Wednesday, October 3, 2012

PRU 13 : SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU!



Negara Berkebajikan Hanyalah Idealisme , PAS Memang Tak Mampu Laksanakan kerana tabung yang dipungutnya tidak pernah diisytiharkan kepada penyokong ke mana perginya? Tabung Memali adalah contoh bagaimana PAS memanupulasikannya demi kepentingan politiknya yang tidak pernah ada integriti
Membaca surat terbuka yang disiarkan melalui blog dan kemudiannya disiarkan kembali oleh MerdekaReview pada 8 Disember 2011, jelas membuktikan bahawa Haji Hadi amat memerlukan bangsa Melayu bagi membolehkan parti yang dipimpinnya terus melakarkan pengaruh berdasarkan retorik Islam.
Bagaimana untuk mendahulukan Islam seandainya bangsa Melayu kehidupannya terumbang-ambing dilamun oleh ombak perpecahan dan bencana politik jumud sehingga orang sekampung hilang pedoman kemuafakatan, tidak mengiktiraf hak sesama manusia yang berlainan kefahaman politik dan sengketa berpanjangan kerana menuju ke syurga itu tidak ada dalam kamus politik orang lain, kecualilah PAS yang mengatakan bahawa partinya sahajalah yang memperjuangkan Islam?
Islam bagaimanakah yang telah berjaya dibentuk oleh PAS sejak lahirnya parti itu sejak tahun 1951, enam puluh tahun kalau bukan menghebohkan tuduhan mengkafir sesama manusia. Bahkan, kalau Haji Hadi benar-benar jujur dengan perjuangan Islam, beliau seharus memohon maaf secara terbuka dengan bertaubat dan mengakui bahawa dari amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1980-an adalah satu kesilapan besar yang telah menodai Islam.
Kebijaksanaan Haji Hadi juga memperokperandakan PAS dengan mengundur gear yang salah bagi memperoleh sokongan sekutu politiknya apabila mengorbankan beberapa prinsip dari sebuah perjuangan membentuk negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Apakah kebajikan yang telah dilaksanakan oleh PAS apabila tidak pernah berlaku jujur dengan kutipan wang derma, dana pembinaan masjid tapi yang berjaya dilaksanakan ialah mendirikan tiangnya sahaja (kes di Terengganu memang banyak), mengkhianati perjanjian dengan Tuhan dalam hal melaksanakan Hukum Hudud tetapi dalam buku yang baru dilancarkan mengenai negara berkebajikan tidak ada satu pun ayat yang memperkatakan hukum tersebut.
Haji Hadi dengan menggunakan platform akan terus berbohong kepada masyarakat bahawa dengan tidak menafikan bahawa “kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam” sebenarnya bukanlah digalakkan, Islam mewajibkannya sebagai usaha untuk memantapkan saliturrahim kerana manusia tidak boleh hidup secara bersendirian dan mengurung diri sebagaimana kehidupan seorang rahib.
Nampaknya dalam perspektif itu Haji Hadi semakin keliru dan tebal retoriknya dengan mengatakan bahawa “Rasullullah SAW bukan dilantik menerusi pilihan raya” jadi jika ingin dipertahankan oleh Haji Hadi maka tidak perlulah beliau bersungguh-sungguh mempromosikan partinya agar menang pilihan raya nanti. Teruslah Haji Hadi bersama PAS mengharapkan akan adanya durian runtuh atau mutiara bergolek dari gunung, kerana menganggap bahawa sistem pilihan raya itu sesuatu yang bukan bersifat Islam.
Itu juga merupakan suatu penjelasan Haji Hadi bagi menutup keterlaluan salah seorang pendakwah PAS yang telah menyifatkan Nik Aziz sebagai “nabi” dan sokongannya yang terdahulu apabila pernah bersetuju dengan Wan Azizah mengangkat suaminya sebagai “anugerah Tuhan” kerana takutkan akan kehilangan dokongan daripada DAP, yang pernah dituduhnya sebagai menghampiri “orang kafir” tetapi kini sudah terbalik, menanggap orang Islam yang menentang PAS sebagai menghampiri “orang kafir.”
Bagaimanapun Haji Hadi sebenarnya sudah terlalu berlembut sehingga menodai prinsip asas Islam yakni melihat konteks kepimpinan Melayu sebagai sesuatu yang buruk dan mendatangkan petaka walhal PAS telah lama membinasakan Islam dengan mempermain-mainkan ajaran tersebut demi kepentingan politik sempitnya. Bagaimana beliau menjelaskan menerusi frasa “ucapan pertama Rasullullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu dari Allah SWT” dengan menyamakan “hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam,macam slogan UMNO: Hidup Melayu.”
Beliau sebenarnya cuba beranalogi secara keterlaluan tanpa mendefinisikan konsep Melayu itu amat kuat berakarumbikan Islam, kerana beliau bimbang dengan kebangkitan semula UMNO yang telah berjaya membangunkan budaya hidup moderat dan selaras dengan kehendak persekitaran semasa, dan bukannya bedasarkan idealism yang tidak berpijak di alam nyata.  Sejak UMNO memerintah, Islam tidak dipinggirkan malah terus berkembang sebagaimana diakui oleh banyak negara Arab, dan ini cuba dinafikan oleh PAS yang sudah terdesak atau tersedak setelah 60 tahun gagal membawa Islam ke persada nyata.
Dengan turut mengutip sebuah ayat al-Qur’an yang diturunkan Allah SWT sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW (Surah Muhammad ayat ke-38), Haji Hadi sebenarnya sudah termasuk dalam kategori mereka yang “berpaling (daripada menegakkan Islam)” dan kerana itulah DAP amat berhasrat besar untuk menggantikan kemunculan PAS apabila berusaha untuk meletakkan banyak calon keturunan Melayu terutama di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi oleh PAS tetapi kalah.
Prose situ sebenarnya menunjukkan bahawa kegelinciran keyakinan DAP terhadap PAS adalah besar kerana PAS semakin hancur dan hanyut dengan angan-angannya sendiri yang terlalu idealistic, tanpa mengukur baju di badan sendiri. Akhirnya, PAS telah dicabar dari dalam parti itu sendiri, oleh segelintir pemimpinnya apabila Saari Sungip mengeluarkan kenyataan Dr Hassan Ali akan digugurkan tanpa terlebih dahulu mendapat restu parti.
Khalid Samad telah melakukan bai’ah akan menceraikan isterinya apabila tidak lagi setia kepada PAS. Dr Badrul Amin membuat gesaan agar si isteri atau suami yang mempunyai pasangan berlainan fahaman politik wajib memohon pembubaran perkahwinan sedangkan dalam Islam yang diharamkan ialah perkahwinan berlainan agama kerana ia bakal menghancurkan institusi keluarga, dua nakhoda dalam satu kapal.
Jika Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin umat Islam dan seterusnya menentang mereka yang murtad, apakah PAS telah mengambil langkah yang sama apabila menuduh tindakan JAIS mengumpul bukti dengan menghadirkan diri ke sebuah gereja pada awal Ogos lalu sebagai langkah yang salah dan silap? Kalau JAIS telah melakukan kesilapan sehingga diistilah sebagai “menyerbu”, kenapa PAS tidak berusaha membendung arus pengkristianan orang Islam yang sedang dilaksanakan menerusi pelbagai cara dan kaedah.
PAS sebenarnya tidak pernah menyelamatkan akidah umat Islam sebaliknya sentiasa memesongkan umat Islam apabila menilai “Tuhan Mencarut”, “Tuhan Samseng” dan halal membunuh orang UMNO. Bukankah termaktub secara jelas bahawa Melayu itu adalah Islam, sebuah bangsa yang terlalu kuat diikat dengan agamanya kerana bangsa Arab tidak semuanya diikatkan dengan Islam.
PAS hanya menempelkan perkataan Islam menerusi nama partinya, tetapi hakikatnya tidak pernah bergerak menurut landasan Islam yang pragmatik, tetapi dalam konteks Islam retorik. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah sebuah doktrin untuk mengongkong setiap pemikiran penyokong sehingga menjadi jumud, sempit dan hanya berkisar kepada persoalan ibadat semata-mata sedangkan kehidupan secara bermuamalat itulah sebenarnya telah dilaksanakan oleh Rasullullah SAW sehingga Islam diterima sebagai tata kehidupan terbaik dan paling cepat berkembang.
Penggunaan sejarah bagi menggambarkan kebenaran perjuangan PAS sebenarnya suatu pendekatan yang tiada kaitan rapat, ketika Khalifah Umar al-Khattab berusaha “menjatuhkan dua kuasa besar dunia “ kerana yang nak dijatuhkan oleh PAS ialah UMNO. UMNO bukanlah sebuah kuasa besar yang memerintah dunia, hanya kekal berkuasa sejak lebih 50 tahun kerana kesungguhan memelihara Melayu dan Islam. Atas kemahuan politiknya itulah Haji Hadi terlupa bahawa untuk menundukkan UMNO bukan dengan “menjual Islam” kerana orang UMNO memang kental dengan jiwa keislamannya berbanding dengan PAS yang hanya melihat ke permukaannya sahaja sedangkan di dalamnya penuh kesumat dendam.
Beliau juga bercelaru apabila menjelaskan bahawa amanat Khalifah Umar al-Khattab bahawa “Kita adalah bangsa yang diberikan kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurniakan Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman menjadi bangsa lain.”
PAS sebenarnya sedang bermetamorphosis untuk menukarkan dirinya daripada ulat hijau kepada kupu-kupu agar lebih menarik dan mendapat sokongan DAP. Kerana itulah PAS telah membinasakan dirinya sendiri dengan mengorbankan konsep negara Islam kepada negara berkebajikan, yang mana kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS ialah  mengutip derma orang ramai, tetapi tidak memulangkan hasilnya kepada penyokongnya sendiri sedangkan UMNO melakukan kutipan dana untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS mengumpul dana untuk Tabung Memali, tetapi keluarga mangsa tidak mendapat perhatian sebaliknya wang tersebut digunakan oleh parti untuk memaki hamun orang-orang Islam yang menentang ketaksuban. Itulah PAS sekarang, kedudukannya semakin terhina dan senang dilenturkan oleh keinginan politik DAP dan PKR.
PAS telah melekakan penyokong dengan pelbagai seruan perjuangan keislaman tetapi setiap tindakannya tidak berbau nilai-nilai keislaman apabila menganggap bahawa seterusnya adalah UMNO yang sama-sama beragama Islam: mengucap syahadah yang sama, menggunakan kitab yang sama, bersembahyang dengan kiblat yang sama, dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai insan mulia serta teladan sempurna.
Sejauhmanakah PAS berjaya melahirkan ilmuan Islam untuk menerajui kepimpinannya sedangkan PAS Terengganu semasa pemerintahan Haji Hadi mengusir anak-anak tadika daripada belajar apabila menutup premis-premis yang didirikan oleh Jabatan Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat. Kenapa PAS begitu zalim dan tidak menghormati hak belajar yang diwajibkan oleh Islam? Pernahkah PAS memberikan penjelasan bahawa penutupan itu sebenarnya berdasarkan motif politik?
Haji Hadi terperangkap lagi apabila menyedari bahawa bangsa Melayu Asia Tenggara adalah suatu bangsa yang perkasa kerana berpegang kepada Islam, tetapi lupa bahawa bangsa Melayu Malaysia sekarang diiktiraf mempunyai kekuatannya kerana UMNO telah memperjuangkan nasibnya dengan membangunkan bidang pendidikan dan setiap tahun lebih 20 peratus belanjawan digunakan untuk tujuan tersebut. Bolehkah Haji Hadi menafikan kenyataan itu? Bolehkah Haji Hadi memberikan penjelasan berapakah jumlah peruntukan tahunan PAS yang digunakan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga mampu melahirkan ilmuan Islam sedangkan sebahagian besar pemimpin PAS sekarang berjaya kerana mendapat perhatian UMNO.
Contoh yang ketara ialah siapakah Dr Hassan Ali, Dr Syed Azman, Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad dari manakah mereka memperoleh sumber kewangan untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka. Bukankah mereka telah memperoleh kemudahan daripada kerajaan yang diasaskan oleh UMNO sehingga menjadikan mereka akhirnya menentang UMNO? Itukah stigma yang harus ada kepada ahli PAS, lupakan kepada asal-usulnya sendiri demi mahukan keuntungan politik. Haji Hadi harus memberikan huraian yang jelas, tidak perlu memaksakan dirinya dalam konteks idealism yang keterlaluan kerana itu adalah kesimpulan retorik yang cuba berselindung di sebalik gejala negatif yang mula disuburkan oleh fatwanya sendiri.
Beliau sebenarnya semakin terbakar dengan semangat untuk berkuasa kerana masih belum puas setelah jadi Menteri Besar sepenggal di Terengganu. Maka, pengaruhnya semakin lemah sehingga Nik Aziz menganggap dirinya sebagai “nakhoda” manakala Haji Hadi hanyalah juragan simpanan sahaja.
Surat terbuka Haji Hadi sebenarnya lebih banyak menikam kalbu PAS secara psikologi kerana pemerangkapan minda yang dibawanya telah menghancurkan PAS manakala UMNO semakin kuat dan bersemangat untuk membaiki kelemahannya agar terus dilihat relevan dan mantap dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Kamarun K
H

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]