Saturday, November 6, 2010

Dr Asri: PKR meradang, enggan terima hakikat

Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.

Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".

"Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.

"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.

"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.

Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]