KOMEN NEGATIF UNTUK WANITA UMNO: DIPETIK DARI SINAR - PANDANGAN PEMBACA.
Wanita umno ni sama je dgn Puteri Umno....taraf kumpulan sorak je, mcm pom pom girls. Paling hebat pun cerita pasal shopping & 3 G (gemuk, gebu, gedik). Mcm mana nak jadi sayap pasal ketua dia tak,ada sayap...lembu mana ada sayap. Dok cerita pasal nak selak kain...bkn cerita pasal halatuju negara. Yg puteri pulak jadi objek penyedap mata jantan2 umno je. Yg belum kahwin pulak gatal nak berlakikan jantan2 kaya umno. Itu jelah sumbangan wanita & puteri umno...mana ada lagi.
- Semakin dekat PRU 13, semakin kencang minah ini menulis bertujuan mengampu Najib dan Muhyidin.Mendakwa Jentera Barisan UMNO lebih tersusun dan terancang. Bodoh betul le, tanpa Jentera Kerajaan yg disalah guna oleh UMNO, UMNO langsung tak mempunyai jenteranya. Jika PRU dijalankan dgn adil dimana Kerajaan BN tidak menyalahgunakan Jentera Kerajaan seperti RTM, agensi-agensi Kementerian, Pejabat Pendaftaran, SPRM , Polis, Tentera, dah lama UMNO bungkus. Bodoh betul minah sorang ni. Belum dapat membezakan Jentera, logistik , manpower kerajaan dgn Parti. Yang ada dimiliki oleh UMNO ialah hak Kerajaan Malaysia, tetapi UMNO menyalahgunakan seperti kesemua itu milik BN. Justeru itu ia mengelar kerajaan BN, bukanya Kerajaan Malaysia. Bayangkan walaupun PRU 13 hampir menjelang dan kedudukanya agak goyah, Pimpinan UMNO, masih menyalahkan proses tender dgn memberikan kontrak-konytak ini kepada George Kent, Petron yg dimiliki oleh Anak Mahathir, 30 Juta lebih projek kepada Syarikat Anak Raja Nong Chik, 22 juta kpd syarikat anak Jamaludin Jarjis, dan berbagai-bagai lagi keuntungan kpd kroni-kroninya. Bayangkan Jika BN menang lagi selepas PRU 13, sudah tentu mereka lebih bermaharaja lela lagi.Masa itu mereka yg bodoh akan melihat betapa buas dan ganasnya UMNO membahagi dan membolot kekayaan negara. Justeru itu sama-samalah kita bekerja agar UMNO tumbang dlm PRU 13 nanti.
Pergerakan Wanita Umno meraikan ulang tahun ke-62 tahun ini. Sepanjang tempoh tersebut, jasa dan sumbangannya dalam meningkat kedudukan, maruah, memperjuang hak dan kepentingan kaum wanita negara ini, sangat besar sekali. Sebagai sayap terbesar dalam parti dengan keahlian melebihi 1.6 juta,
Wanita Umno ada kuasa tersendiri. Golongan wanita berperanan sebagai penyumbang mutlak kepada perjuangan parti dan penentu kemenangan dalam setiap pilihan raya. Ini kerana mereka adalah kategori pengundi terbesar di negara ini, selain memiliki cara dan pendekatan yang ternyata berkesan.
Kelebihan inilah yang mesti terus dipertahankan dan dimanfaatkan. Wanita Umno tidak boleh lagi dibangunkan atas pekikan slogan, malah perlu bekerja keras kerana tuntutan ahli parti, rakyat dan negara semakin tinggi dan besar. Kita mesti komited untuk membentuk kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. Kemenangan besar itu membolehkan kita meneruskan rentak pembangunan dan transformasi yang kini sedang rancak berjalan.
Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun membunyikan semboyan. Pilihan raya hampir tiba dan semua ahli parti mesti bersedia. Pelbagai ramalan dibuat mengenai bakal prestasi yang akan ditunjukkan kedua-dua pihak, yakni BN dan Pakatan Rakyat. Apa pun, ahli Umno mesti melakukan yang terbaik dan mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya umum kali ini bagi membuktikan bahawa Umno/BN masih relevan memerintah dan berjasa teruskan tradisi membela rakyat.
Hasil kajian dan analisis terperinci oleh sebuah organisasi bernama Centre of Strategic Engagement (CSE) tiga minggu lalu menunjukkan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan BN meningkat lapan peratus sejak PRU12. Ia juga mendapati jentera pilihan raya Umno/BN lebih tersusun dan ditadbir oleh andaian yang lebih realistik berbanding 2008. Sesungguhnya, sejak empat tahun lalu, Umno berusaha keras memperbaiki jentera dan struktur parti serta memulihkan semangat ahli. Proses pemulihan termasuk pindaan Perlembagaan, pembaharuan pemikiran dan budaya kerja, menyusun semula kepimpinan peringkat negeri dan pendaftaran ahli baru.
Hakikatnya, kepimpinan Najib yang dibantu rapat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelbagai program transformasi dan pembaharuan yang diketengahkan sejak mengambil alih pucuk pimpinan parti dan negara, benar-benar memberi impak kepada kehidupan rakyat. Dasar yang pragmatik, sikap cakna pemimpin Umno/BN mendahulukan rakyat, pendekatan bersemuka melalui program walkabout serta bantuan rakyat memberi tanda positif.
Kajian pusat ini juga mendapati cabaran terbesar Najib ialah bagaimana boleh menterjemah popularitinya menjadi undian kepada Umno dan BN, terutama di kawasan bukan Melayu dan di kawasan bercampur di Selangor, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak. Justeru, apa yang penting adalah terus mempertingkatkan semangat kalangan anggota dan pekerja parti di kawasan majoriti Cina atau di kerusi campuran di mana pengundi Cina adalah sebahagian besar pengundi asal. Umno harus meneliti sentimen pengundi Cina dengan lebih dekat dan tepat. Ini penting bagi mengimbangi usaha pembangkang yang memang pandai memainkan sentimen orang ramai, terutama pengundi Cina khususnya dalam isu berkaitan hak asasi, pendidikan dan bahasa ibunda.
Menurut kajian CSE, faktor yang turut mempengaruhi keputusan PRU13 adalah kepimpinan, isu, infrastruktur, logistik, pembiayaan dan jentera kempen. Walaupun Umno/BN mempunyai keupayaan logistik dan infrastruktur yang mantap di kawasan luar bandar, tumpuan mesti juga diberi terhadap penguasaan media sosial sebagai alat atau perantaraan kempen kepada pengundi muda.
Sebagai sebuah parti yang ingin menawarkan pemerintahan yang mendahulukan rakyat dan menekankan pencapaian, Umno/BN mesti berubah dan berjiwa segar, fleksibel dan mampu lentuk ikut persekitaran yang berubah sambil mengekalkan prinsip perjuangan dan matlamat asal.
Bagi Wanita Umno, ia harus memainkan peranan dalam proses engagement dengan akar umbi secara konsisten, tersusun, sistematik dan mengesankan. Semua pemimpin dan ahlinya bertanggungjawab memastikan pergerakan ini terus mantap dan kukuh. Mereka perlu menggunakan kekuatan minda, modal intelek, daya kreativiti dan kelebihan semula jadi untuk bersama-sama menggembleng kekuatan jentera parti agar mencapai kejayaan besar dan bermakna dalam PRU13 nanti.
Walaupun terdapat ancaman luar dan dalam yang menguji ketahanannya sebagai sebuah organisasi dan sayap parti, Wanita Umno perlu tetap kuat dan bersatu. Jangan sampai wujud polemik berpuak-puak sehingga melemahkan semangat perjuangan kolektif yang menjadi teras kekuatannya selama ini.

No comments:
Post a Comment