Thursday, February 17, 2011

JANAGAN TERTIPU DENGAN SENDIWARA PAS....

Pas anggap PRK DUN Merlimau hanya latihan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pas seolah-olah mengaku kalah lebih awal dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini apabila hanya menganggapnya sebagai satu latihan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sasaran Pas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mengurangkan jumlah majoriti yang diperolehi Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Jentera parti pembangkang ketika ini sedang mengenal pasti berapa jumlah majoriti BN yang boleh kita kurangkan.
"Bagi kita kejayaan pada pilihan raya kecil itu tidak semata-mata menerusi kemenangan, tetapi juga kejayaan menambahkan jumlah undi serta mengurangkan majoriti lawan," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.
Mahfuz menambah, Pas sudah mempunyai senarai pendek calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu katanya, calon itu hanya akan diumumkan pada 24 Februari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Mahfuz menjelaskan, Pas akan meletakkan calon di sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak iaitu seperti yang dilakukan pada 2006.
Perkara itu kata beliau, akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama pakatan pembangkang yang kini sedang memperincikan pembahagian kerusi untuk pilihan raya negeri tersebut.
"Kita berharap untuk mengekalkan 'status quo' pada pilihan raya Sarawak nanti iaitu sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi," katanya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Pas hanya bertanding satu daripada 71 kerusi iaitu di DUN Beting Maro dalam kawasan Batang Lupar.
Bagaimanapun, calon Pas iaitu Alem Din tewas kepada calon BN, Bolhassan Di yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak dengan 895 undi.
Pada pilihan raya negeri yang lalu juga, BN menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12 kerusi) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan dalam masa terdekat ini berikutan mandat DUN Sarawak akan berakhir pada Julai ini.
Mahfuz menambah, pakatan pembangkang juga akan berbincang sama ada perlu bekerjasama atau bergabung dengan parti tempatan di Sarawak bagi mengelak berlakunya persaingan tiga penjuru.
"Kita akan lihat perkara ini dan berbincang dengan parti-parti tempatan Sarawak sekiranya ada keperluan," kata beliau.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]