“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.” – maksud ayat 103, Surah Ali-Imran. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat. Bersatu teguh, bercerai roboh. There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous. artikel ini dipetik dari :darahtuah 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka 1. Adakah saya pro- Melayu? YA. Adakah saya bimbang terhadap serangan dan kehilangan kuasa serta hak bangsa Melayu? YA. Adakah saya mahu mempertahankan hak dan kuasa bangsa Melayu? YA. Adakah saya anti-bukan Melayu? TIDAK! Adakah saya mahu menyerang dan merampas pula kuasa dan hak bukan Melayu? TIDAK. 2. Rencana ini ditulis dalam konteks semangat seperti para di atas. 3. Kita ingat 1511? Tentu ada yang ingat dan ada pula yang tak tahu. Ia adalah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis akibat perpecahan dan hasad dengki orang Melayu sendiri serta sumbangan peranan jahat Si Kitol dan Mandaliar. 4. Siapa belajar darinya? Tidak siapa belajar. Dalilnya? Melayu terus berpecah dan hasad dengki terus berleluasa hingga ke hari ini! Maksud ayat 103, Surah Ali-Imran dan peribahasa yang tajam di atas tidak dihiraukan. It seems neither the Malays want to learn from past lessons; they are happy to make the same mistakes! 5. Siapa pula si Kitol dan Mandaliar di zaman digital ini? Anwar, Nik Aziz, Karpal, Kit Siang? 6. Nampaknya Melayu lebih berminat untuk mengikut perangai Arab yang suka bergaduh sesama sendiri daripada bersatu. Tidak pula mahu mencontohi perangai Yahudi yang kental perpaduannya. Lantas, 5 juta penduduk Israel yang terkepong boleh mengalahkan 100 juta Arab yang mengepong mereka. Bermakna, dengan sokongan 8 juta lagi Yahudi di merata dunia, seorang penduduk Israel boleh mengalahkan 20 orang Arab – 1:20! 7. Tahu 2011 akan menjelang? Tahu tetapi tidak kisah. Sekiranya tidak kisah maka bolehlah Melayu terus bertemasyah dengan agenda berpecah belah. Jika demikianlah sikap orang Melayu umumnya maka bangsa ini akan musnah dan tumpas pada tahun 2011, kalau PRU ke-13 diadakan pada tahun tersebut. 8. Kali ini, jika tumpas, bangsa Melayu tidak akan boleh bangkit lagi. Ia akan kehilangan kuasa, terus lenyap dan terkubur UMPAMA PERAWAN YANG KEHILANGAN DARA, IA TAK AKAN KEMBALI LAGI! 9. Serangan pertama yang berlaku pada tahun 1969 diuja semula pada tahun 2008 dan akhirnya mereka akan berjaya pada tahun 2011! Sejarah hitam bangsa Melayu berulang genap selepas 500 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka tumbang. RJP kaum Cina 10. Pada masa yang sama, lengkaplah sejarah kaum Cina yang bermula pada tahun 1957 untuk berkuasa di Tanah Melayu! Justeru itu, seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu perlulah mengenali dirinya dan musuhnya, jika ingin terus survive dan menang sebagaimana yang ditegaskan oleh Sun Tzu “If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles”. 11. Apa yang perlu diketahui? Pertama mengakui kelemahan bangsa sendiri yang gagal bersatu padu. Kedua, menginsafi bahawa, dari awal lagi, dikatakan kaum Cina di negara ini telahpun merangka Outline Prospective Plan (OPP) atau Rancangan Jangka Panjang (RJP) mereka yang mengandungi strategi tiga serangkai: * mendapatkan hak kerakyatan, * menguasai ekonomi, dan * menguasai politik (kuasa memerintah). 12. Nampaknya strategi tersebut berpaksikan saranan Sun Tzu: “In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy’s country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good”. 13. Punca utama segala masalah sekarang ialah pemberiaan kewarganegaraan (jus soli) tanpa syarat itu. Mungkin pada masa tersebut, pemimpin Melayu menganggap nilai kewargenagaraan sama seperti Rusia melihat Alaska – tidak berguna. 