Oleh Azwan Abd. Halim Melayu 1: Bukan Melayu 40. Inilah nisbah yang mendaftar sebagai pemilih pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam. Nisbah ini boleh juga ditulis begini UMNO 1: DAP 40. Laporan ini amat membimbangkan, apatah lagi bila melihat UMNO, khasnya Ketua Pemuda yang masih lagi leka mencari publisiti. Terkini, dia cuba mencari gaduh dengan Perkasa yang membela Melayu, satu peranan yang sepatutnya dipikul oleh Pemuda UMNO. Mungkin Ketua Pemuda ini terlalu dungu untuk menyedari bahawa Perkasa tidak akan wujud jika tidak kerana dia yang merosakkan UMNO sehingga dilihat sebagai tidak dapat lagi memperjuangkan bangsa Melayu. Terbuktilah lagi buat kesekian kalinya bahawa tindakan Presiden UMNO untuk tidak melantik sang Ketua Pemuda ke sebarang jawatan kabinet adalah amat tepat sekali. Ternyata Ketua Pemuda UMNO sememangnya tidak punya kredibiliti sebagai ketua, jauh sekali sebagai pemimpin berjawatan menteri. Ketua Pemuda ini langsung tidak punya sebarang strategi untuk menarik ahli baru ke dalam UMNO mahupun menggerakkan kempen daftar pemilih pilihanraya. Ketua Pemuda gagal memberi penerangan dalam isu-isu berbangkit. Selain dari mencari publisiti murah untuk diri sendiri dengan membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal seperti menjadi model majalah, Ketua Pemuda ini benar-benar tidak berfungsi serta mengesahkan yang dirinya adalah liabiliti kepada kepada parti. Sudahlah tiada kredibiliti, Ketua Pemuda ini sekali lagi membuktikan yang sememangnya dia berjiwa pengkhianat tegar. Dari tindak tanduknya kebelakangan ini, adalah dikhuatiri yang dia kini sedang mengsabotaj UMNO dengan merosakkan imej UMNO sebagai pembela Melayu dengan bergaduh dengan Perkasa. Inilah padahnya bila seorang pengkhianat disimpan di dalam Parti. Ketua Pemuda yang didapati bersalah dalam politik wang pasti mendapati sukar baginya untuk turun ke akar umbi kerana sedar yang dia dibenci oleh banyak pihak. Apabila Ketua Pemuda tidak dapat turun padang kerana malu, atau mungkin bimbang kejadian ‘boo’ akan berulang maka secara automatik Pemuda Bahagian juga kehilangan semangat juang. Pastinya sukar untuk membina semangat jika berketuakan seorang yang dianggap sampah oleh masyarakat. Mungkin sudah sampai masanya Presiden UMNO menimbangkan semula masalah Ketua Pemuda ini dan mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengannya serta mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan tegas terhadap mereka-mereka yang bersalah pasti memulihkan imej UMNO dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Tindakan tegas juga harus diambil ke atas Ketua-ketua Bahagian yang tidak berfungsi dan mengsabotaj parti. Persetankan para pengkhianat ini, dan tarik sahaja kembali segala kemudahan yang diperolehi mereka melalui UMNO. Persetankan jika mereka ingin menambah sabotaj terhadap UMNO dengan tidak berkempen dan tidak bekerja. Akar umbi tahu siapa mereka dan rakyat kawasan mereka juga tahu siapa mereka. Lambat laun, mereka akan menunjukkan belang dengan menyertai pembangkang bila tidak lagi mendapat projek melalui UMNO. Bertindak segera dan bentangkan kesalahan mereka untuk dinilai rakyat. Tindakan awal ke atas mereka-mereka ini pasti memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden dan jika mereka memilih untuk berpaling tadah, kemasukan mereka ke dalam pembangkang hanya akan membantu memburukkan imej pembangkang. Di masa yang sama, segera wujudkan kumpulan petugas baru yang ikhlas di peringkat cawangan untuk memikul tanggungjawab mendaftar pengundi baru di seluruh pelusuk negara. Pertingkatkan jentera penerangan untuk menerangkan kepada akar umbi mengenai perkembangan terbaru di dalam UMNO ini. Ingatlah, keputusan Pilihanraya adalah bergantung kepada rakyat keseluruhan termasuk akar umbi UMNO yang tidak berjawatan, bukannya bergantung kepada segelintir pencacai Ketua Pemuda, Ketua-ketua Bahagian atau beberapa kerat Melayu liberal. Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO serius dalam usaha untuk membersihkan parti ini dari anasir-anasir seperti mereka. Oleh itu, orang-orang Melayu harus membantu kepimpinan UMNO untuk merealisasikan perkara ini dengan tetap memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada UMNO. Orang-orang Melayu harus membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita agar mendaftar sebagai pemilih dengan seberapa segera. Kembalikan semangat juang penubuhan UMNO, bantulah Presiden untuk membersihkan UMNO. Hanya UMNO yang dapat memastikan kedudukan kita selamat di tanah air sendiri. Hanya Barisan Nasional yang dapat memastikan keamanan dan keadilan sebenar di dalam negara, dan bukannya kesamarataan buta tuli tanpa keadilan yang nyata. Sedarlah bahawa DAP adalah parti rasis yang hanya ingin menghancurkan Melayu, manakala PAS adalah orang suruhan DAP dan PKR (Anwar) pula tak lebih hanya sekadar maskot Pakatan Rakyat. |
Wednesday, September 8, 2010
Melayu Yang Masih Tak Sedar-Sedar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment