Menurut Dr M, ajakan Mursidul Am PAS hanyalah membuang masa dan pelawak aje. Pelik tapi benar hari tu, bukan UMNO yang pelawa tapi PAS yang membawa usul kerajaan perpaduan, tetapi ditolak kerna PR. Hari ni nak tulis surat, nik aziz ni betul betul pelawak, ha, ha, ha. Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur,"
12 comments:
TIDA LAGI KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA
Semalam PM dilaporkan berkataPUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pemberian biasiswa kerajaan yang akan dikenali sebagai biasiswa nasional ditawarkan berdasarkan 100 peratus merit tanpa mengira kaum, kata Datuk Seri Najib Razak.“Sekiranya pelajar benar-benar layak berdasarkan keputusan terbaik, maka tanpa mengira kaum atau keturunan, mereka akan dapat biasiswa dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Utusan pulak melaporkanMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pendekatan terbaru itu membolehkan sesiapa saja layak mendapat biasiswa tanpa mengambil kira latar belakang mereka.
TAKUT!
SEPERTI yang telah dijangka, Umno pasti tidak akan berani untuk menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Presiden mereka yang juga merupakan PMR (Perdana Menteri Rakyat). Setakat ini, Najib belum pun memberi komen tetapi `pak yek-pak yek' nya berebut-rebut untuk `cover' bos mereka. Dan bermacam-macam alasan diberikan untuk tidak menunjukkan bahawa Umno sebenarnya bukan parti yang bersifat `jantan'. Apalah yang boleh diharapkan dari sebuah parti`penikus' seperti ini yang hanya `melalak-melolong' di depan TV dan akhbar sahaja.
Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata, "adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat." Tengku Adnan salah seorang nama yang disebut di dalam kes pita video Linggam telah melaksanakan tugas dan amanahnya untuk menjaga air muka Najib. Saya ingin memberitahu Tengku Adnan tentang keuntungan dan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh Umno dan rakyat jika debat ini diadakan sebagai menyanggah kenyataan beliau itu.
Keuntungan dan faedahnya kepada Umno adalah parti tersebut akan lebih mengenali dasar dan perjuangan Pas yang sebenar.
Umno juga boleh menilai kembali samada benarkah parti mereka berjuang atas dasar Islam atau sekular. Rakyat juga boleh menilai samada Umno atau Pas kah yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. Di dalam debat itu nanti, Umno boleh kemukakan hujah atau dalil yang boleh membuktikan bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah sesat dan perlu bertaubat kepada Tuhan sebagaimana yang sering pemimpin mereka katakan di dalam media-media . Jika Umno berjaya membuktikannya, tidakkah ini menguntungkan Umno dan usaha Umno untuk merampas Kelantan tentu akan menjadi lebih mudah? Faedahnya kepada rakyat pula, rakyat akan lebih mengerti siapa yang sesat dan siapa yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.
Oleh yang demikian, mengapa takut untuk berdebat? Berani kerana benar, takut kerana salah. Apabila Umno membuat keputusan untuk tidak menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz itu, rakyat sudah dapat menilai apa yang selama ini Umno cuba sorokkan dari rakyat. Usahlah diberi bermacam-macam alasan yang tidak lojik lagi kerana rakyat sudah lali dengan pembohongan dan putar belit Umno. /wfauzdin.blogspot.com
Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak wajar dan wajib terima pelawaan terbuka TGNA untuk berdebat .Beliau boleh juga mewakilkannya kepada Mufti Perak, Harussani kalau Najib tidak mendapat restu isterinya Rosmah.
Mufti wajib menerima pelawaan tersebut untuk berbincang isu tersebut atas semangat Islam sebagaimana anjuaran Allah melalui ayatnya yang bermaksud :
“Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (alQuran) dan (sunnah) RasulNya , jika kamu benar beriman kepad hari akhirat.yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya.” – Surah An-Nisa’ 59.
Jikalah benar Najib ,Harussani atau siapa sahaja yang dalam Umno tu, sewaktu dengannya - mengaku beriman dan percaya kepada hari akhirat, - bukan ajaran sesat dan menyesatkan sebagaimana ajaran Kominis atau ajaran Ayah Pin, pastinya bagi pihak Umno/Bn , akan terima pelawaan TGNA tersebut tanpa apa-apa alasan.Buktikanlah wahai Umno/Bn , itu bukan ajaran yang sesat! selesaikanlah pertelingkahan tersebut dengan dalil-dalil alQuran dan Sunnah rasul.
Posted by alhusseyn
Bak kata orang-orang tua, "mula-mula berbohong lama-lama mencuri". Inilah bidalan yang paling sesuai untuk pemimpin UMNO. Manusia seperti ini sanggup berbohong tidak kira tempat, masa dan sesiapa sahaja.
Pemimpin UMNO BN kini meneruskan amalan buruk dan jahat mereka iaitu berbohong dan terus berbohong. Kini dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Sebenarnya pemimpin UMNO BN telah berbohong dan menipu kepada seluruh rakyat di negara ini. Menurut hasil kajian mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia. UMNO BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1 billion sejak tahun 2002.
Pemimpin UMNO BN sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan legasi pemerintahan mereka. Sanggup berbohong walaupun perkara tersebut jelas dan semua masyarakat umum mengetahuinya. Betapa dashyatnya perilaku pemimpin UMNO BN ini, hanya manusia yang jahil dan diselubungi kebodohan sahaja yang sanggup bersekongkol dengan puak-puak jahat ini. Oleh itu semua pengundi Manek Urai mesti menolak calon UMNO BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan dan jangan hidup anda terus ditipu oleh penipu-penipu seperti UMNO BN ini.
http://addin77.blogspot.com
salam,
saya rasa jika nk komen hanya 'cut' n 'paste' dari blog org lain baik rasa jika saudara diatas buat blog sendiri..berilah pandangan dari persepsi saudara sendiri.
selepas cadangan kerajaan perpaduan ditolak mentah2 oleh Pas kini mereka ajak bedebat pula untuk tunjukkan siapa/parti mana yg lebih hebat ata mempunyai asas perjuangan yg mantap.saya tertarik dgn kmen manik urut iaitu " mula2 berbohong lama2 mencuri" saya perumpamaan ini lebih layak di berikan kepada yg rata2nya berbohong dengan mengunakan Al-Quran dan Sunnah untuk kepentingan, kuasa politik mereka. Mungkin penyokong Pas sudah lupa ttg amanat hadi dgn pembohonganya yg amat dasyat iaitu undi Pas masuk islam dan mengatakan UMNO itu kafir. Atas sbb apa hadi awang sanggup berbuat demikian? kuasa bukan.
Semasa PRU 12 lepas, Hassan Ali ada berceramah dan menyatakan 'Jika Pas menang esok juga kilang arak akan ditutup diSelangor'..sekarang apa yg jd Pas hanyalah kuda yg tidak bermaya didalam PR Selangor. Pembohongan Pas mmg kita tidak dapat lihat dari fizikal nya ttp jika benar2 rakyat Malaysia ini faham dgn apa yg Pas telah buat nescaya mereka akan lihat pembohongan Pas ini lebih bersifat internal behaviour atau penghasutan mida yg dasyat oleh mereka..
jika mufti Perak pun ada penyokong Pas yg mengelarkan iblis dan syaitan inikan pula kita sebagai rakyat biasa. Pas hanya tahu melabelkan org lain dgn segakla mcm gelaran tetapi Pas takut mengaku yg mereka telah menerima gelaran 'kuda' kepada DAP dan PKR dari rakyat Malaysia. Tidak ada satu pun ulama di dalam Pas yg kita dapat lihat. ttp haya ramai adalah golongan ahli poltik totok yg penuh dgn kebencian, kuasa spt nik aziz. Maaf jika saya berkata sedemikian kerana ini adalah realiti yg rakyat Malaysia perlu nilai dgn sebaiknya..
saya petik petikan surah dari komen Ayah Ngah..
“Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (alQuran) dan (sunnah) RasulNya , jika kamu benar beriman kepad hari akhirat.yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya.” – Surah An-Nisa’ 59.
saya rasa lebih baik Pas juga menghayati surah di atas dengan lebih mendalam setelah cadangan perpaduan ummah yg dicadangakn oleh mereka sendiri di tolak oleh 'si dia'. Sedangkan Allah S.W.T tidak mahu perpecahan dikalangan Ummah Nya sendiri ttp Pas tidak nmpk kesan ke atas sikapnya.
slm pemuda merlimau pasir,
Terima kasih atas tunjuk ajar tu.Ada kalanya kita perlu pandangan dari orang lain kerana itu pandangan negarawan negara. Kita orang kecil (semut merah) aje rasanya tak salah kalau nak belajar dari orang besar.
Anon 9.37am..
terima kasih diatas pandangan saudara. mmg benar ttp kita kena lihat juga atas dasar apa sesuatu perkara itu ingin dilaksanakan atau sudah terlaksana.Pandangan negarawan spt mana yg perlu kita lihat?.saya juga masih belajar dn terus belajar dari org2 lain tidak kira ianya dari org besar atau kebanyakkan.Ttp saya pelik pandangan org besar sprt Mufti Perak diperlekehkan oleh pemimpin dan penyokong parti tersebut. knp ini terjadi?
saya terima semua pandangan utk kebaikan semua saudara..
UMNO tak akan berubah sebab apa sahaja kritik dan teguran terhadapnya akan di sanggah dan mengatakan orang lain lebih buruk dari itu. Ilmiahnya langsong tak ada.
Cuba bahaskan secara ilmiah adakah UMNO itu kafir atau Islam?
Nik Aziz selalu cakap berlapik dan tidak boleh diambil secara lateral.
Wibawa sebagai ahli politik beliau lebih menonjol dari wibawa sebagai ulamak. Sebab itu banyak kenyataan Nik Aziz bersifat provokatif dan pembuka minda. Untuk lari dari terkena sengatan Nik Aziz maka ramai yang melebelkan nya sebagai totot, tak perlu dilayan, buang masa dsb.
Saya syorkan kepada sesiapa yang baru mahu berlajar dan masuk ke alam politi supaya belajar dulu mengenali MINDA NIK AZIZ. Kalau tak mengenali musuh bagaimana ingin melawan musuh.
1) Selepas merasmikan kempen bulan sembahyang di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz mengajak Najib untuk berdebat di bawah suatu tajuk-mengapa menolak Islam?.
2) Ini kerana, propaganda media arus perdana menyatakan Tuan Guru Nik Aziz menyamakan UMNO seumpama komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Bagi orang yang cerdik dan bijaksana pasti dapat menangkap maksud Tuan Guru. Ia hanya kiasan dan perumpamaan. Komunis kerana ia adalah isme ciptaan manusia sama seperti nasionalisme yang didokong UMNO.
3) Ajaran sesat Ayah Pin menyatakan beliau adalah wakil Kerajaan Langit dan utusan Tuhan untuk semua agama. UMNO mungkin tidak sampai tahap itu, tetapi pendokong tegar kepada faham sekularisme dalam pentadbiran. Orang agama hanya di masjid, biarkan golongan profesional yang mentadbir. Selain itu, kalau benar ingin mendaulatkan Islam, mengapa banyak benar alasan apabila diminta melaksanakan hukum Allah?
4) Justeru, tidak hairan mengapa Najib dan Mahathir menganggap ia membuang masa dan kononnya tidak berfaedah. Kini, di US dan Indonesia, dalam nak memilih calon Presiden diadakan debat secara langsung. Bukankah berdebat dengan hujjah yang kukuh di antara saranan Islam?
5) Apabila Najib menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz, kita telah menjangka-mungkin kerana malu berhadapan dengan Tuan Guru dan tiada hujjah yang dapat dipertahankan mengapa UMNO menolak Islam!
mcm2 pendapat. apa2 pun apa yg aku rasa terbaik utk semua pihak aku akan sokong.nk debat tu boleh tp biarlah kena dengan tajuknya.biar tajuk itu universal. klu nk dikatakan menolak islam, Pas pun blm pasti islamnya. DS Nizar pun menidakkan kesahihan Pas membawa islam. tp xpelah itu masing2 nk beri pendapat dan idea...
apa yg penting tajuk pendepatan itu biarlah universal dan blh mencerna pemikiran semua pihak..
mari kita tolak parti kencing rakyat(PR) terus ke longkang. buang masa aje layan kerenah diorang ni, cakap pandai, try tadbir negara la, mesti hancur, bodoh punya pakatan rakyat. bersatu dengan UMNO tak mahu, tapi sebaliknya bersengkongkol dengan parti kafir, hudud apanya macamtu?
bodoh punya Pakatan Rakyat. pakatan perpecahan perpaduan. masih ingat tragedi 13 Mei 1969? bangang si Parti Pas ni!!!, jadi barua orang kafir!!!
Otak Pemuda UMNO. Ilmiahnya kosong. Hanya tahu berludah, berkahak,kencing dan berak. Inilah bakal pemimpin masa depan negara.
Post a Comment