Wednesday, March 9, 2011

Pembangkang bersikap bermuka-muka

 


Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Modal Insan di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed


KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti hanyalah bertujuan untuk mengaburi hakikat sebenar sentimen rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya imej Anwar sudah tercalar berikutan pelbagai isu yang menyelubunginya hinggakan Pas sendiri dikatakan mula mahu menjauhkan diri daripada Penasihat PKR itu.
''Sebenarnya kita tahu Pas rasa tak selesa masa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Kalau boleh, Pas mahu Anwar tak turun tapi Anwar fikir itu haknya sebab dia kepala pembangkang.
''Akhirnya kita lihat Pas dapat satu tamparan hebat apabila penglibatan Anwar dalam kempen tidak membantu menyumbang kepada undi Pas, sebaliknya undi Pas merosot pula," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Naib Presiden Mas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Anwar menjadi liabiliti kepada pembangkang seperti yang didakwa Perdana Menteri semalam.
Pada sidang akhbar berasingan itu, kedua-dua pemimpin pembangkang itu turut menolak dakwaan mengatakan jentera Pas meminta Anwar tidak turun berkempen pada dua pilihan raya kecil tersebut yang berakhir Ahad lalu.
Tambah Muhyiddin, penafian pemimpin PKR dan Pas mengenai kedudukan Anwar yang kini menjadi liabiliti menunjukkan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang.
Katanya, sedangkan umum melihat hubungan mereka sudah tidak lagi seintim dulu dengan pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekarang ini sudah mula mempersoalkan pendekatan Pas.
''Tapi Pas nak masih nak menafikan dakwaan itu walaupun hubungan (dengan DAP) tak beri kesan positif untuk dapat sokongan. Jadi sebab itu pemimpinnya (Pas) tampil buat kenyataan menafikan perkara ini," jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan menghalang penjualan loteri kepada bukan Islam, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada masyarakat bukan Islam untuk menilainya.
Menurutnya, isu itu telah berbangkit apabila masyarakat bukan Islam melihat hak mereka telah disentuh memandangkan undang-undang membenarkan perkara berkenaan.
''Maka tindakan itu (kerajaan Pas Kelantan) telah menimbulkan rasa tak puas hati dan ini memperlihatkan sikap sebenar Pas terhadap bukan Islam.
''MCA telah meneliti perkara itu dan mungkin mereka nak laporkan kepada pihak berkuasa kerana merasakan hak mereka (bukan Islam) dihalang oleh kerajaan Pas Kelantan," ujarnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]