Thursday, February 17, 2011

ADAKAH NASIB KERDAU SAMA DENGAN GALAS?

Pas Pahang kemuka lima bakal calon

KUANTAN 16 Feb. - Pas Pahang mengenal pasti lima nama untuk dipilih oleh pucuk pimpinan parti itu bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lima calon terbabit merupakan anak tempatan yang terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai tinggi dan tokoh masyarakat.

"Kita telah meneliti lima calon berkenaan dan akan meneruskan tradisi bahawa kerusi DUN Kerdau merupakan calon daripada Pas.

"Tidak mungkin calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diletakkan untuk bertanding merebut kerusi DUN Kerdau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Zaharuddin, 64, menewaskan calon Pas, Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

DUN Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus atau 455 pengundi Cina, 3.4 peratus atau 300 pemilih India dan 2.98 peratus atau 260 orang daripada lain-lain kaum.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas berkata, Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau apabila parti itu telah mula menyusun gerak kerja sejak dari awal lagi.

"Sebenarnya, gerak kerja awal ini adalah sebagai rutin Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi berdasarkan perkembangan semasa di Kerdau, maka gerak kerja dilipatgandakan.

"Bagaimanapun, semua bergantung kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pas menghormatinya terutama keluarga arwah yang masih dalam kesedihan," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memberitahu, tumpuan utama Pas di Kerdau adalah mengutamakan keperluan masyarakat setempat terutama berkaitan janji-janji Barisan Nasional (BN) yang masih belum tertunai.

"Kita akan fokus kepada isu-isu setempat kerana sehingga kini tiada sebarang perubahan di Kerdau dan tiada apa yang boleh dibanggakan di DUN tersebut," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]