18/10/2010 5:27pm KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan perlu menggunakan media yang liberal bagi memahami pemikiran orang ramai, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Banyak benda mengarut dilaporkan media sekarang tapi ada juga yang baik. Jika kerajaan menerima media secara serius barulah ia benar-benar boleh mendapat manfaat daripada apa yang diterbitkan dalam media,” kata Dr. Mahathir dalam ucaptamanya pada Forum Antarabangsa yang diadakan hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010, di sini hari ini. Forum dua hari bertemakan “Pembentukan Warga Global : Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik” itu, yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dihadiri 63 wakil 22 parti politik dari 20 negara, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) serta delegasi kedutaan asing dan penganalisis politik. Dr. Mahathir berkata, media telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi tetapi menurut beliau ia sebenarnya boleh ditangani dengan cara tertentu. "Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal. Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab,” katanya. - Bernama |
Monday, October 18, 2010
Tun M ingatkan kerajaan guna media liberal
Label:
media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment