Thursday, March 10, 2011

PASCA PRK MERLIMAU : BN berjaya tarik undi sokongan muda

BN berjaya tarik undi sokongan muda


2011/03/10
TAHNIAH kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya kecil. Terbaru, kemenangan di Merlimau dan Kerdau menunjukkan trend sokongan kembali memihak kepada BN.

Paling penting statistik menunjukkan kemenangan dengan majoriti besar itu diraih atas kejayaan mendapatkan undi pengundi muda.
Namun, jika berasakan diri sudah berada dalam zon selesa, itu satu kesalahan besar buat BN dan UMNO. Sejak tsunami politik melanda pilihan raya umum 2008, tidak dinafikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah bekerja keras menguruskan negara dengan cara terbaik.
Meneruskan subsidi pada beberapa hal kritikal di samping mengingatkan rakyat supaya mengubah gaya hidup yang tidak sihat adalah gaya kepemimpinan yang realistik dan bertanggungjawab.

Pihak pembangkang pula sering mengeluarkan kenyataan popular yang sedap didengar tetapi beracun. Kita kini berdepan dengan cabaran global, pemimpin dan rakyat harus menggembleng tenaga dalam mengharunginya.

Bagaimanapun, BN perlu menyedari masih banyak yang harus diusahakan bagi memulihkan keyakinan rakyat. Jangan lalai dan terbuai mimpi, teruskan usaha.

Ketika berlakunya pertandingan sengit dalam pilihan raya kecil antara kerajaan dan pembangkang, golongan muda sebenarnya sentiasa melihat, mendengar dan menganalisis. Oleh itu, pemimpin dan ahli BN buat yang betul, bercakap yang benar, bijaksana dalam membuat keputusan. Insya-Allah, hasilnya akan lebih positif.
Ingat, pemuda dan pemudi golongan terbesar menentukan masa depan negara. Sama ada kita sedar atau tidak mereka sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa dan undi mereka bakal memberi impak kepada landskap politik negara pada masa depan.

RIZAL ABD RAHMAN,
Jakarta, Indonesia.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]