Wednesday, March 9, 2011

SIDANG DUN MELAKA : NELAYAN DIBERI BANTUAN SECUKUPNYA



Nelayan dapat bantuan secukupnya daripada kerajaan negeri

MELAKA 8 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membiayai elaun sara hidup bagi kira-kira 1,174 nelayan di negeri ini.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, elaun itu mula dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Januari lalu.

Menurutnya, ia melibatkan sejumlah 922 orang pemilik kapal dan 252 lagi adalah pekerja serta awak-awak.

''Kesemua mereka masing-masing menerima RM200 setiap bulan. Elaun sara hidup ini diberikan bertujuan mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan dan juga kesan daripada kegawatan ekonomi dunia," katanya.

Yunos yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Molek berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Keempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim (BN-Pantai Kundor) mengenai insentif atau bantuan yang diterima oleh nelayan di negeri ini daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Yunos berkata, selain elaun sara hidup, nelayan juga turut mendapat subsidi diesel dan petrol dengan harga RM1.25 sen seliter.

Katanya, subsidi diesel mula diberikan sejak 1 Januari 2006 manakala petrol bermula pada 30 Jun 2006.

Selain itu, katanya, nelayan juga turut dibantu menerusi Tabung Kebajikan Bencana Alam Nelayan yang mula diwujudkan sejak Jun 2009 dan Dana Nelayan bermula pada 2002.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 1,908 nelayan di negeri ini iaitu 517 di Alor Gajah, Melaka Tengah (870) dan Jasin (521).

Di samping itu katanya, terdapat sebanyak 30 pangkalan nelayan yang digunakan untuk mereka menjual hasil tangkapan./td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]