Sunday, February 20, 2011

PILIHANRAYA SERENTAH: BN TIADA MASALAH PAS TERKEJUT

TUAN IBRAHIM BELUM BANKRAP!!!


Kesian tengok Pesuruhjaya PAS Pahang yang sorang ni. Semalam dia terkejut beruk bila dengar kata Pilihanraya Merlimau dan Kerdau akan diadakan serentak. Terus pening kepala.

Mujur la ada kawan - kwan nak tolong urut kepala dia yang pening tu. Mula - mula Speaker Pecah, lepas tu Menteri Besar Badut pulak offer diri nak tolong picit.

Bukan apa. Diorang kesian tengok perniagaan baru yang sedang diusahakan Tuan Man tu bakal gulung tikar akibat tindakan Mahkamah.

Jadi hari ni, si Khalid Gagap tu tolong la kawan dia ni. Bagi la harapan palsu agar sahabat dia dapat meneruskan cita - cita murni membuka industri Pelancongan Politiknya.

Menteri Besar Badut tu kata, Kerajaan Selangor masih optimis dengan keputusan berhubung kedudukan kerusi DUN Perlabuhan Klang akan memihak kepada mereka.

Walaupun Mahkamah dah membuat keputusan bahawa kerusi DUN tersebut masih lagi kekal milik Badrul Hisham yang sah.

Dia bagi alasan, kononnya pada masa keputusan dibuat, perwakilan atau peguam dari pihak Kerajaan Negeri tidak menyertainya.

Maka, dia berharap Speaker Pecah mereka akan mendendangkan lagu 'Dengarlah Rayuanku' kepada pihak Mahkamah.

Tak sertai kepala hotak dia. Pagi tadi Teng si Speaker Pecah tu kata peguam dia ada hantar wakil untuk memohon agar kes tersebut ditunda.

Yang peguam dia tu nak tunda jugak kenapa? Tak penting kes tersebut? Sepatutnya peguam dia kena letak keutamaan pada kes ini sebab ia melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ini tidak. Dia bantai buat main - main pulak. Dah kalah, dah la. Diam - diam sudah. Buat kerja, jangan cakap banyak. Ada hati nak pertikai keputusan mahkamah.

Tu semua saja nak cari jalan mengabihkan harta rakyat la tu. Boleh diorang bagi lagi duit kos guaman. Lepas tu ambik komisyen 10%.

Mengabihkan masa je kejenya. Tak de keje lain ke? Jadi pemimpin, tapi tak boleh harap. Ceit!!! Pigidah!!!
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan tiada sebarang masalah bagi jentera BN untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) serentak berikutan parti itu memiliki jentera yang menyeluruh.

Menurut Najib, situasi berkenaan juga pernah berlaku iaitu mengadakan pilihan raya serentak membabitkan di DUN Galas di Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah pada tahun lalu.

"Tiada masalah untuk membuat pilihan raya kecil serentak, kerana dahulu kita pernah buat di Sabah dan BN mempunyai jentera yang menyeluruh.

"Kita boleh bertindak dalam menghadapi pilihan raya di beberapa kawasan sekalipun, bukan sahaja dua, malah banyak kawasan serentak pun kita boleh," katanya.

Perdana menteri berkata kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama jentera PRK di kawasan DUN Merlimau di Politeknik Merlimau hari ini.

PRK di DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Manakala PRK di DUN Merlimau pula, diadakan setelah kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu juga kerana penyakit sama.

Najib juga berkata, jentera BN untuk menghadapi PRK Merlimau telah menghadapi persiapan yang kemas dan mantap malah motivasi pemimpin-pemimpin BN di kawasan terbabit juga adalah sangat tinggi.

"Segala perancangan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sebagai Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya menunjukkan persiapan kita malah BN sudah pun mengerakkan jentera.

"Saya percaya kita punyai perlaksanaan dan tindakan kita berdasarkan pada persiapan kita, Insya-Allah kita akan menjuruskan kepada kemenangan BN.

"Saya pesan kepada jentera BN supaya bekerja dengan penuh semangat secara berterusan sebab di PRK ini kita tidak tahu apa yang boleh kita andaikan tetapi kalau kita ambil tindakan berdasarkan kepada perancangan yang telah kita susun atur, saya percaya apa yang kita hasratkan akan menjadi kenyataan," katanya.

Mengenai calon yang akan diketengahkan menurut Najib, setakat ini pihaknya hampir membuat keputusan calon yang layak.

"Kita sedang meneliti tujuh calon yang sesuai, setakat ini masih belum ada calon pun yang disenarai pendekkan.

"Bagaimanapun, untuk PRK di Kerdau, kita sudah pun menerima senarai calon dan tarikh diumumkan calon adalah 22 Februari manakala Merlimau pada 23 Februari ini," katanya.

Mengenai Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Perlis yang mencadangkan SPR mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya termasuk had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat, setakat ini menurut Najib pihaknya belum membuat keputusan.

"Pasal umur calon, kita belum putus lagi, itu sekadar cadangan sahaja, biar kita fikir dahulu perkara ini, saya tidak mahu membuat kenyataan, kalau saya buat kenyataan seolah-olah kata putus," katanya.

Walaupun penamaan calon dan waktu berkempen masih tinggal Kurang seminggu,, Merlimau mula meriah dengan kehadiran ramai pemimpin utama negara.

Selain kehadiran Najib dan isterinya Rosman Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan n Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar turut turun ke situ.

PAS TERKEJUT : PILIHANRAYA SERENTAK.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, sepatutnya lebih masa diberikan kepada kedua-dua pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.

Tambahnya, hari pengundian pada 6 Mac yang jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.

Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kerana sudah memberi perhatian sepenuhnya sejak bekas ADUN Kerdau sedang kritikal.

Penceramah popular itu berkata, mereka juga sudah bersedia kerana sudah berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat lain di negeri itu.

PPUBJ : Dulu mereka mengatakan telah bersedia untuk menghadapi PRU, jadi apa masalahnya bila pilihanraya serentak.....cakap pun tunggang terbalik...

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]