan membaca dengan khusyuk akhbar Utusan Malaysia yang penulis bawa.
Penulis ketika itu tanpa ragu-ragu memberitahu bekerja dengan akhbar Utusan Malaysia, yang selama ini digelar oleh penyokong Pas sepertinya sebagai 'Utusan Meloya' dan segala macam hinaan.
Apa jawapan kepada 'Abang Mat', akan penulis sebut selepas ini.
Malam tadi, ketika menggunakan komputer riba di Masjid Jamek Labis, tempat penulis dan pasukan petugas Utusan Malaysia beroperasi selepas rumah sewa kami di Kampung Sungai Gatom dinaiki air banjir setinggi lebih satu meter, seorang usahawan Pas juga berkenalan dengan penulis.
"Saya tak boleh terima, tuan. Bagaimana Pas kalah seteruk ini?
"Adakah orang Melayu tak boleh terima Pas, sedangkan orang Cina sudah mula sokong kami?" soalnya yang memperkenalkan diri sebagai Mahad berasal dari Klang, juga berjaket lambang Pas.
Kami berbual di sudut berbumbung di tepi bilik mengambil wuduk masjid itu.
Di hadapan sana, di dalam dewan solat, kaki lima dan tingkat atas masjid, padat dengan kira-kira 600 orang yang mengalami nasib sama seperti penulis.
Mereka terperangkap tidak boleh pulang, sama ada ke Kuala Lumpur dan negeri lain mahu pun ke Segamat serta Johor Bahru sebab semua jalan keluar dinaiki air.
Penyudahnya, penulis sendiri, rakan-rakan wartawan dan semua 'orang luar' tersebut terpaksa tidur di dalam masjid berkenaan.
Selain 'Abang Mat', isterinya dan Mahad, terdapat dua lagi petugas Pas termasuk Yunus dari Shah Alam bertanya soalan yang sama kepada penulis di masjid tersebut.
Jawapan kepada keempat-empat aktivis Pas itu sama sahaja. Penulis tegaskan kepada mereka bahawa cara lama Pas terus-terusan memperalat hukum-hakam agama dengan harapan orang Melayu menyokong parti itu, sangat keterlaluan dan tidak disenangi orang Islam.
"Walaupun saya bekerja dengan akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, itu tidak bermaksud saya tiada pendirian atau pegangan dalam bab agama sebab saya juga orang Islam.
"Setakat ini saya sendiri tak jumpa lagi 'fatwa-fatwa' Pas yang konsisten. Apabila isu itu melibatkan orang UMNO, mereka kata tidak boleh dan apabila kena mereka sendiri, mereka cakap boleh," kata penulis.
Mengenai sikap pengundi terhadap Pas, penulis menjawab:
"Saya fikir orang Melayu di Tenang berkongsi pandangan dengan saya. Mereka lebih meyakini pendekatan Islam oleh UMNO. Siapa kata di Johor, BN (Barisan Nasional) tak utamakan Islam?
"Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, Johorlah yang terawal perkenal pengajian agama dan al-Quran secara terurus dan sistematik iaitu mempunyai sekolah agama sendiri gunakan peruntukan kerajaan.
"Sebab itu orang Melayu bertambah marah apabila ada orang Pas kata 'haram syarie' undi UMNO.
"Adakah orang Pas bermaksud orang Johor dan negeri lain yang undi UMNO dan BN selama ini telah dicatatkan dosa mereka oleh malaikat dan perlu bertaubat?"
'Abang Mat', isterinya, Mahad, Yunus dan seorang lagi penyokong Pas tidak membalas jawapan penulis, sekadar mengangguk kepala.
Mereka dan juga hampir kesemua 600 'musafir' yang 'berkampung' di Masjid Jamek Labis malam semalam juga diyakini adalah penyokong Pas berdasarkan pakaian dan nada perbualan sesama mereka.
Dan pagi semalam, selepas menunaikan solat subuh, penulis jelas melihat wajah para 'musafir' terbabit terkejut melihat Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berada di situ sama-sama mengikuti kuliah di hadapan mimbar dan sebaris kira-kira 50 rehal berserta al- Quran di saf pertama.
Ketika berbaris panjang untuk mengunakan tandas bagi membersihkan diri, sekali lagi terserempak dengan Mahad. Selepas melihat keseriusan kerajaan BN mengangkat syariat Islam di masjid itu, beliau tersenyum lebar dan menjadi lebih mesra dengan penulis.
Selepas 13 hari membuat liputan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, penulis menyimpulkan kemenangan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi semalam didasari keikhlasan parti itu dalam perjuangan meninggikan syiar Islam dan juga membawa pembangunan kepada rakyat.
Sedangkan Pas hanya menggunakan agama menerusi pelbagai cara termasuk tohmahan dan cacian untuk mencari undi.

INI BUKTINYA PENGUNDI KEMBALI KEPADA BN

Mesej jelas pengundi Tenang

 

Dan kepada BN pula, sudah semestinya mesej daripada pengundi Tenang tersebut menjadi motivasi paling berharga untuk dibawa ke Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.
 

Monday, January 31, 2011

TERIMA HAKIKAT BILA KALAH....BUKAN SALAHKAN ORANG LAIN....

Kemenangan BN Bukti Rakyat Tolak Idealogi Pembangkang



KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pengalisis politik tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah penolakan yang nyata terhadap pakatan pembangkang.

Katanya, gelagat Pas yang bersekongkol dengan Dap dilihat sebagai tidak selaras dalam pelbagai hal selain PKR terus-terusan dibelenggu masalah dalaman adalah antara faktor kenapa mereka ditolak.
“Rakyat hari ini bijak membuat penilaian berdasarkan kepada pelbagai hal-hal semasa, khususnya pelbagai isu membabitkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang,” katanya kepada UMNO-Online.
Terangnya, biarpun kemenangan BN di DUN Tenang sudah dijangka berdasarkan Johor yang telah dominan sebagai ‘kubu kuat’ UMNO tetapi pertambahan majoriti ke atas calon BN memperkukuhkan lagi kedudukan parti ini dan menjauhkan lagi jurang penolakan rakyat kepada pakatan pembangkang.
“Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.”
“Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.
“DAP dan Pas tidak mungkin akan dapat sepakat kerana mereka bertentangan idealogi terutamanya berkaitan dengan pendekatan Islam; mereka tidak sependapat, selalu bergaduh yang secara tidak langsung melemahkan pakatan mereka sendiri,” jelasnya.
Khoo yang juga tokoh akademik turut memaklumkan bahawa apa yang berlaku kepada negeri-negeri pakatan pembangkang termasuklah wakil rakyat mereka menjadi penilaian untuk rakyat menentukan siapa pilihan dalam setiap pilihan raya.
“Negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan asyik kecoh bukan kerana mahu laksanakan tanggungjawab tetapi begaduh dalam hal-hal remeh-temeh sehinggakan permasalahan rakyat gagal diselesaikan dan rakyat pula yang terpaksa menyelesaikan masalah sendiri,” katanya.
Ujarnya, biarpun kemenangan BN ini menepati ramalan awal tetapi ia mampu memberi semangat untuk terus bekerja setelah BN sebelum itu dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi dan merampas Dun Galas, November lalu.
PRK DUN Tenang adalah siri PRK ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008, dan kemudian di Merlimau, Melaka pada 6 Mac depan. – MediaUMNO

PASCA PRK TENANG : APA KATA PEMBANGKANG

P

Apa kata pemimpin Pakatan Haram kekalahan di Tenang ?


Aiyaaa ! Waa cakap 70 % pengundi Cina Labis sokong Pakatan ..tapi waa tak tau macamana peti undi majoriti  Cina itu boleh kalah ..ini mesti ujan la punya pasal ..kita olang tak boleh keluar itu umah masa ujan lebat ..banyak suweeee ....


Ini semua kerana kerja TV3 & Utusan Malaysia yang kawal media & bersekongkol dengan UMNO/BN memperbodohkan rakyat & pengundi di Tenang ..


pergi jahanamu semua sekali ..mu semua tak undi PAS adalah orang Jahiliah


Peneroka2 Felda  masih lagi  diperbodohkan Isa Samad & Ahmad Maslan 
untuk menuntutkan hak mereka


itu UMNO  bodoh , dayus , lembikkkkkk


walau apapun kata mereka ...BN telah ditakdirkan Allah menang dan mewakili rakyat di Tenang . PB masih lagi  berada di sini dan mengharapkan air akan surut agar boleh pulang semula ke Penang .

Saturday, January 29, 2011

DEMI POLITIK PAS SEMUANYA BOLEH.............

PAS Merendahkan Peranan Wanita

Berita Harian, 24 Januari 2011. (baca sini)

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO” )….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!……. (Pendengar jawab “Munafiq” ) dan disambung “Munafiq”.
Dulu PAS kata UMNO ini kafir dan munafik kerana berkawan dengan MCA dan MIC, namun sekarang bila PAS berkawan dengan DAP apa pula hukumnya? Menafsirkan semula yang dulunya haram menjadi halal hanya menurut selera politik semata-mata.

PAS pernah menghalang calon wanita untuk bertanding dalam PAS mengikut buku yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini. Sekarang ini PAS halalkan pula.

Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidal adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu. PAS pernah merendahkan martabat wanita untuk bekerja.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata "cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka". Hari ini PAS telah gunakan wajah yang rupawan untuk memancing undi daripada rakyat. PAS bukanlah parti yang boleh dipercayai oleh rakyat, esok lusa mereka boleh berubah-berubah pendirian setelah dipengaruhi oleh DAP. Usah terpedaya dengan taktik PAS.

http://anginperubahan.blogspot.com/

Tuesday, January 25, 2011

TERKINI : DUNIA SUDAH TERBALIK.....

Tindakan Pas Doa Sesama Islam Hancur Memalukan



MUAR, 24 Jan – Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd Syah menyifatkan tindakan Pas menaikkan kain rentang mendoakan keburukan UMNO adalah satu tindakan yang tidak wajar dan ianya bukan sifat seorang yang beragama Islam.

“Tindakan mereka ini tidak beradap. Ini ke parti yang memperjuangkan Islam? Ini ke cara orang Islam? Ini semua jelas tersimpang jauh dari tuntutan agam Islam. Islam menganjurkan sikap yang baik dan berdoa untuk kesejahteraan, bukan untuk mendatangkan bala, lebih-lebih lagi sesama Islam.
“Saya rasa sedih dan pelik, seorang yang berpengetahuan luas tentang agama, boleh mendoakan yang tak baik. UMNO tidak pernah berdoa yang buruk untuk Pas. Semasa Nik Aziz terlantar di hospital, Perdana Menteri datang melawat walaupun  berlainan fahaman politik. Ini baru betul. Malulah orang Pas ni,” ujarnya dengan nada kesal.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Pas yang menaikkan kain rentang dan meminta orang ramai berdoa agar Allah menurunkan bala kepada UMNO semata-mata ingin meraih undi di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Walaupun saya ini bukan alim ulama, tetapi sebagai seorang yang beragama Islam dan percaya kepada kitab yang sama, menyembah Tuhan yang sama, seharusnya kita tahu tentang adab sopan berdoa. Jangan sampai menggadaikan maruah Islam hanya untuk kepentingan diri,” katanya lagi.
Menurut Ismail, kini jelas terbukti UMNO sahaja yang benar-benar parti politik yang telus dan sentiasa memperjuangkan agama Islam dengan baik dan telus. Tiada kompromi tentang agama.
“Saya benar-benar tidak faham dengan sikap Pas. Nama sahaja memperjuangkan Islam tetapi sikap dan tingkah laku mereka amat bercanggah. Sudah lah sering bersikap ganas dan kini cuba memperlekehkan agama pula,” ujarnya.
Beliau amat berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap perkara ini. Baginya, kempen Pas ini amat keterlaluan dan ianya tidak patut dibiarkan.
“Kempen seperti ini bukan sahaja tidak patut, malah memalukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Saya amat berharap, SPR akan memandang serius perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

DARI BAWAH POKOK........

PANAS!!! Salahuddin Ayub halau Nizar keluar dari Tenang...


Gua dapat berita bahawa ada masalah besar yang sedang berlaku didalam kem PAS di PRK Tenang sekarang ni.

