Friday, September 28, 2012

BILA PAS TERCEKIK GULA-GULA GETAH PAKATAN RAKYAT.


Memerhatikan gaya berpolitik Pakatan Rakyat semakin dekat dengan pilihan raya semakin menampakkan gelagatnya yang sukakan kepada gula-gula getah. Orang yang suka mengunyah gula-gula getah mempunyai tabiat yang buruk, ada ketikanya setelah kemanisan gula-gula itu habis, bila air liur terasa tawar maka dibuangnya secara tidak berhemah.
Kaedah pembuangan secara tidak berhemah ini akhirnya menyebabkan bila terpijak di jalanan, kita akan berhadapan dengan suasana tidak selesa, melekit apabila nak mengangkatkan kaki meneruskan langkah. Adakalanya juga penggemar gula-gula getah ini cuba mengurangkan kekotoran kerana mungkin tidak begitu rajin memberus gigi ataupun nafasnya berbau.
Mereka yang sukakan gula-gula getah juga merupakan golongan yang sengaja melindungi keburukan tabiat walaupun dalam sesetengah situasi dengan mengunyahnya ia memberikan sedikit kelegaan apabila salah satu bahan yang terkandung di dalamnya adalah perasa pudina. Selain wangi, perasa itu juga dikenal past sebagai pembangkit aroma baharu dengan menyerap aroma busuk dan menyakitkan.
Budaya itu sebenarnya turut berkembang dalam situasi politik pembangkang apabila berhadapan dengan gelagat pemimpinnya yang bercanggahan, tidak konsisten dan berbeza pendirian, maka ia cuba diserapkan dengan kaedah yang sama digunakan oleh mereka yang kurang gemar memberus gigi.
Sebagai contoh, pada suatu ketika pemimpin-pemimpin PAS menolak sebarang bentuk hubungan dengan Yahudi, tetapi dua hari lepas, kerana sudah terperangkap dengan pendirian menyokong Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan “menyokong jaminan keselamatan Israel” yang gagal diterjemahkan secara jelas apabila berhadapan dengan perbahasan di Dewan Rakyat sehingga tidak memberikan kebenaran kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mencelah, Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu “boleh bekerjasama dengan Yahudi asalkan bukan Zionis.”
Ini bermakna, kenyataan Presiden PAS sebelumnya yang menyatakan pendirian tegas menolak sebarang bentuk persahabatan dengan Yahudi dan kenyataan baharu itu seolah-olah beliau sedang “mengunyah gula-gula getah” bagi membangkitkan aroma baharu dengan harapan perasa pudina akan menyerap kenyataannya terdahulu yang dilihat turut memberikan tekanan kepada Anwar Ibrahim.
Keadaan yang sama berulangkali dilakukan oleh pemimpin PAS. Setiap kali berhadapan dengan isu tindakan yang tidak konsisten, pemimpin-pemimpin besar mereka tetap menggunakan strategi “gula-gula getah” sehingga masyarakat umum sudah boleh membaca bagaimana pemikiran mereka yang sentiasa menghalalkan cara demi memperoleh dan mengekalkan kuasa politik di samping membaiki semula kerosakan yang terjadi.
Contoh yang paling ketara ialah bagaimana “budaya memakan gula-gula getah” telah mereka gunakan bagi mengembalikan keyakinan penyokong PAS apabila Presiden dan Timbalan Presidennya suatu ketika begitu ghairah membangkitkan “kerajaan perpaduan.” Setelah menyedari berlakunya perpecahan yang besar dalam politik Melayu-Islam selepas PRU ke-12, Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa mengemukakan pandangan dan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Pada tahun 2009, dalam salah satu muktamarnya Presiden PAS membuat suatu ucapan penting tetapi sayangnya tidak dibahaskan secara mendalam, maka cadangan itu hanyalah tinggal sebagai “kominiti bayangan”. Setelah terdiam seketika, gandingan antara pemimpin dua pemimpin ulamak dalan dua generasi itu memberikan menimbulkan semula pandangan itu sheingga menyebabkan Mursyidul Am PAS memberikan amaran akan mengkaji semula kebenaran bukan “orang Kelantan bertanding mewakili PAS di Kelantan.”
Ramai yang kebingungan ketika itu sehingga Nasharudin tidak lagi berani bercakap secara terang-terangan apa yang dimaksudkan sebagai “kerajaan perpaduan” kerana sudah diberikan amaran “meletakkan jawatan” sebagai Wakil Rakyat Bacok dan Timbalan Presiden PAS. Episod itu tidak mudah dinyahkan baunya dan dalam PRK Manek Urai, Mursyidul AM PAS memberikan pula amaran di mana pemimpin-pemimpin PAS Pusat tidak perlu turun berkempen.
Kelibat Presiden PAS tidak begitu menonjol manakala Nasharudin pula terpaksa dibawa menemui penyokong PAS tatkala asakan dari UMNO bahawa PAS sebenarnya sedang mengalami krisis kepimpinan kerana Mursyidul AM PAS tetap menanggap dirinya yang telah “menjaga dan membajai parti” dan nakhoda yang perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat. Keadaan ini menjadikan PAS serbasalah kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terus memberikan tekanan bahawa “kerajaan perpaduan” bukanlah agenda yang dibincangkan dan putuskan bersama, maka ia tidak wajar diperkembangkan kerana telah mendahului keputusan Pakatan Rakyat.
Setelah diadakan perbincangan bersama (DAP, PKR dan PAS) akhirnya ketiga-tiga pemimpin utama telah mengeluarkan kenyataan bahawa “pintu rundingan sudah ditutup” dan ini membawa maksud, tidak ada lagi hasrat untuk “bekerjasama dengan UMNO” atau “kembali bertaut dalam BN.” Keputusan it uterus menerima tekanan daripada pelbagai kelompok masyarakat dan akhirnya Mursyidul Am PAS menyatakan pendirian, “kerjasama antara kerajaan Pusat dan Negeri boleh dilakukan, tetapi tidak dalam aspek politik.”
Maknanya, sekali lagi “budaya memakan gula-gula getah” telah berlaku apabila berhadapan dengan tekanan, Pakatan Rakyat melakukan desakan untuk mematikannya sehingga PAS terlupa bahawa parti itu pernah mengatakan bahawa dalam Islam, mengatakan politik itu “suku” adalah sesuatu yang bercanggah, kerana Islam adalah agama yang menyusunatur seluruh kehidupan.
Dakwa PAS suatu ketika bahawa dengan memisahkan “politik” akan menjadikan sesebuah parti politik itu bersifat sekular, maka dengan secara tidak langsungnya parti yang berjiwa Islam itu telah bermutasi untuk menjadi sekular. Mutasinya menjadi semakin jelas dan berjaya membentuk kepompong apabila pada pertengahan tahun lalu, PAS telah mengisytiharkan bahawa perjuangannya kini terarah kepada dasar “negara berkebajikan” berbanding “negara Islam” yang diperjuangkan sejak penubuhannya pada tahun 1951.
Budaya “memakan gula-gula getah” untuk membuang sisa-sisa yang terletak di celahan gigi kemudiannya berkembang menjadi sesuatu yang tidak lagi boleh dipadamkan sehingga kesakitannya terasa hingga kini. PAS terpaksa mencabut salah satu daripada giginya, yakni memecat Dr Hasan Ali yang turut mencabar perubahan ideology perjuangan kerana terlalu inginkan menjaga hati dan perasaan PKR dan DAP.
Dalam masa yang sama, PAS terpaksa menanggung kesakitan yang amat perit apabila gusi yang berlubang kerana dicabut sebatang gigi itu masih berdarah dan bengkak. Kini, PAS sekali lagi berusaha mengunyah “gula-gula getah” bagi memaksakan dirinya dilihat tetap bersama Pakatan Rakyat meskipun pada dasarnya tidak boleh menyokong Yahudi. Oleh kerana Anwar sudah terjerat dengan kenyataannya sendiri,
PAS telah melenturkan sedikit pendiriannya dengan menjelaskan bahawa boleh bekerjasama dengan Yahudi, kecuali “Yahudi yang pro-zionis.” Maknanya, kutukan dan celaan yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila para peniaga Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan peniaga Yahudi baik di Amerika Syarikat ataupun di Eropah bukanlah menjadi isu yang boleh menjejaskan kerajaan.
Secara tidak langsung, PAS menyokong dan bersedia memberikan laluan kerana tidak semua Yahudi sekejam Israel. Atas desakan itu adalah lebih baik PAS bersetuju untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri secara terbuka setelah bersama berselingkuh dengan Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa salah sebuah firma perhubungan awam antarabangsa yang diberikan peranan mempromosikan negara.
Itulah antara peristiwa yang boleh difahami kenapa sekarang PAS begitu gemar “memakan gula-gula getah” walaupun pada asasnya mereka sedar, bahan tersebut boleh mengakibatkan tersilap mengunyah dan intensiti untuk tertelah adalah besar, tetap juga diteruskan. PAS kini semakin hampir kepada tragedi “tercekik” dengan gula-gula getah kerana masih mempertahankan aroma memualkan Pakatan Rakyat. Walaupun sudah tercekik, PAS masih mahu terus bertahan.
Mustakim Muhamad

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]