Thursday, February 24, 2011

Abang Ron sedia curah pengalaman




Abang Ron sedia curah pengalaman


2011/02/24

Calon BN di Merlimau berpengalaman pegang pelbagai jawatan dalam parti

MERLIMAU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad bersedia membuktikan pemilihannya untuk bertanding di kawasan berkenaan adalah tepat dan bukan sebagai `calon payung terjun'.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Abang Ron, turut yakin pemilihannya itu dibuat berdasarkan kepada rekod pencapaiannya sebelum ini, selain pengalaman me-
megang pelbagai jawatan dalam UMNO sepanjang hampir 20 tahun terbabit dalam politik. "Saya juga percaya kepada rezeki selepas terbabit secara aktif dalam bidang ini khususnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO iaitu sejak berusia 23 tahun. Jadi saya harap isu membabitkan latar belakang keluarga tidak menjadi isu besar.

“Saya juga bukanlah calon payung terjun kerana jika mengikut rekod, saya sudah bersama memperjuangkan nasib masyarakat di sini menerusi UMNO Bahagian Jasin dan UMNO Cawangan Merlimau sejak kira-kira 20 tahun lalu," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di bilik gerakan parti itu, di sini, petang semalam.

Roslan, 44, yang juga anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berkata, langkah pertamanya selepas ini adalah untuk pergi menemui seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau bagi meraih dan merayu undi sekali gus memastikan sokongan penduduk terhadapnya.

Roslan juga berjanji akan meneruskan kesinambungan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri khususnya di kawasan ini selaras potensi besar yang dimiliki DUN Merlimau dalam pelbagai aspek pembangunan.
"Insya-Allah, kalau ada pembangunan masih dalam proses pelaksanaan, kita akan pastikan ia dilakukan segera dan pada masa sama merancang projek baru
khususnya menjadikan Merlimau sebagai hab pendidikan dan perindustrian
bagi kesejahteraan penduduk dan kemajuan kawasan ini," katanya.

Sementara itu, isteri Roslan, Zalifah Omar, 38, berkata beliau sekeluarga tidak menyangka nama suaminya dipilih oleh pucuk pimpinan BN sekali gus akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada 6 Mac nanti.

"Saya amat gembira, Alhamdulillah... sudah rezeki beliau.. Saya memang tidak pernah menghalang suami untuk aktif berpolitik, malah sejak kami berumah tangga lagi saya sudah faham kariernya sebagai ahli politik," katanya.

Zalifah mengaku sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada suaminya bagi memastikan kejayaan BN pada pilihan raya kecil ini.

"Sebagai isteri, saya tetap memberi sokongan padu kepada suami yang baru dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil ini. Saya sudah bersedia untuk berkempen bersama beliau bagi memastikan kemenangan parti keramat ini," katanya.

Zalifah yang bekerja sebagai Pembantu Perangkaan, Jabatan Perangkaan negeri turut berada di tempat pengumuman calon BN itu, ditemani empat anaknya, Izzat Darwishah, 11, Muhammad Naufalhaz, 10, Wirdatul Khalij, 8, dan Ahmad Amshar, 4 serta kakak iparnya, Sarinah Ahmad.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]