Disampaikan kepada gua, Salahuddin Ayub dah mula "berperang" dengan Nizar Jamaluddin pasal isu kempen yang menfatwakan HARAM bagi undi kepada UMNO di Tenang.

Didalam mesyuarat penyelarasan kempen PAS semalam, sahabat gua yang ada dalam tu dah bagi tahu bahawa Salahuddin dah bagi kata dua pada Nizar. Kira macam last warning lah ni..

Nizar diberikan pilihan sama ada hentikan kempen yang menggunakan agama ataupun Nizar boleh berambus balik awal ke Perak.

Katanya, kepimpinan tertinggi PAS dah bising pasal Nizar pandai-pandai keluarkan fatwa di Tenang. Nizar ni pun satu..., dia bukannya tak tahu yang fatwa dalam PAS hanya boleh dikeluarkan oleh Nik Aziz sorang jee...

Mungkin Nizar ni nak ganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS kot ? Kalau geng komunis ni jadi Mursyidul Am parti cap bulan..., alamatnya PAS akan mampus berkubur tanpa nesan baiii...

Gua difahamkan, Nizar tak puas hati pada Salahuddin dan tuduh Din Puduraya ni sebagai agen perpaduan UMNO pasal tak bagi dia hentam UMNO dalam kempen. Wahh... memang panas ni baiii...

Akibat dari insiden tu, Nizar katanya akan boikot semua kempen PAS di Tenang selagi Salahuddin tak mintak maaf kat dia. Hahahaha..., pandai merajuk jugak yee si talibarut komunis Perak ni. Dalam hati Nizar rupanya ada taman jugak yeee....

Kalau korang baca statement Salahuddin dalam MalaysianInsider hari ni, memanglah nampak macam isu ni dah selesai, tapi ada perkara yang Salahuddin sembunyikan tu... Mana dia berani cerita pasal Nizar marahkan dia ni..

Sekarang ni gua tunggu Nik Aziz pulak bagi komen pasal isu fatwa Nizar di Tenang ni. Apakah Pok Nik akan pujuk Nizar ataupun masuk side Salahuddin?

Korang tengoklah nanti..., apapun.., mesti UMNO jugak yang disalahkan. Bukan korang tak tahu permainan politik bangsat PAS selama ni kannn.

Tenang: UMNO, don’t spoil the advantage!

Tuesday, 25 January 2011

My preceding article has created a mild storm. I have offered a frank assessment of the chances of the PAS candidate. The assessment may not be true but I have given reasons for my thinking so. If you counter argue by casting aspersions as to the abilities of your adversary- that could only mean, you don't have substance in your arguments. We can disagree politely I hope.

The thrust of the essay was my assessment on who is going to win. It's not a debate on halal or haram of shaking hands between persons who are not muhrim. Most of the commentators like I who touched the subject are layman in so far as expertise on the subject is concern. The proper debate should be conducted by the experts in the field. I am not easily taken in by the argument by one commentator that he/she has done some research on the subject; to what level if I may ask? The authenticity of your sources? Your own level of understanding on the subject? Research by a form 3 student is not the same as research by an undergraduate.

As to the PAS candidate, she has all the admirable qualities as a winnable candidate. The first time I encountered a similar behavior was sometime in 1975 I think. I visited a relative in what was then Pantai Dalam who had just taken a young bride from his home state of Kelantan. When we were introduced, she used her selendang to buffer hand hands doing handshakes. This was very civilized and spiritual I thought. So, if cikgu Mala chooses this method it's admirable.

Then, we only need to ask, will this element be her advantage? To me, it's good she displays the pious qualities. The merits go to her as a person. Will that be beneficial to society as a whole, is another question. Ok, I can understand the angst some people have at a somewhat liberal view of such pious act. It's like comparing a person who is pious and a person less pious but street-smart. A person's piety brings goodness to himself but the other person's street smartness brings good to the greater number. So which one will you choose?

That's when an admirable quality can in fact turn into a liability. The people making a judgment on her are not made up of her brothers and sisters, or those who, if they come in physical contact with her, does not require her to renew ablution ( ambil wudhu') or 80 year old non lecherous men. Though I know of some octogenarians who is still at it (including even kings).

It is admirable that she goes around wearing gloves and shakes hands. This is demanded by the Shafie School of Islamic jurisprudence as practiced here in Malaysia. It is also noteworthy to be aware that the other schools of Islamic jurisprudence do not share this strictness. Above all, this isn't the main issue I wrote of in that article. The article was about who is going to win. Winning will depend on the ability to establish one's relevance in Tenang. Given her constitution, will she be more relevant than the BN candidate? We should be debating that.

No one raises arguments against the FELDA support, the non FELDA Malays and the Chinese in Tenang who vote on practical considerations. Instead everyone seems to zero in on the issue her choice not to shake hands with menfolk barehanded.

We shall leave the acrimonious exchanges. I like to be fair to the opposition too. Now, I offer my thoughts on the BN candidate.

UMNO people never learn. They were nearly defeated in the 2008 elections but behaved as though things will get better for them. Its leaders gallivant around making out themselves as being God's gift to the country. The UMNO president and PM can talk as much as he wants and wipe the saliva at the corner of his mouth; UMNO seems impervious to change. Members of UMNO Johor appear to be the cockiest of the lot.

Before this former ADO got chosen, at least 15 names among UMNO stalwarts were submitted. None was chosen and an outsider, who didn't hold any post in the division, was selected. This created pandemonium within UMNO Bahagian Labis. UMNOniks responded the only way a spoilt child would have behaved. They sulked for days refusing to campaign for the outsider.

Muhyiddin had to come a few times to put things in order. The UMNO president has to come to Tenang a few times. Ahmad Maslan, the clownish Information Chief and Deputy Minister who has the habit of handing out his business cards to people, literally encamps himself in Tenang. Support and efforts from UMNO Bahagian Labis were not forthcoming. Things are really moving at a snail's pace there in Tenang.

The cockiness of this UMNO bahagian even extended to its refusal to let other UMNO divisions in Johor come into Tenang to help out. One local UMNO warlord is now busy collecting names and signatures of UMNO members who will protest by disowning their UMNO membership and pledged allegiance to PAS and its candidate.

UMNO is facing the PAS candidate as a house divided by internal revolt. The advantage it has on paper looks likely to be cancelled out by its stupidity.

Friday, January 21, 2011

TERKINI PRK DUN TENANG : PAS ANGKAT BENDERA PUTIH....

JIKA TAKUT PADA RISIKO, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN !!

Posted: Friday, January 21, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
0
Tajuk ini mengingatkan Melayu CinDia kepada kata2 hikmah dicampuri penipuan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Ianya sebagai pembuka bicara buat kesemua ahli2 politik dari kedua2 belah parti yang akan mula bergerak ke Tenang, Labis pada hari ini. Insyaallah, esok akan berlangusungnya Hari Penamaan Calon PRK DUN Tenang sebagai mukadimah Hari Berkempen selama 7 hari. Bloggers juga tidak terkecuali terlibat dalam misi ini. Tidak kira dari pihak Pro Kerajaan mahupun Pembangkang, misi bloggers tetap sama iaitu bagi memastikan calon dari parti masing2 menang pada PRK DUN Tenang. Akan tetapi, pada pandangan Melayu CinDia, kemenangan tetap berpihak pada BN. Ini diperakui oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang. Misi pembangkang kini hanya mahu memastikan mereka dapat mengurangkan majoriti berbanding keputusan PRU 12 yang lepas. Adakah misi mereka akan tercapai? Melayu CinDia mengucapkan SELAMAT BERJUANG BUAT KESEMUA BLOGGER.

CALON BN DUN TENANG DIKETAHUI !!

Posted: Wednesday, January 19, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
0
Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN bagi PRK DUN Tenang yang menandingi calon PAS, Cikgu Normala. Adakah BN juga akan meletakkan calon wanita? Tidak kira siapa juga calonnya, BN akan sentiasa memastikan rakyat di Tenang akan terus diberi pembelaan sepenuhnya. Sama2 kita nantikan pengumuman tersebut.

VIDEO BUKTI - CALON PAS NORMALA PERNAH DICERAI TALAK 3 ??

Posted: Tuesday, January 18, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
6
Fatwa PAS yang mengeji kaum HAWA menuntut agar mana mana Pemimpin mereka yang keluar parti menceraikan Isteri mereka dengan talak 3. Lihat VIDEO ini.



PAS MAKIN TAK 'TENANG' - SEBARKAN AKHBAR INI !!

Posted: Tuesday, January 18, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
3
Melayu CinDia menyeru kesemua blog Pro Kerajaan mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak tegas dalam menangani isu sebegini. Pihak Pembangkang telah mula mencetak akhbar seperti di atas dan mengedar kepada pengundi sebelum Tarikh Berkempen seperti yang ditetapkan SPR.

WIRA PERKASA - PAKATAN RAKYAT GABUNGAN ORANG2 BODOH !!

Posted: Monday, January 17, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: , ,
2
Ketua Wira Perkasa, En. Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan Gabungan PKR, DAP dan PAS berfikiran sempit, tidak matang dan kebudak2 kan apabila mengaitkan NGO PERKASA dalam memenangi hati pengundi di DUN Tenang. Pakatan Pembangkang dilihat kian terdesak apabila menggunakan strategi menakut2 kan pengundi bukan Melayu terhadap Kerajaan BN atas nama PERKASA.

PRK TENANG - DAP TOLAK CALON MUSLIMAT PAS??

Posted: Monday, January 17, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: ,
1
Penasihat DAP Lim Kit Siang mengaku kalah apabila DAP, PKR dan PAS menjelaskan kesukaran memenangi Pilihan Raya Kecil DUN kawasan Tenang pada 30 Januari nanti. Selain dari kubu kuat BN, calon Muslimat PAS dilihat tidak mampu menandingi BN di kawasan tersebut.

YAKIN MENANG - CALON PAS NORMALA OVER CONFIDENT !!

Posted: Monday, January 17, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
2
PAS mengesahkan ura-ura sebelum ini bahawa Normala Sudirman akan menjadi calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang.

PRK TENANG - PAS DAKWA PKR JOHOR ANTI MELAYU ??

Posted: Sunday, January 16, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
1
SATU PENGHINAAN!!. Itu kenyataan tegas beberapa pemimpin PKR Cabang di Johor terhadap PAS. Ianya berpunca dari tindakan PAS yang tidak membenarkan parti sekutunya itu mengadakan sebarang kempen di kawasan Melayu pada PRK DUN Tenang. Melayu CinDia mendapat maklumat bahawa PAS dikatakan khuatir dengan pendekatan Anwar Ibrahim yang mahu mengangkat Datuk Chua Jui Ming sebagai MB Johor jika Pakatan menang di Negeri tersebut. Anwar sebelum ini pernah mengumumkan akan memilih Datuk Chua sebagai MB Johor sebagai tarikan terhadap pengundi2 Cina di Johor. PKR Johor juga mendakwa tindakan PAS tersebut seolah2 menjatuhkan maruah parti tersebut yang kononnya memperjuangkan Ketuanan Rakyat tanpa mengira kaum. Beberapa Cabang di Johor juga akan mengadakan Mesyuarat Tertutup bagi mendesak PAS menarik semula arahan tersebut. Mereka mengugut akan memboikot PRK DUN Tenang dan tidak sama sekali akan membantu PAS jika arahan tersebut dikekalkan.

TERKINI PRK TENANG : AKIBAT BERKEMPEN SEBELUM WAKTU MAZLAN DI HALAU....

MAZLAN ALIMAN KENA HALAU DITENANG .

GEMPAR....
Mazlan Aliman telah dihalau oleh peneroka disalah satu penempatan Felda kerana memberi ceramah sebelum waktunya.Beliau dikatakan datang kepenempatan tersebut untuk memberi beberapa ciri ceramah berkaitan Felda.Namun kehadiran beliau dikawasan tersebut telah mengundang rasa tidak senang kepada kebanyakkan peneroka dipenempatan tersebut.
Diberitakan,beliau bersama2 dengan saorang AJK PAS Felda Bt.Batu telah berada dikawasan LABIS sejak berita kematian ADUN Tenang disahkan.
AJK PAS BT.Batu tersebut adalah saorang anggota PAS yang membuat laporan Polis berkaitan rombongan murid2 sekolah yang mahu kemajlis DS.Najib diTenang.Murid2 tersebut telah didakwa sebagai ingin berkempen untuk BN !.
Dalam insiden beliau dihalau itu, Penghuni sebuah rumah telah tidak membenarkan Mazlan Aliman untuk menjadikan rumah tersebut sebagai tempat mengagih2kan risalah yang menghasut peneroka Felda.Berita ini tersebar dengan cepat dipenempatan tersebut dan sekumpulan warga tua telah mengarahkan supaya Mazlan Aliman beredar ketempat lain dengan segera.


HE HE HE.....
PADAN MUKA.
LEBIH SUDU DARI KUAH !
NYAH KAU DARI TENANG.......

TERKINI PRK TENANG : UNDILAH CALON BN

CALON BARISAN NASIONAL DUN TENANG

CALON BARISAN NASIONAL DUN TENANG

TERKINI PRK TENANG : DAH TAHU KALAH TAK PAYAH BERTANDING...

Belum mula, PAS sudah ngaku kalah

Ini satu lagi perangai pelik puak - puak PAS. Mereka dah tahu akan kalah dalam Pilihanraya Kecil Tenang, tetapi masih berdegil nak bertanding juga buat apa?

Kenyataan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang awal - awal membuat ramalan bahawa PAS akan tewas dalam PRK Tenang.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sidang media yang diadakan baru - baru ini.

Beliau turut memberi gambaran bahawa PAS tidak mempunyai peluang cerah untuk menewaskan Barisan Nasional memandangkan Kerusi DUN Tenang itu merupakan salah satu kubu kuat UMNO.

Beliau juga turut menyarankan agar pihak Pakatan menghentikan serangan terhadap Felda kerana langkah tersebut ternyata merugikan mereka sahaja terutama dikawasan DUN Tenang.


Ianya berikutan tindakan Perdana Menteri memantapkan mutu kualiti Felda memberi sokongan padu kepada BN dikawasan tersebut.

Jadi, tak payah la PAS sibuk nak bertanding kalau dah tahu mereka akan kalah dalam Pilihanraya tu nanti. Buat menghabiskan duit derma rakyat sahaja.

TERKINI : UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Thursday, January 20, 2011

Mengenali calun anda


PROFIL Calon BN DUN Tenang

Nama: Mohd Azahar Ibrahim
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mei 1972
Tempat Lahir: Labis, Segamat
Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

Kelulusan:
Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom - 1996

Pekerjaan:
Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

Jawatan dalam parti
Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:
Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

TERKINI DUN TENANG : CALUN PAS BAHAN UJI KAJI SAHAJA?


Kata Mahfuz, PAS sudah banyak kali meletakkan kepercayaan pada kaum wanita dengan menurunkan mereka dalam pilihan raya.

“Khadijah Sidek adalah calon wanita yang pertama, yang kami turunkan pada 1950-an,” - Matput a.k.a Mr Bean yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

bodo punye Matput a.k.a Mr Bean. dulu PASngok jugak yg menghina kedudukan wanita dengan mendolak-dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak mengalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PASngok mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-quran, sebaliknya suara-suara muslimat PASngok dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Wally Slipor menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

“Kerajaan PASngok Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Wally slipor cabok pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Wally slipor kata, cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

Jadi oleh kerana PASngok tau mereka tak bley menang di Tenang, apa salahnya diorang letak calon wanita. Saje nak test market. Yang dapat aib kaum muslimat. tapi ade mereka kisah? huhuhu

itu pasal wally slipor terlior tengok peha eli yang putih melepak dan ketiak itam bebulu. dasat btul selera wally. Yang sebenarnya PASngok letak calon wanita kat Tenang untuk nak menunjuk2 kat pengundi yang parti mereka tu membela kaum hawa sedangkan BN dah lama iktiraf peranan wanita sehingga memegang jawatan penting dalam negara. pendek kata sejak dari tahun 50an calon musibat PAS boleh di kire dgn jari sehinggalah sekarang kehkehkeh..takebeer!!!

TERKINI : PRK DUN TENANG

CALUN PAS DITENANG - TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA !

CALUN PAS DIPRK TENANG "CIKGU MALA" adalah saorang guru diSegamat sebelum dicalunkan untuk bertanding dibawah tiket PAS.
Beliau meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam sebulan kemudian dan dicalunkan mewakili PAS diPRK Tenang.
Semasa menjawat sebagai saorang guru,beliau sememangnya sangat aktif mengambil bahagian didalam apa jua akltiviti yang dianjurkan oleh kementerian.Beliau juga sering menghadiri kursus jangka pendek dan panjang sama ada disemenajung mahu pun diSabah dan Serawak.
Disamping itu juga beliau sangat senang menerima tugasan yang diluar kewajiban sebagai saorang guru.
Namun segala apa yang telah dilakukan oleh beliau selama menjadi saorang pendidik adalah semata2 bertujuan untuk mendedahkan rahsia kerajaan kepada Pembangkang,terutamanya kepada  PAS.

(Banyak terlibat dengan aktiviti luar sekolah)
Sebagai bukti:-
        1. Bagaimana PAS boleh mengetahui bahawa Pengarah Pelajaran Johor didakwa telah mengarahkan
semua guru2 supaya memilih BN bila ada PRK atau PRU.
       2.Bagaimana PAS/DAP/PKR boleh menghidu ucapan saorang pengetua sekolah diKulai Johor yang mengatakan "Cina balik Tongsan" - sehingga DAP menganggapnya RASIS.
   3. Bagaimana Parti Pakatan Rakyat dapat menghidu ISU Ketuanan Melayu yang dibincagkan oleh
saorang murid melayu kepada murid cina disebuah sekolah dijohor juga.
 4. Banyak fail2 sekolah telah dibawa pulang kerumah  walau pun beliau tidak layak untuk berbuat
demikian.

(DIBAWA PULANG - UNTUK APA? )
Dasar kacang lupakan kulit.
Bagaimanakah PAS akan menguruskan calun seperti "cikgu Mala" ini.
Mungkin juga dia ini saorang KADER yang telah dilatih oleh DAP bagi menyusup
masuk kedalam kementerian pelajaran untuk mencuri maklumat.
Maklumat yang diperolehi akan disalurkan kepada DAP melalui PAS.....
Ini lah dasar DAP/PAS/PKR . Curi maklumat.Buat ISU kemudian hentam kerajaan !
PENGKHIANAT

Wednesday, January 19, 2011

TERKINI :PRK DUN TENANG

 

BN VS PAS


Kedua2 calun sudah di perkenalkan bermula lah perdebatan tentang mereka ini yang mana buruk lah yang mana baik lah yang penting undi dulu.

Nampaknya orang muda akan pemimpin rakyat, ini baru dikatakan pemuda yang berwawasan, saudara Mohd Azhar bin Ibrahim berumur 39thn berpendidikan kelulusan luar negara, menjadi calon Barisan Nasional (BN) beliau merupakan anak kepada seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi wakil rakyat pada lewat tahu 80an dahu, bapa beliau amat dihormati dan disegani semasa menjadi wakil rakyat dahulu.

Mohd Azhar akan berentap dengan sorang bekas guru yang meletak jawatan dalam masa 24jam kerana telah dicalonkan oleh PAS untuk menjadi wakil rakyat.

PRK TENANG : SELAMAT BERTANDING

Azhar ADO Calon BN Tenang

Share|

LABIS 19 Jan. – Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis adalah anak bekas ADUN Tenang, allahyarham Ibrahim Daud.

Beliau bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

Sebelum ini, Pas menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai
calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran
dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina,
1,780 India dan selebihnya kaum lain.

Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar

Share|

LABIS, 19 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.

Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di
sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.

“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya
Merah, Labis.

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

TERKINI : PROPAGANDA ATAU REALITI?


Sukar menang di Tenang, kata Kit Siang
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tidak mudah bagi Pakatan - DAP, PKR dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti.

Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat BN.

"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti Umno dan BN, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita," katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, di Labis malam tadi.

Kejayaan di Tenang, katanya akan menjadi penentu ukur sokongan kepada parti pakatan dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada majlis itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, yang merupakan bekas guru sebagai calon pilihan raya kecil Tenang.

Dalam pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi dalam pilihan raya umum ke-12.

Pengundi di Tenang terdiri daripada 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]