Hubungan Pas, pembangkang lain hanya kosmetik KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hubungan Pas dengan parti lain dalam pakatan pembangkang hanya bersifat kosmetik yang boleh rosak pada bila-bila masa kerana masing-masing mempunyai mempunyai dasar perjuangan yang jauh berbeza antara satu sama lain. Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali sebaliknya berkata, mereka hanya bersatu kerana berpegang kepada prinsip melawan musuh yang sama iaitu Barisan Nasional (BN). "Ramai ahli dan penyokong Pas tidak bersetuju dengan kerjasama itu tetapi kerana konsep wala' atau mentaati keputusan pucuk pimpinan, terpaksalah mereka memendam rasa," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video 'pertemuan panas' yang tersebar luas antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris. Che Hamdan berkata, sebenarnya isu antara kedua-dua ulama itu lebih kepada masalah peribadi bekas pemimpin Pas yang kecewa dalam perjuangan dan memilih untuk menyertai UMNO. Bagaimanapun, katanya, isu kerjasama antara Pas dan DAP seperti yang ditimbulkan oleh Mohd. Nor telah menjadi punca suasana dalam Pas bergelora atau lebih tepat lagi menjadi duri dalam daging. |
Sunday, November 7, 2010
HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT RETAK?
Label:
PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment