SHAH ALAM 2 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap pelbagai janji manis yang ditabur parti pembangkang dalam Buku Jingga hanya helah politik untuk memancing undi. Bekas Perdana Menteri berkata, segala janji itu sengaja dibuat-buat untuk mengelirukan rakyat kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sesiapa yang memerintah negara ini. "Mereka ialah orang politik yang memang gemar menabur janji manis," katanya ketika melawat Universiti Antarabangsa Al-Medinah (Mediu), di sini hari ini. Beliau mengulas tentang janji parti pembangkang dalam Buku Jingga iaitu rancangan 100 hari jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, janji-janji manis pembangkang ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka merupakan sesuatu retorik. "Jika menang di kedua-dua kerusi itu, mereka masih tidak mampu membentuk kerajaan dan jika berjaya menubuhkan kerajaan Pusat sekalipun, belum tentu mereka mampu melaksanakan janji-janji itu," katanya. |
Thursday, March 3, 2011
Buku Jingga kelirukan rakyat
Label:
PRK MERLIMAU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment