Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan . Analisis: Pembangkang sengaja buat kecoh demi raih publisiti Oleh Anwar Hussin 2010/12/18 KEKECOHAN di Dewan Rakyat kelmarin, bukan yang pertama kali berlaku berikutan penambahan kerusi pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu. Tindak-tanduk mereka memalukan institusi Parlimen sebagai lambang demokrasi. Peristiwa itu seolah-olah sudah dirancang. Sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang membawa kad manila tertera catatan antaranya ‘BN sokong APCO,’ ‘Selamatkan Dewan’, ‘Hidup Ketua Pembangkang’ dan ‘Kangaroo’. Dengan berbuat demikian mereka percaya tindakan mereka itu akan mendapat publisiti meluas di luar negara. Tindakan mereka itu susulan tindakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung enam bulan atas syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendapati beliau membuat kenyataan tidak benar. Anwar cuba mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel melalui syarikat perhubungan awam dan komunikasi strategik antarabangsa, APPO Worldwide. Tindakan menggantung tiga lagi anggota pembangkang iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah kerana menghina dewan yang juga bersabit dengan isu Anwar dan APCO. Anwar, dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, menyamakan One Israel dengan konsep 1Malaysia. Anwar menyifatkan One Israel ditiru dari Israel dengan cadangan APCO yang menjadi penasihat kepada Kerajaan Israel. Anwar memutarbelitkan isu ini sedangkan APCO Worlwide langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah syarikat perunding dipunyai firma guaman Arnold & Porter Company, iaitu syarikat guaman terkenal di Washington. Firma guaman itu menubuhkan syarikat perunding untuk semua pelanggannya yang memerlukan khidmat runding cara. Secara kebetulan slogan 1Malaysia dan One Israel adalah sama, pembangkang memutar belit dengan mengatakan Malaysia dipengaruhi Yahudi. Bagaimana dengan slogan PAS iaitu ‘PAS for All’ yang sama dengan slogan ‘Israel for All’. Jika itu alasannya, apakah PAS juga dipengaruhi Israel atau APCO? Bagaimana pula dengan lambang ‘Satu Mata’ Illuminati Yahudi dengan lambang ‘Satu Mata’ Parti Keadilan Rakyat (PKR)?. Apakah PKR juga dipengaruhi dan diresapi unsur Yahudi, kerana persamaan logo berkenaan. Apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung empat Ahli Parlimen selama enam bulan, pembangkang memberi sebab tindakan itu untuk mengembalikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat serta memberi laluan kepada pindaan perlembagaan. Mengikut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dalam dewan. Dengan itu, walaupun empat Ahli Parlimen pembangkang digantung, BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan. Walaupun seramai empat Ahli Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan, kerusi pakatan pembangkang tidak berkurang, begitu juga kerusi BN tidak bertambah. Maka tidak timbul kebimbangan bahawa BN mungkin mengambil kesempatan untuk meminda perlembagaan. Terdapat 222 kerusi dalam Dewan Rakyat dan BN perlu menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti dua pertiga. Kini, BN mempunyai 137 kerusi, pakatan pembangkang 77 dan lapan ahli Bebas |
Saturday, December 18, 2010
UNTUK MERAIH PUBLISITI MURAHAN......
Label:
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment