Thursday, March 10, 2011

ADUN MERLIMAU MULA BERTUGAS

Tugas pertama ADUN Merlimau


MOHD. Ali Rustam bersama Roslan Ahmad (tengah) bermesra dengan orang ramai di Pekan Merlimau, Jasin, kelmarin.


JASIN 9 Mac - Projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN itu Isnin lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Roslan bertanggungjawab memantau projek yang dimulakan sejak semalam itu melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Selepas ini, beliau akan melawat projek-projek pembangunan yang sedang berjalan termasuk hentian teksi ini.
"Saya jangkakan, kerja-kerja menaik taraf hentian teksi ini boleh siap dalam tempoh dua bulan," kata beliau selepas mengetuai aktiviti turun padang bersama Roslan untuk menemui rakyat pada Program Walkabout sekitar Pekan Merlimau di sini semalam.
Turut menyertai program itu, Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal dan ADUN Serkam, Datuk Ghazale Muhammad.
Mohd. Ali menambah, antara kemudahan yang akan dinaik taraf di hentian teksi itu ialah tempat letak teksi, tempat rehat dan surau.
"Projek ini akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin," katanya sambil menambah peruntukkan di bawah bajet 2011 itu telah diluluskan KPKT pada awal tahun ini.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Ahad lalu, Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]