14. Pada tahun 1887 Russia telah menjualkan Alaska kepada USA pada harga yang murah; hanyalah US$7 juta. Rupa-rupanya Alaska mempunyai simpanan minyak dan gas yang bernilai berbilion dolar! La ni Russia hanya boleh mengggit jari! 15. Begitulah juga jadinya dengan kerakyatan yang diberikan kepada kumpulan imigran. Pada tahun 1957, ianya suatu yang nampak innocent dan dihargai, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin serta Tun Sambanthan. Sekarang ia sudah menjadi lebih teruk dari melepaskan anjing tersepit! Jelas bahawa kerugian bangsa Melayu jauh lebih besar daripada kerugian orang Russia! 16. Kejayaan dua strategi pertama itu tidak siapa boleh menafikannya. Strategi ketiga juga telah berjaya sejak merdeka lagi tetapi ianya secara subtle. Banyak kawasan majoriti Melayu seperti Selayang dan Ampang telah mereka tawan secara halus iaitu atas nama pembangunan, harga rumah yang mahal dan kuota perumahan 30 (Melayu):70 (bukan Melayu). Pada tahun 2011 nanti ia akan menjadi satu realiti / malapetaka yang mengerikan bangsa Melayu. Melayu, Arab dan unta 17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah. 18. Jika benarlah berlaku malapetaka itu maka siapa hendak disalahkan? Kaum Cina? Sudah tentu mereka TIDAK bersalah. Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya. Sudah terlambat untuk saya pantunkan ‘Jangan salahkan ibu mengandung’. Ambil galah jolok kedondong, 19. Bangsa Melayu hanya setakat pandai seperti burung kakak tua – mendendangkan lagu “bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat” tetapi tidak menghayati maksudnya. Piagam Madinah 20. Yang bijak pandai tentang agama Islam dan memahami pula Piagam Madinah juga tidak menghayatinya. 21. Keadaan masyarakat Madinah ketika itu hampir sama dengan keadaan masyarakat di Malaysia masa kini. 22. Penduduk Madinah terdiri dari sebuah masyarakat majmuk yang sentiasa berperang / bergaduh: antara Aus (UMNO) dengan Kharaj (PAS), antara Arab (Melayu) dengan Yahudi (Cina) dan antara Yahudi dengan Yahudi. Bezanya kaum Cina dengan Cina di negara ini tidak bergaduh walaupun berbeza fahaman politik. 23. Nabi Muhammad saw sedar bahawa orang Yahudi (Cina / DAP) sentiasa mencari peluang untuk menghina dan menyerang orang Islam (Melayu) dan orang Musyirikin Mekah (Singapura) pula sering berusaha untuk memusnahkan orang Islam (Malaysia). 24. Perlembagaan Madinah berjaya menyatu-padukan kaum-kaum yang menjadi musuh tradisi itu sehinggalah bani Aus bersatu dengan bani Kharaj dan menjadi kaum Ansar. Kaum Ansar (Melayu) pula dengan murah hati membantu golongan Muhajirin (orang Islam dari Mekkah). 25. Bilakah UMNO dan PAS hendak bersatu seperti Aus dan Kharaj? UMNO boleh sebumbung dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti lain yang bukan Islam. Mengapa ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS? 26. PAS pula boleh sebantal dengan parti bukan Islam – PKR dan DAP. Mengapa ia tidak boleh sefahaman dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam seperti terpahat di bawah Fasal 3 Perlembagaannya? 27. Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu. 28. Fasal 12 jelas MENYURUH orang Islam membantu saudara Islamnya yang berada dalam kesulitan. 29. Fasal 13 pula MELARANG orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta menyeru supaya mempertahankan saudara Islam lain yang diserang atau dizalimi. 30. Fasal 14 bukan sahaja MELARANG orang Islam (a) membunuh saudara Islam bagi kepentingan orang kafir bahkan (b) MELARANG membantu orang kafir menganiaya orang mukmin. Silat dan perpaduan Melayu31. Tentulah jelas apa yang dipahatkan dalam Perlembagaan Madinah itu tetapi mengapa pemimpin UMNO dan PAS seperti orang Melayu bersilat apabila bercakap pasal perpaduan? Ahh sini, ahh sana; ciss sini, ciss sana; naahh sani, naahh sana tetapi langkah semakin jauh; bukannya semakin rapat. Akhirnya dua-dua lari. Betul tak? 32. Bulan lepas kita dengar kenyatan Dato’ Nik Aziz semacam hendak rujuk semula; ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat. Dalam episod yang lalu, beliaulah yang paling nyaring menentangnya. 33. Agaknya, beliau sudah terjumpa peruntukan dalam Perlembagaan Madinah, seperti di atas, yang menyeru kepada perpaduan. Malangnya, Belum sempat kita hendak bergembira, dia sudah buat kerenah lagi. 34. Dianjurkan para pemimpin Melayu dari semua parti politik belajarlah dari Britain dan Perancis. Kedua-dua negara ini merupakan musuh tradisi; sentiasa berperang – Perang 100 Tahun, Perang 7 Tahun dan Perang 7 Hari. Berjuta yang mati dan berbilion pound/franc harta yang musnah. Tetapi kedua negara tersebut akhirnya boleh bekerjasama. Kerjasama mereka itulah yang telah melahirkan supersonic Concorde! 35. Masa bagi orang Melayu bersatu sudah terlalu genting. Lebih-lebih lagi (a) parti-parti berasaskan kaum Cina telah bersatu atas isu yang menguntungkan kaum mereka, (b) pemimpin MCA telah bersuara agak sumbang apabila dia menegaskan bahawa parti-parti dalam BN hendaklah bebas dan berotonomi serta boleh membuat desakan dan (c) secara halus kaum Cina telah dihasut supaya bersatu menumbangkan kerajaan BN (maksudnya menumbangkan UMNO), jika sijil gabungan sekolah-sekolah cina (setaraf dengan SPM) tidak diiktiraf: “Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.” DSAI dan hulu kapak 36. Besar kemungkinan BN/UMNO akan kalah kerana (a) kaum Cina sudah committed untuk menjayakan strategi ke-3 mereka, (b) mereka sudah ada pelantar politik pilihan (alternative political platform) terbaik – Pakatan Pembangkan (PP) dan DSAI – untuk merealisasikan visi mereka itu (c) PP dan DSAI bersedia memberikan tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka sudah dapat daripada UMNO dan apa yang boleh ditawarkan lagi oleh UMNO. 37. Mereka sudah dapat betis dan peha orang Melayu dari UMNO. Kini nampaknya DSAI sanggup pula menawarkan ‘celah peha’ orang Melayu! 38. DSAI nampaknya sanggup membuat tawaran sedemikian kerana dia dilihat sebagai political animal yang obsess untuk berkuasa at any cost, seperti yang dipahatkan oleh John Milton: To reign is worth ambition tho’ in Hell: 39. Jika beliau berjaya berkuasa dan bangsa Melayu pula yang ranap, musnah dan tumpas maka benarlah peribahasa orang tua-tua bahawa DSAI lah yang menjadi hulu kapak (kayu / Melayu) yang meranapkan Melayu kerana ‘kapak tak boleh menumbangkan pohon kayu / membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya’! 40. Dalam keadaan yang terhimpit dan cemas itu, adakah bangsa Melayu masih mampu bingkas bangun menyerang dan menang, seperti yang diperkatakan oleh Sun Tzu: “Confront them with annihilation, and they will then survive; plunge them into a deadly situation, and they will then live. When people fall into danger, they are then able to strive for victory”? 41. Betulkah Melayu akan bertindak sedemikian? Pilihan? 42. Walau apapun, menurut Gen.Sudirman, anak kunci kejayaan / kemenangan ialah perpaduan: “Taka kan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.” 43. Justeru apakah pilihan yang ada pada orang Melayu selain daripada bersatu? Setelah kukuh berpadu, barulah agenda baru untuk memperkasa kekuatan ekonomi dan politik Melayu dapat disusun semula tanpa mengambil hak kaum lain: Jangan hampir di seberang, 44. Apakah pilihan yang ada pula pada orang Malaysia jika mahu hidup aman, selamat dan makmur selain daripada mengikut jejak langkah orang Islam dan Yahudi di Madinah serta orang Inggeris dan Perancis yang hidup bekerjasama dan bermuafakat? |
Friday, August 21, 2009
2011 - Melayu Tumpas ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
4 comments:
Salam, aku seronok tengok bila melayu dengan melayu beza pendapat pasal calon PP.Itu ikut nafsu, tapi bila ikut akal aku sedih, sebab segala aib dikeluarkan tak kira peribadi ke? Sedarlah melayu diluar sana DAP sedang tepuk tangan kerana dua-dua tak kira BN ke PAS ke akan berketuakan DAP. Ni pasal benda kecil pun kau org tak boleh fikir ke,Agaknya bila dah 7 kali PRK, dua-dua parti dah habis modal kempen ke? So sebagai salah seorang dari pengundi aku pun rasa tak pro kau hadapi PRK. Malah kau org terbawa-bawa hal parti dalam perbincangan di DR dan DUN. Tolong fokus kepada hal=hal rakyat dan pengundi wahai ahli-ahli DR bdan DUN. Tolong hentikan kempen bila dah habis PRU dan PRK. Rakyat makin muak, geli, jemu, benci lihat gelagat kau orang ni. Kita rakyat ni sedang tungkus lumus hadapi isu ekonomi sendiri dan wabak penyakit babi ni so tolong sakitkan kepala kau orang dengan cara bantu rakyat bukan kelirukan rakyat.
Mintak maap jika komen saya menyingung mana2 pihak. Jika benar UMNO ingin kembali menguasai PRU 13 hentikan tomahan2 terhadap pembangkang. Masalah rakyat perlu diutamakan.Dalam blog pemuda jasin contoh nya. berapa kerat cerita pemuda datang bantu rakyat. yang banyak hanyalah posting berkaitan kempen politik. Kami rakyat yang berpendidikan dapat kenal pasti mana parti yang datang membantu rakyat or datang untuk publisiti murahan..Kami melihat tindak tanduk kerajaan bukan dari satu sudut tapi pelbagai sudut.
salam anon,
terima kasih dengan teguran saudara. kami menerima pandangan saudara sebaiknya. kami hormati saudara sebagai seorang yang mungkin berpendidikan tinggi dan kami juga berharap saudara dapat membezakan di antara rasional dan retorik politik semata-mata.
terima kasih.
Salam,yang aku tahu WAKIL RAKYAT kerjanya buat dasar untuk bantu rakyat. Tapi yang jalankan dasar tu adalah PENJAWAT AWAM. Ini kena dapat bezakan.
Dalam berpolitik, selain dari polisi parti, kena juga ambil tahu permasalahan serta harapan rakyat yang jadi pengundi kepada parti sama ada ahli parti, yang bersimpati dengan parti, orang Melayu di luar UMNO yang kuat semangat jati diri Melayunya dan juga generasi Y yang belum pulih yang bencikan Pemimpin Melayu dll. Dulu ya, kalau letak orang apa pun boleh menang tapi sekarang tolonglah pilih ada pendidikan atau sijil sikit sebab pengundi yang berpendidikan telah bertambah selain dari maklumat yang mudah diperolehi. Bercakap antara rasional dan retorik dalam politik ni,itu hanyalah istilah saja,sebab awal-awal lagi Presiden UMNO cakap berubah atau diubah. Itu agenda utama parti. Rasanya sampai sekarang ramai pemimpin dan ahli parti tidak menuju ke arah itu. Sedia maklum dah memerintah 52 tahun tentu dah sedap duduk kerusi tu, apa yang aku nak beritahu jadilah pemimpin yang praktikal dengan zamannya. Takkala pengundi semakin mengetahui hak-hak mereka dalam Demokrasi dan Pemerintahan Negara maka pemimpin perlu seiring dengan tuntutan semasa. Kenapa susah sangat nak akui kelemahan diri sendiri? Zaman Kerajaan dan Parti tahu segala galanya telah berakhir terimalah hakikat bahawa hari ini pengundi mahukan orang yang bekerja untuk mereka bukannya untuk parti semata-mata. Bagi yang rasa dirinya telah dimamah usia lebih baik berundur sebelum diundurkan oleh penyokong sendiri.
Post a Comment