Wednesday, February 23, 2011

Terima dengan hati terbuka - Mohd. Ali

MELAKA 22 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini meminta mereka yang tidak terpilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan diumumkan esok, dapat menerima dengan hati terbuka.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN Melaka berkata, sudah menjadi adat dalam mana-mana pilihan raya kecil, pucuk pimpinan tertinggi BN akan memilih calon yang dianggap menepati kriteria untuk bertanding begitu juga pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

''Saya nasihatkan mereka yang tidak terpilih agar dapat menerima dengan hati dan dada terbuka kerana daripada tujuh nama yang dihantar oleh BN negeri hanya satu yang akan dipilih.

''Saya harap mereka yang tidak terpilih memberi sokongan kepada calon BN yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Bilik Gerakan BN, Command Center di Pekan Merlimau petang esok," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah Malaysia Eye di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Ali meminta enam orang yang tidak terpilih itu terus bekerja kuat untuk membantu calon yang akan diumumkan esok bagi memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau yang dimenangi pada 2008.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]