Thursday, February 24, 2011

PAS umum calon hari ini


KINTAN MAN
                                    JASME TOMPANG




2011/02/24
MERLIMAU: Calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diumumkan presiden parti itu, Datuk Seri Abd Hadi Awang di Jalan Merlimau Pasir, dekat sini, kira-kira jam 8 malam ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abd Ghani Abd Rahman yang dihubungi Berita Harian, malam tadi mengesahkan, majlis itu akan diadakan di markas parti berkenaan dan dijangka turut dihadiri beberapa pemimpin pakatan pembangkang.
“Saya masih tidak tahu lagi siapa yang dipilih pucuk pimpinan PAS Pusat, tetapi bayangannya adalah anak tempatan dan boleh diterima oleh semua masyarakat di DUN Merlimau. Kita tunggu saja malam esok (ini),” katanya.
Berita Harian difahamkan, empat nama dikemukakan PAS Kawasan Jasin iaitu Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Kamaruddin Sidek; Naib Yang Dipertua PAS Jasin, Yuhaizat Abdullah dan Setiausaha Muslimat PAS negeri, Kintan Man.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]