BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ahli Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno. "Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. sumber : bharian Ulasan PPUBJ: Kalian fikirkan sendiri. Tidak mustahillah satu ketika dahulu ada satu kawasan yang mempunyai dua masjid dan imam yang berbeza angkara sebab pandangan ulama mereka yang terkenal ini. Nik Aziz pun belum pasti masuk syurga, belum pasti solat dan ibadahnya di terima Allah S.W.T. Kami percaya selepas ini puak-puak pembangkang akan mengagumi fatwa baru ini. Percayalah. ALLAHUAKBAR.. |
Monday, August 17, 2009
Nik Aziz Dah Mula Meroyan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
7 comments:
betul..
apa kata klu kita kafir kan Pas pulak..makin hari makin dungu le nik ajis ni..
aduiii dia bukan ALlah nak menentukan tempat orang2 UMNO di akhirat nanti..
engkaulah yang meroyan brother..engkau tak faham bahasa..kesian kesian..kesiannya engkau.
INILAH AKIBAT BANYAK SANAGT BACA UTUSAN, CUBA-CUBALAH BACA YANG LAIN PULAK MACAM CERITA SEBENAR NI...
Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?
Dzulfakar Mashoor
Wed | Aug 19, 09 | 7:13:20 am MYT
PERMATANG PAUH, 19 Ogos: Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar.
Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.
PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.
Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.
Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.
"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."
Tegasnya lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.
Bagaimana pun, Ragunath menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.
Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.
tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.
Bagaimana pun, Umno menjadikan isu 'ahli Umno tidak masuk Syurga' untuk menyerang peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Biar pun Nik Aziz sudah menafikan laporan media arus perdana itu, Umno percaya isu tersebut sekurang-kurangnya boleh mengalih tumpuan khalayak dari isu 'pecah amanah' yang sedang membelit peribadi Rohaizat.
Malah, teknik membina ikon kebencian (icon of hatred) itu diyakini mampu memberi kredit tidak langsung kepada Rohaizat.
-zs_
salam pada Anon.
terima kasih kerana memberi komen saudara.
posting kami ini dipetik dari bharian dan bukan dari utusan.
tentang isu yg dimainkan oleh pembangkang itu telah dijawab oleh UMNO dan Bendahari Koperasi berkenaan hari ini bahawan Saudara Rohaizat tidak terlibat didalam salah laku. Rakan firma beliau yang membuatkan kesilapan tersebut. Saudara Rohaizat telah meneyelesaikan masalah tersebut dgn baik dan pihak koperasi telah meminta memohon menarik semula aduan dari Majlie Peguam.
Kepada saudara Anon. Janganlah saudara dengar hanya dari sebelah pihak yg cuba mengaibkan orang lain dengan tuduhan tidak berasas. Kami yakin warga koperasi tahu siapa yang bersalah dan siapa yg membantu mereka.
Diantara Eliz Wong dgn Rohaizat. Yang mana lebih tidak bermoral?Renung-renungkanlah.
Itulah akibatnya apabila hanya membaca Harakah, Suara Keadialan etc.
ppubj,
dalam hal eli memang dia tak bermoral (tapi dia ni memang tak beriman, lantak pielah dia memng cara hidup dia lagu tu) dah kita ni UMNO mengaku memperjuang islam, kita tahu dah kan siRohaizat ni dah PECAH AMANAH apa pun penjelasan, perkara pokoknya, dia sudah tidak boleh dipercayaai. PPUBJ harap bersikap terbuka, penjelasan BAR COUNCIL dah jelas, cerita partner dia pun jelas tak da lagi cerita dari satu pihak, 2 lawan 1, mestilah majority menang, jadi kalau pbbuj nak jaga nama umno dengan ikhlas, mana yg tak betul kita perbetulkan baru orang mempercayaai perjuangan iklhas UMNO. Bak kata Che Det jangn buka pekong sendiri, calon tu mesti bersih, ni dah salah pilih kena mengakulah, tak rugi umno malahan orang melayu lagi mempercayaai bahawa UMNO memang benar-benar nak berubah. (pelik benar bunyinya orang-orang umno yg islam mempertahankan orang yang pecah amanah 160K, macam tak ada apa-apa.......ke memang pemimpin umno dah biasa macam ni )
Post a Comment